Archive | March 2009

Tiap Adanya Pertemuan…..

Pasti akan adanya perpisahan! Lalu, jangan disalahkan pada perpisahan itu, tapi salahkan lah pada pertemuan……?? SETUJU?

ukhuwah indah bak tulip putih ni

Itulah yang selalu bermain di bibir2 dan dicoret2kan di autograph2 zaman ana di sekolah menengah dulu. Tiap tahun, masuk je bulan septembaer, oktober… terkelek2lah senior2 ni mengendong autographs adik2 junior, sebelum akak2 sibuk dgn trial SPM waktu tu. Ya lah, rata2, akak2 ni tak sambung dah belajar di sekolah tu lepas SPM, kebanyakannya masuk IPT, tak kiralah di mana. Dan ungkapan itulah yang selalu dapat dibaca dalam coretan2 mereka…betapa bezanya pemikiran zaman tu dengan zaman sekarang. Maksud ana, zaman di sekolah dgn zaman realiti, belasan dan puluhan tahun selepas itu…

Continue reading

About to get a new title…

Alhamdulillah…. Segala puji bagi Allah swt.

Oh oh, tumpang pelamin kak long ye..

Oh oh, tumpang pelamin kak long ye..

December 30, 2007 adalah hari ulang tahun Adam, my third, yang ke 19 tahun. Dan pada hari itulah, ana terima menantu pertama ana….Siti Hajar Muzee bt Mustafa, yang dinikahi anak sulong ana Afif, sama berusia 22 tahun ketika itu. Teman satu sekolah sejak ting 1 di Sek Men Keb Agama Sheikh Hj Mohd Said, Seremban, N.S. (SMKA Shams), hingga ting 3 sebelum Afif ke KISAS untuk ting 4 dan 5 nya.

Continue reading

Nikmat di sebalik Sakit.

Assalamualaikum w.b.

g_w3

Alhamdulillah, masih lagi dibangkitkan Allah dari ‘mati kecil’ kita dalam iman dan islam, nikmat terbesar kurniaan Allah setelah diwujudkan kita dari tiada kepada ada.Mengenangkan perihal nikmat Allah yang terlalu banyak untuk kita, yang tak akan mungkin bisa kita membalasnya sampai bila2, terasa begitu hina dan kerdilnya kita sebagai hambaNya, walaupun sudah dilantik sebagai khalifahNya di muka bumi ini. Wujudnya kita dapat mengenal Allah, syukur pada Mu ya tuhan. Iman dan Islam akan dipersoalkan tanggungjawabnya di hadapan Allah kelak, dan hanya dengan rahmat Allah jua, kita mampu menagih keampunan dari segala kedhaifan dan keterlanjuran kita di sisi Allah. Di sisi manusia? Mohonlah semoga kita tidak berlaku zalim sesama sendiri! Mohonlah semoga kita menjadi orang yang sangat2 dikasihiNya sehingga kita bebas dari berlaku zalim pada makhlukNya yang lain. Hanya dengan limpah kurniaNya sahaja, kita beroleh keselamatan, dunia dan akhirat.

Continue reading

Ziarah Kedah Darul Aman

Percutian sekolah kali ini, ana sekeluarga berkesempatan untuk menjejakkan kaki sekali lagi ke negeri jelapang padi-Kedah Daru Aman. Perjalanan dimulakan dari Kuantan ke Kuala Lumpur, kemudian keesokannya menziarahi mak di Port Dickson sebelum bertolak ke Bandar Darul Aman, Jitra.

Mak seperti biasanya, duduk sendirian, banyak menghabiskan masanya di atas tikar sejadah, penat solat, mak mengaji, dah penat ngaji, mak baring sebentar katanya, melepaskan lenguh dipinggang, kemudian sambung semula dengan rutin biasanya…ana selalu terfikir, adakah masa tua ana juga begitu nantinya? Ya lah, bukan anak2 tak ajak duduk sekali, tapi mungkinkah ana lebih selesa sendirian di rumah sendiri…? Wallahu’alam.

