Archive | November 2008

remaja kita

baru je hantar anak bujang ku yang berusia 15 tahun ke masjid terdekat untuk bersolat jumaat, maklumlah, ayahnya outstation, dia sendiri belum cukup umur untuk bawa kereta atau motor sendiri… terasa juga jihadnya, membasuh, memasak di rumah, kemudian cepat-cepat makan sebelum berhantar kemudian balik untuk kita sendiri solat, baru je nak duduk, dia dah call minta diambil…tapi itulah tugas kita memastikan anak-anak menyahut tuntutan bersolat Jumaat yang wajib buat setiap lelaki muslim.
Kita bersyukur bila anak-anak tak banyak kerenah melaksanakan tuntutan ini, malah kadang-kadang mereka yang lebih peka dan bersemangat, sungguh sesuatu yang amat menyejukkan hati…
dalam perjalananselepas menghantar dia bersolat tadi, hati jadi sayu bila terlihat sekumpulan anak-anak remaja yang boleh lagi duduk melepak dengan motor masing-masing tanpa menghiraukan waktu bersolat Jumaat. Apa mereka tak merasa bersalah meninggalkannya? atau memang mereka tak tau hukum bersolat tersebut? Apa nak jadi drngan remaja kita sekarang? tapi bila difikir-fikirkan kembali, kali ni aku melihat remaja yang melepak tanpa menghirau waktu solat Jumaat, pernah juga beberapa ketika dulu, bukan setakat remaja yang melepak, tapi yang berstatus bapa budak pun masih selamba melepak di kedai2 makan waktu solat Jumaat. Tak terpanggilkah mereka untuk sama2 ke masjid? Nak dikatakan musafir, entahlah…macam tak ada gaya pun..

Advertisements