Sampaikan, Walau Satu Ayat

 

Tiba-tiba terpacul dari mulut Aqilah,

“Yang ana faham, perdebatan itu harus dielakkan selagi boleh, terutamanya dari kalangan sesama kawan dan rakan atau saudara. Lainlah kalau memang dah di khususkan sesi untuk berbincang, berdiskusi atau berdebat, maka berdebatlah secara ilmiah. Sebaik-baiknya elakkan dari bertengkar untuk menegakkan satu-satu pendapat dan pandangan.”

Aqilah, bersama-sama dengan beberapa rakan sebiliknya sedang asyik berbincang sementara menunggu Makcik Salbiah datang untuk membawa mereka ke Taman Tasik untuk acara rehlah pagi tu. Bincang punya bincang, tak sedar makcik Salbiah dah terpacak berdiri belakang mereka, mencuri dengar celoteh pagi anaknya dengan kawan-kawan sebilik.

“Mak ana pernah cakap dulu, kalau berbincang tiba-tiba nak masuk gear bertengkar, baik berhenti je. Kalau kita di pihak yang silap, berhentinya kita dari berlarutan bertengkar tu, Allah akan bina sebuah istana utk kita di kaki bukit dalam syurga. Kalau kita di pihak yang benar, tapi kita tetap mengelak dari bertengkar dan berdebat, Allah akan bina satu istana utk kita di atas bukit dalam syurga. Kan untung tu….”

Sambung Aqilah sambil memandang jauh ke hadapan, mungkin terimbau saat-saat mendengar pesanan maknya satu ketika dulu. Pesanan Makcik Salbiah. Terkedu sekejap Makcik Salbiah di belakang mereka. Enggan bersuara, tak mahu mengganggu perbualan mereka berlima ketika itu, tambahan pula, hati terasa terharu, cuba-cuba mengingati pesanan sendiri pada anaknya Aqilah satu masa dulu. Sesungguhnya, Makcik Salbiah memang tak ingat langsung dah dengan kisah pesanan tu. Intipati pesanan, Makcik Salbiah yakin dari sebuah hadis yang pernah beliau dengar dan baca, tapi saat disampaikan pesanan itu pada Aqilah, Makcik Salbiah memang lupa.

Namun dalam diam, hati Makcik Salbiah berbunga riang. Masih utuh rupanya pesanannya buat anak tercinta, Aqilah. Sebak dada dibuatnya, Aqilah masih mengingati pesanannya selama ini. Tak sia-sia mulutnya membebel memberi pesanan buat anak-anak. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.

Ana sendiri teringat pada pesanan oleh seorang ukhti dari Mesir sewaktu menemani suami belajar di Jepun satu ketika dulu.

“Sister Noor, Its not easy to raise children nowadays, and you have many boys with you. So let me remind you, please don’t stop talking. Don’t stop teaching them things. Don’t stop telling them what is right and what is wrong. Don’t be scared to be called a nagging mom, because children need to be told, to be reminded often. They maybe naughty and unbearable now, but one day, they will appreciate you, they will listen, and your nags will teach them to be a better muslim. Please don’t give up on your children.”

Dan bagi ana, ianya sangat-sangat benar. Kita tak tahu, leteran kita yg mana yang akan terkesan di hati mereka. Teguran kita yang mana yang mereka ingat sampai ke tua. Pesanan kita yang mana yang mereka pegang sampai bila-bila. Tugas kita adalah untuk menyampaikan, mengajar, membentuk mereka menjadi insan muslim dgn ciri-ciri peribadi muslim yang sejati. Dakwah perlu disampaikan, terutama buat anak-anak dan kaum kerabat yang terdekat terlebih dahulu. Asalkan kita ikhlas, berbuat semata-mata kerana Allah yang perintah, berbuat semata-mata kerana inginkan mereka menjadi muslim yang sebenar dengan nilai-nilai dan persepsi Islam yang betul, lambat laun, dengan izin Allah, pasti mengesani mereka yang mendengar. Kalau tidak secara terus saat itu, percayalah, suatu hari nanti pasti ‘terketuk’ juga mereka. Biar masa yang menentukan. Yang penting, kita yang memberi perlu pada keikhlasan, mereka yang mendengar dan menerima, terserah pada kerja buat Allah yang memegang hati-hati mereka, kapan pintu hati mereka akan terbuka untuk menerima seruan dan pesanan kita.

