Budaya Hidup di Jepun

1) “Teacher…, banyaknya homework yang teacher bagi!”. Ana senyum je pada anak2 didik ni, sebab faham sangat, lagi dilayan, lagi menjadi. Waktu tu baru saja selesai masa pertama kelas Mathematics Form one yang ana ajar. Biar mereka protes semahu mereka, nanti bila dah reda, giliran ana pulak bersuara.

2) “Teacher…, susahlah belajar English, ana tak pandai teacher….”, bersuara beberapa orang anak dari kelas English ana baru2 ni, tak kiralah, form one ke, form four ke, hatta yang dah form five pun, masih mengeluh yang sama. Sekali lagi, ana suka beri senyum ‘sumbing’ ana pada mereka, sebelum memulakan leteran ana dalam memberi pesan pada mereka.

buku2

Dalam situasi pertama, ana selalu ulang :

“How to improve your Math?” dan setiap kali itulah, jawapan yang sama yang ana terima.

“Buat banyak latihan…..”, walaupun kita bertanya dalam english, pasti dijawab dalam malay jugak.

Dalam situasi kedua, soalan ana setiap kali mereka merungut ;

“How can you improve your English?” pasti akan dijawab,

“Banyak baca buku english, teacher…”

Bermakna, pesanan ana sebelum tu, bukan mereka tak tahu, bukan mereka tak ingat, cuma mereka tak buat, malas nak buat. Penyakit ‘M’ tu, memang terlalu parah.

Di sini ana nak sentuh soal banyak  tak banyak membaca… Pengalaman ana di Jepun, orang Jepun sangat suka membaca. Terlalu suka membaca. Bahan2 bacaan mereka terlalu banyak, dan sangat murah, berbanding dengan kita di Malaysia.

knowledge is light

Budaya suka membaca itu sudah ditanam ke dalam diri anak-anak kecil mereka seawal mereka boleh membaca di peringkat ‘Hoiku-en’ atau ‘Yochi-en’ lagi. Pra-sekolahlah tu. Mereka dibekalkan dengan buku2 cerita, tiap satunya akan ada sekeping muka surat khas di belakang buku, yang dipenuhi gambar yang berulang. Sekali anak itu selesai membaca satu buku, mereka disuruh mewarna satu gambar tadi. Maka berlumbalah anak2 ini membaca sebanyak kali mungkin, sekerap yang boleh, supaya selesai seluruh gambar itu diwarnakan, lalu mereka beralih ke buku yang lain pula.

Dua atau tiga-dalam-satu.
1. Berlumba-lumba dalam kebaikan.
2. Menyemai sifat amanah dalam diri anak-anak.
3, Membaca secara berulang sehingga lancar dan baik dengan sebutan.

Menariknya, memang mereka berjaya. Anak2 ini akan berlumba2 untuk menghabiskan membaca satu-satu buku tu, semata2 untuk menambah bilangan gambar yg boleh diwarnai. Dan melihat pada anak sendiri menjaga amanah, ana kira, pesanan sedikit sebanyak sudah diberi untuk berlaku jujur pada diri sendiri, dan tidak menipu. SubhanaAllah.

Kalau fenomena di Malaysia, rata2 kurang sangat orang Malaysia suka membaca, malah anak2 muda di IPT juga, tak ramai yang  jenis suka berkepit dengan buku.Tetapi di sana, dari anak2 sekolah, hingga nenek2 tua pun, pantang ada masa terluang, bukulah jadi peneman. Dalam train LRT mereka, yang berdiri tu pun, tak mau ketinggalan membaca, apatah lagi yang duduknya. Senario ini selalu ana lihat dengan mata ana sendiri.

Penjual2 yang duduk menanti pelanggan, kalau di Malaysia, ramai yang duduk menung kosong, sanggup menghabiskan masa begitu sahaja, habis-habis tidak, melelapkan mata tanpa ada kesan mengantuk dari membaca. Berbeza dengan senario di sana, buku jugak yang ditangan mereka. Sambil menanti pelanggan, masa mereka dihabiskan dengan membaca apa saja. Sungguh ternyata, mereka sangat menghargai masa!!

Anak2 ana memang terbawa2 dengan budaya Jepun ni, rata2 memang mereka suka membaca, alhamdulillah. Tak terbeli kita buku-buku untuk mereka. Tapi, as time goes on, terhanyut jugak sebahagian mereka dengan suasana sekeliling…AllahuAkbar! Aisyah sangat suka membaca sewaktu kecilnya dulu, sampai curi2 baca dalam gelap, hasilnya, baru darjah dua, power spectaclenya sampai mencecah 500 sebelah kiri saja waktu mula2 pakai dulu (kini makin bertambah). Cuma sekarang, bila balik bercuti, alasannya untuk tidak lagi memegang buku,

“Mak, kakngah dah penat membaca, now dah cuti, nak berehat sekejap”. Bertuah punya anak…..( ana akur, menelaah buku2 medic dengan cuti yang terlalu sedikit berbanding yang lain, mungkin benar dia dah keletihan merenung tulisan2 dan gambarajah2 di dalam buku), sebab tu dia sanggup tenung skrin komputer mengadap komik Naruto!!! Aduh, di mana ye silap ana???

malas bc buku

Hidup orang Jepun, penuh dengan disiplin. Mereka lebih mementingkan perlaksanaan proses yang dilakukan secara sistematik. Sebab tu origami (paper folding) penting untuk orang Jepun. Ia melatih untuk melaksanakan proses itu sebaik mungkin, barulah hasilnya dapat yang terbaik. Tiada jalan pintas dalam origami, semuanya kena ikut a step-by-step process. Begitulah juga mereka dengan hidupan seharian mereka.