Perjalanan kami ke Kedah, alhamdulillah, lancar dizin Allah swt. Harapan semoga percutian kali ini sentiasa dalam redha Allah, ana niatkan awal2 lagi untuk menemani suami yang bertugas di sana, moga2 ada pahalanya di situ. Ya lah, seminggu suami sendirian di KL, sementara anak2 cuti, suami berharap benar kami menemaninya supaya tak sunyi macam selalu. Sepanjang perjalanan, seperti biasa banyak yang kami perhatikan dan bualkan untuk mengisi masa lebih 5 jam perjalanan…alhamdulillah, setidak2nya berlaku juga komunikasi antara kami, sesuatu yang sangat2 penting dalan hubungan suami isteri, walaupun sudah lebih 25 tahun kami bersama.

>dscn0448

Continue reading

Rfc sehebat Kfc

Semalam 17 Mac, ana, suami, Asyraf, Hanan dan Ammar bertolak dari Gombak ke Port Dickson, menziarahi mak sebentar sebelum meneruskan perjalanan cuti kami ke utara tanah air, Kedah Darul Aman. Memandangkan cuti sekolah ni, suami kebetulan ada kerja di sana, dia mengajak sekali menemaninya…alhamdulillah sepanjang perjalanan, semuanya lancar dibantu oleh rahmat Allah jua.

Niat dihati, suami ingin sekali membawa kami makan malam di Rfc (Radix fried chicken) yang sangat famous di sini. Di Kuantan belum ada lagi cawangannya. Apa lagi, Ammar lah yang paling happy. Sampai di Bandar Darul Aman sekitar jam 5 ptg dengan hujan yang teramatlah lebat. Maka kami berehat di bilik hotel dulu sementara menunggu hujan berhenti. Lebih kurang jam 6.30, hujan mulai mereda, kami pun bersiap2 nak keluar makan, masing2 dah lapar…terakhir makan di rest area Sg Perak.

rfc

Continue reading

Bahagia dgn Jelingan CINTA

This time, I don’t want to write a long posting, just to put up satu lontaran untuk kita sama-sama fikir-fikirkan……

Having someone whom we love, and being loved by, adalah satu perasaan indah yang hanya akan dimengerti oleh mereka yang punya dua benda tadi, 1. seseorang yang kita cintai dan 2. seseorang yang mencintai kita. Those two can be from one same person or not.

My point is, having these persons in our lives adalah satu nikmat kurniaan Allah yang harus kita syukuri. Bayangkan, these people are always there watching you all the time, always wanting to know what you are doing…apa perasaan kita? Indah kan? Merasa sentiasa diperhatikan, sentiasa dijeling2, diintai2…. once, someone used to ask a ‘friend’ of mine, “Ada terasa diperhatikan tak?”~rupanya berlaku risikan di situ melalui orang tengah~ “Ada terasa ada orang pandang2 tak?”, begitulah kita  bila sudah jatuh cinta atau bila sedang dilamun cinta (faham beza dua perkara ni kan?). Hatta suami isteri yang berjauhan atau pun tidak akan terasa ‘nyaman’ bila merasai pasangan yang dicintai sedang meng’intai’ kita., memerhati kita. Dan apa tindakan kita bila ini berlaku?

Continue reading

Mohon Syahid dari Tarbiyah Nafsu

solat Hari ni ana terkesan dengan satu pesanan dari sahabat baik ana sewaktu bertemu dengannya sebentar tadi.
Topik yang kami bincangkan berkisar mengenai isu jihad, ya lah, dengan apa yang berlaku di Gaza baru-baru ni, walaupun rata2 dah ‘menyejuk’ isu ini diam tak diperkatakan, namun pengajaran disebaliknya terlalu banyak untuk tidak kita ambil iktibar dicelah2 apa yang berlaku. Untuk kita biarkan ia berlalu tanpa kita ceduk ibrah dan pengajarannya.

Kami membicarakan tentang sabda Rasulullah saw yang menceritakan bagaimana seorang yang telah syahid memohon agar dihidupkan semula lalu dihantar ke dunia kembali untuk dia berjihad sekali lagi lalu kembali merasai syahid yang indah itu, lagi dan lagi.Maka sahabat ana berkata;

Continue reading

Sebab Allah Dah Tahu…


Pagi tu,3 hb, Kuantan hujan, macam biasa ana hantar anak2 ke sekolah, tiba di jalan besar, mujur aje ana tak memandu laju selepas membelok, tiba2 satu motor tersungkur jatuh depan kami, terus terpacul dari mulut ana

“Allahuakbar, anak oi… baik2lah bawa motor time2 hujan ni!” walaupun mungkin aja yang jatuh tu lebih tua dari ana, dan ana sempat mengelaknya ditengah2 sesak jalanraya ketika itu.

