Archive | December 2008

prihatin seorang abang

itulah kisah seorang abang yang sangat risaukan kebajikan adiknya… what crossed my mind when I first saw the video was the fact that fitrah manusia yang Allah ciptakan terserlah dalam sikap si abang mengambil berat tentang adiknya, namun fitrah tersebut kalau dibiarkan tanpa asuhan dan ‘sentuhan’ Illahi maka yang berlakulah apa yang banyak berlaku sekarang…. ‘abang makan adik’,’adik makan abang’ dan sebagainya.. masing2 melepaskan diri sendiri, selfish and self-centered menjadi amalan dalam kehidupan seharian.Sangat mendukacitakan !!!

Advertisements

Kenapa perlu kahwin awal?

Baru-baru ni banyak gak jemputan kahwin yang ana terima undangannya,anak sedara,anak sepupu satu hal lah,dah memang musim cuti sekolah,bermakna musim kenduri kahwinlah jugak… Tapi yang menariknya banyak juga undangan ke kendurin anak-anak usrah dan mereka-mereka yang seangkatan dgnnya… anak ana sendiri pun kahwin setahun lepas,ketika masih lagi di tahun 2 atau 3 pengajian…. nak buat macamana,nak ditegah,modalnya “mak abah dulu pun kahwin time belajar gak,okay je…apa masalahnya?” terpaksalah ana jawab dgn penuh hikmah,yalah,tak naklah pulak nanti merajuk,kecik hati… akhirnya kita jugaklah yg makan hati memendam rasa,hanya bisa mendoakan yang terbaik buat mereka.

Continue reading

charlie bit me

Watching this video really touched me a lot… both are so cute, so innocent and so pure.. They really made me laugh but at the same time, there’s a burning sensation at the back of my eyes… why? si abang tak marah langsung pada si adik… subhanallah, once again fitrah manusia terserlah jelas di sini, kita cuma perlu gilap dan pastikan tidak dicemari oleh dosa dan kejahatan…. sesungguhnya fitrah itu sangat murni, tepat sekali ungkapan ‘Islam itu agama fitrah’. Semoga Allah memelihara kita dalam Rahmat dan RedhaNya, ameen.

Raya 2008-Rumah Mak Johor

dscn04251

First time beraya dengan menantu…. welcome aboard Aja, to our one big happy and lively family !!!
Raya kali ni jugak special dari dulu-dulu sbb this time Adam balik cuti, and rumah Tok Wie pun baru je di renovate, so agak selesa cucu-cucu bermain. Maklumlah, sebelum ni, rumah teres biasa je, ruang sangat terhad… anak-anak zaman sekarang kebanyaknnya dah tak merasa hidup dalam suasana kampung, sebab rumah atok-atok sekarang kebanyakannya rumah teres belaka… kesian mereka!!!

ZIKRULLAH DALAM TRAIN?

Seorang pelajar sekolah menengah berbaju batik sekolah, walau tak sama batiknya dengan ku, tapi aku juga berpakaian kemeja batik sekolahku sendiri…dia berkupiah, sedang aku yg sepatutnya bersongkok, telah ku tanggalkan dari kepala sebelum meninggalkan sekolah untuk cuti akhir tahun ni.

Continue reading

DISIPLIN DALAM KEHIDUPAN

Menjalani kehidupan kita setiap hari memang memerlukan pada disiplin diri yang baik. Masakan tidak, sedari kecil kita diajar oleh ibubapa gosok gigi sebelum tidor, basuh tangan sebelum makan, tutup lampu bilik bila keluar, makan minum dengan tangan kanan, dan banyak lagi suruhan dan larangan yg ibu bapa kita sangat2 ambil berat untuk kita amalkan,dan apa hasilnya sekarang? Tidakkah sampai ke hari ini kita tetap berpegang pada disiplin yang dah ditanam sejak dulu tu….

Continue reading

Masa oh Masa

Mesyuarat dijadualkan bermula jam 9 malam, Alin bergegas solat isya pada waktunya, sekitar jam 8.05 malam sekarang ni, lalu terburu menyiapkan tugasan dgn memerhatikan jam di tangan, jgn sampai melepasi 8.30 mlm, kerana anggaran sudah dibuat, dari kampus ke tempat mesyuarat sekitar 15 minit kalau tak sesak, tapi malam –malam jumaat ni, hujung bulan lagi, Alin tahu, ramai yg akan keluar makan-makan atau membeli belah, jalan pasti sibuk dari biasa, maka lebih selamat kalau dia keluar lebih awal. Targetnya 8.55 malam mesti sampai ke destinasi.

Continue reading