Dari cara pegang dan meletak chopsticks atas meja, cara menyusun kasut bila sampai rumah. Cara nak pakai baju dan gosok gigi pun, diajar secara berhibur di TV, bermula dari step pertama hingga selesai, maka hasilnya juga sangat sistematik. Pakai pajama, butangkan baju dari bawah naik ke atas. So, tak lah butangnya senget sebelah macam ‘pak Uda’ dalam pi mai pi mai tang tu tu pakai! Semuanya diajar sedari kecil di hoiku-en dan yochi-en mereka, disamping dalam rancangan TV untuk anak2. Semuanya mengajar mereka supaya berdisiplin. Berdisiplin dengan masa, sudah ana ceritakan dalam postings ana yang sebelum ini, termasuk janji orang Jepun. Ini belum lagi kita sentuh aspek kebersihan mereka….

Itulah antara perkara2 yang ana belajar dari orang Jepun. Belajar mendisiplinkan diri. Memang banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar kita sehari-hari. Yang peliknya, Islam sendiri mengajar kita supaya hidup dalam keadaan berdisiplin, namun yg benar2 mempraktikkan budaya ini, bukan dari kalangan masyarakat Islam… Malang seribu kali malang bagi orang Islam yg mengabaikan ajaran Islam yg cukup sempurna itu. Orang Islam sibuk mengejar ‘Barat’ yg kini terlalu jauh dari Islam, manakala bangsa kuffar lain gigih membudayakan ajaran Islam yg complete dalam kehidupan mereka. Aneh kan?

Ayuh ya muslimin wa muslimat!!! Masanya untuk kita bangkit dan hidupkan, budayakan ajaran Islam dalam diri dan keluarga kita, seterusnya, bawa pengislahan itu kepada masyarakat yg ternanti2 di luar sana. Jangan biarkan kita dan Islam dihina lagi…. Apakah kita rela? AllahuAkbar!

InsyaAllah, di lain kesempatan ana akan sambung lagi.

Wallahu’alam.

12 thoughts on “Budaya Hidup di Jepun

  1. sejak bila pulak kak min ngajar semula ni? Susah tak ngajar english ni? Ikut pengalaman saya, jadi cikgu english ni, kita sure jadi tak famous punya, sebab cikgu english selalu garang, budak budak tak suka. betul ke kak min?

    mana best, dok rumah ke, ngajar ?

    • begitulah yang disusunNya. Mula sejak awal semester 2 ni. Cikgu english garang? sekolah rendah, ya kot. I remember my time kat Raudhatul Ulum dulu… tapi sekolah menengah ni, somehow, I don’t agree guna cara garang tu dah, budak2 bukan sekadar tak suka, tapi langsung tak nak dengar cakap kita. Lagi susah nak mendidik. Kita sebagai guru, patut rasa kita bukan saja muallimah, tapi juga murobbiah.

      Satu segi, best duk rumah, tapi seronok jugak dapat beri sedikit input pada anak2 bangsa kita. Yang penting, awal pagi, pasang niat betul2 dan pohon taufiq dari Allah. Bukan sikit mujahadahnya nak ajar anak2 ni…

  2. betul tu, orang Jepun sangat berdisiplin. saya sendiri pernah belajar di sana . Memang mengkagumkan. Harap2x kita semua dpt belajar dari mereka kan….

  3. Salam. betul. Orang Melayu khusunya perlu ikut apa yang baik, bkannya ikut apa yg buruk. Misalnya orang putih nak buat program realiti TV, orag kita berlumba2 buat jgak. Terlalu mengejar barat yg jauh benar dr ajaran Islam.

    Nice article. mohon copy ke dlm blog boleh ke? Jazakillah in advance.

  4. Dah lama mengintai & mengikuti penyampai kak meen ni. Sesuatu yang menarik utk di ulas.Topik kurangnya membaca dikalangan (anak2 kita=bangsa malaysia).Saya juga seorang guru yg kini berada disebuah negara Timur Tengah.Apa yang dilihat ialah ibubapa sendiri kurang memberi respon yang baik untuk anak2 membaca.Kalau di sekolah saya sementara menunggu anak habis kelas lebih seronok bercitcat drp tunduk membaca.Maka inilah hasil celupan dan garapan yang keluar.Apapun kita (guru) perlu membuat yg terbaik buat anak didik kita supaya hasil yg keluar nanti tidak menjadi perosak agama & bangsa.Insyaallah.

  5. assalamualaikum…sy rakan br dlm blog ni..nk mintak pndpt skit..how to handle form 1 student.they are still mcm pelajar sek rendah..asyik nk main,nk megadu itu ini..

    • memang itulah resamnya anak2 ting 1 ni. Aura sek rendah dulu masih terbawa2. Bagi akak, just go along with them, bg mereka masa, tapi dalam pada tu, sentiasa ingatkan mereka yang masa terus berjalan and they are becoming older and older, thus they have to grow up and be mature. Didikan perlu kepada masa, tapi kita sebagai pendidik yg dah matang ni lah kena berperanan mengingatkan, menegur mereka dengan kasih sayang, bukan dengan herdikan, hukuman apatah lagi sindiran. Anak2 akan mudah dengar nasihat kita kalau kita mendidk mereka dengan kasih syg, tapi kalau sindiran yg kita beri, mereka lagi fed-up dengan kita. Yg penting, kita perlu tegas. Berlembut dan berhemah dalam tegas itu lebih berkesan.
      Wallahu’alam.

  6. saya kini sudah lebih 3 thn di jepun..drp pemerhatian sy, org2 jepun amat menitik beratkn hubungan sesama manusia dimna mereka diajar utk menghormati org lain sejak dari pra-sekolah lagi..x ganjil bg mereka utk mempraktikkn perkataan “maaf” walaupon sekecil2 kesalahan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s