Ya Allah, sejuknya hati Makcik Salbiah ketika anaknya Aqilah mengimbau saat menerima pesanan darinya. Makcik Salbiah sendiri dah lupa memberi pesanan sedemikian pada Aqilah, tapi selama ini, pesanan ibu itulah yang menjadi prinsip hidupnya dalam bermuamalah dengan orang lain. Hampir menitik air mata Makcik Salbiah, tapi dia enggan merosakkan suasana dengan drama syahdunya. Cukuplah kesejukan hati yang dirasainya ketika itu, bersyukur amat dia ke hadrat Allah yang mengurniakannya seorang anak yang baik, anak yang mendengar kata…

“Assalamualaikum….dah lama ke tunggu tu?”

Makcik Salbiah bersuara ceria, buat-buat tak dengar butir bicara beliawanis berlima di depannya.

Ana berpesan pada diri ana, serulah, sampaikanlah, walau seremeh mana sangkaan kita, walau sepayah mana jangkaan kita, bila ada peluang menyampaikan, sampaikanlah…dalam sepuluh yang mendengar, tak mungkin tidak ada sekurang-kurangnya satu atau dua yang terkesan. Walaupun kita bukan dari golongan assatizah, kita bukan dari kalangan alim ulamak yang pulang bawa ijazah dari Timur Tengah. Bukan niat nak memperlekehkan ilmu golongan-golongan ini, malah memang kita tabik, dan kita tadah ilmu-ilmu yang dicurahkan. Memang kita sangat-sangat membutuhkannya. Tapi sekadar mengingatkan diri mengenai sabda Nabi saw:

‘Sampaikan dariku walau satu ayat!’

Kalau satu ayat yang kita tahu, satu ayat itulah yang berhak kita sampaikan. Kalau sepelaut pengalaman kita boleh menjadi iktibar buat manusia lain, berkongsilah…jangan terpedaya dengan perangkap syaitan, untuk kita duduk diam, tak berbuat apa-apa dengan alasan;

‘Kita bukan ustaz/ustazah’

Kalau semua pakat nak jadi ustaz dan ustazah,tak nak belajar ilmu lain dah,  tak haru dunia ni?

Kalau kita sekarang masuk golongan professional, bukan assatizah, tak payah berdakwahlah kita. Tak payah berkempenlah kita, mengajak manusia menuju Allah? Alangkah ruginya…! Apa kata kita berusaha menjadi :

ProTaz/ah : Professional Ustaz/ah

Kita professional, tapi ada sedikit sebanyak ilmu-ilmu assatizah. Kita assatizah, ada sedikit sebanyak ilmu-ilmu professional.

Dipendekkan cerita, walau siapa pun kita, kerja menyampaikan, menyeru dan berdakwah, adalah kerja kita. Jangan sekali-kali kita putus asa dalam memberi pesan pada manusia, lebih-lebih lagi pada mereka yang di bawah tanggungjawab kita.

Jangan takut jadi ibu yang kuat berceloteh. Mungkin bukan berleter, tapi berceloteh. Tukar leteran yang ‘membingitkan’ telinga anak-anak, kepada celoteh yang menghiburkan. InsyaAllah, dengan keikhlasan kerana Allah semata-mata, dan doa yang tak putus2 buat mereka, Allah pasti akan memberkati kita dan mereka.

DOAnya JANGAN LUPA ya BU! Doa seorang ibu amat amat  mustajab…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s