Balik ke rumah, tiba2 dapat unexpected call dari seseorang yang perlu pada sedikit khidmat ana. Temu janji ditetapkan, dan ana pun keluar ke sana tak lama lepas tu. Namun, Subhanallah, aturan Allah siapa yang tahu, dalam dok tengah parking tu, belum pun sempat keluar kereta, ana kena ‘hit’ oleh satu kereta lain, dipandu oleh seorang lelaki yang ana kira tua sikit saja pun dari anak sulong ana. Tapi yang sedihnya, bukan kerana kereta ana yang kemek, cuma sikap pemandu tu yang buat ana terkilan. Ana ke balai polis sendirian, buat aduan, dan menurut polis, ini kes hit-and-run, sebab ana pohon contact number dan namanya pun tak diberinya, dia terus pergi macam tu aje.

Continue reading

‘Ukhti fillah’

ukhuwahfillah-copy_jpg_w480Assalamualaikum w.b

Alhamdulillah, pagi ni bangun masih dalam iman dan Islam insyaAllah, walaupun kepala agak berdenyut sikit, mungkin kerana memikirkan banyaknya kerja nak buat…. belum lagi duduk di bumi jihad Palestin, dah mengeluh kerja banyak… beginilah lemahnya ana.! Mohon doa kalian, semoga Allah memberkati kita semua dan sentiasa menggolongkan kita dalam golongan yang menunggu giliran untuk syahid di jalanNya, ameen, insyaAllah.

Banyak juga yang berlaku minggu lepas dan especially minggu ni, tapi ana tak berkesempatan nak coretkan semuanya. Kalau ikutkan hati, mau aje ana kongsi semua iktibar yang diperolehi dari tiap insiden yang berlaku, tapi apakan daya… kudrat ana tak banyak mana. Walau macamana pun, apa yang berlaku semalam, sangat2 ana hargai dan amat menyentuh hati kecil ana ni, sehingga tiap kali terkenangkannya, mata ana mesti pedih…(dah sedia maklum kan, ana ni memang cengeng!)

Semalam, walaupun dalam kalut mengejar itu dan ini, ana tetap sempat blogging walau sekadar setengah jam, (memang tak sempat berkarya, tapi membaca dan browsing sana sini, sempat ajelah). Lalu ditakdirkan ana terserempak dengan satu blog yang sangat berahsia tuan punyanya… tapi, Allah izin, hati ana terdetik membisikkan satu nama yang memang tak asing bagi ana, sebab dia sentiasa dekat di hati ana. Berat sungguh hati ana mengatakan yang tulisan itu adalah tulisan beliau, walaupun kami jauh dan lama terpisah.

Continue reading

Rela Berkorban…

jalan-dakwah_jpg_w480 Hampir lima tahun ana di Jepun, banyak mengajar ana erti kehidupan dari perspektif yang berbagai. Maksud ana, banyak yang ana belajar dari teman-teman yang datang dari berbagai latar belakang, berbagai budaya dan cara hidup, walaupun sama-sama bergelar muslim. Kalau di US, dua tahun pertama ana menjalani kehidupan sebagai seorang student single, yang hanya memikirkan mengenai perjalanan hidup ana dengan teman2 serumah, sekuliah dan se’fikrah’, setahun di UK pula, walaupun bersama dengan dua orang anak kecil waktu itu, kedua-duanya masih belum bersekolah, maka masa ana kebanyakannya sibuk di rumah tanpa sebarang komitmen lain di luar… Tapi ketika di Jepun, situasinya sangat berbeza.

Sudahlah masa ana dengan anak-anak terlalu lama dirasakan, kerana kebanyakan masa memang ana kena uruskan sendiri sebab suami busy terlalu busy dengan studiesnya dalam suasana bekerja dalam budaya kerja masyarakat Jepun. Anak2 ketika itu juga sudah memasuki era tadika, maka sibuk ana ke arah memastikan mereka tidak ketinggalan dalam banyak perkara. Memang sesuatu yang sangat mencabar bagi seorang ibu muda saat itu, terpaksa mendepani dengan kerenah anak2 sendirian.

Continue reading