DISIPLIN DALAM KEHIDUPAN

Menjalani kehidupan kita setiap hari memang memerlukan pada disiplin diri yang baik. Masakan tidak, sedari kecil kita diajar oleh ibubapa gosok gigi sebelum tidor, basuh tangan sebelum makan, tutup lampu bilik bila keluar, makan minum dengan tangan kanan, dan banyak lagi suruhan dan larangan yg ibu bapa kita sangat2 ambil berat untuk kita amalkan,dan apa hasilnya sekarang? Tidakkah sampai ke hari ini kita tetap berpegang pada disiplin yang dah ditanam sejak dulu tu….

Teringat ana pada satu kenangan sewaktu belajar di luar negara dulu, bila dah mula duduk beramai-ramai kongsi rumah dengan kawan-kawan, barulah terasa betapa selama ini ajaran dan didikan mak yang cukup tak aku senangi ketika itu, sangat berguna sekarang ini. Ye lah, dulu mak selalu bising kalau bilik bersepah, rumah berterabur, benda-benda dibiarkan kotor tak dibersihkan…. Saat itu aku merasakan terlalu banyak kekangan dan kongkongan dari mak, sehingga rasa lemas, dan fed-up pun ada. Tapi dek rasa takut danhormat kita pada orang tua, kita diamkan aje, dan menuruti arahan mereka dengan rasa sebal di dada. Namun itu semua sebenarnya telah mengajar kita untuk hidup dalam kebersihan dan melatih diri untuk menghargai kebersihan. Bila dah mula hidup sendiri, baru dapat appreciate apa yang mak bising2kan dulu,kalau tak kerana mak ‘memaksa’ kami adik beradik suka dalam keadaan yg kemas,tentu kami hidup dalam situasi yang berserabut sekarang,tak reti nak berkemas dan tak semak perut tengok tempat berselerak… So, dari oversea, aku menulis surat pada mak, thanking her for what she had done to me all this while… masa tu baru nak minta maaf dari mak dan bersyukur dgn apa yg mak dah beri dulu….

Itulah kita manusia,perlu pada disiplin.Waktu kecil2,mak ayah tolong pastikan kita dilatih dgn disiplin yang sebegitu, sehingga kita besar,kebiasaan disiplin itu kita bawa bersama.Makanya kita sangat2 memerlukan pada kebiasaan mendisiplinkan diri, supaya ianya sebati dalam diri kita dan tetap kita suburkan walau di mana pun kita tercampak satu hari nanti…

Mendisiplinkan diri dalam apa jua sebab dan keadaan memang perlu pada mujahadah.Bukan senang nak berdisiplin,sebab disiplin ni selalunya bertentangan dgn nafsu yg suka pada bersantai2.Untuk berjaya dalam mendisiplinkan diri disaat umur yang bukan lagi setahun jagung tapi dah nak masuk senja ni,memerlukan pada ‘kehendak’ yang kuat..Kalau anak kecil, ada faktor luaran yg kuat memaksa kita, amaran, hukuman, gertakan dan ugutan adalah merupakan elemen yang boleh ‘memaksa’ kita memaksa diri, walaupun tak ikhlas saat itu, tapi bila dah dewasa ni, faktor luaran tu tak sekuat faktor dalam diri kita sendiri..Mugkin sebab dah ‘kebal’ dengan senjata tu agaknya, dah tak lut lagi!! Apa jua kebaikan perlu pada kehendak diri sendiri yg kuat, dengan bekalan ilmu yang ada dalam dada, dalam memastikan disiplin diri kita mantap.

Teringat ku pada pesanan adik ipar sendiri (a chinese convert) pada adik lelaki ku satu ketika dulu… kita ni kalau nak latih diri supaya berdisiplin, mula dengan bangun awal pagi dan solat subuh berjemaah di masjid! InsyaAllah, kalau kita boleh paksa diri kita begitu, the rest of the day akan mudah kita disiplinkan… MasyaAllah, aku malu sendiri dengar nasihat sebegitu yg datang dari seorang yg baru masuk Islam,padahal beliau belum lagi masuk mana2 jemaah Islam, sekadar berjinak2 dgn masjid aje ketika itu.Tapi benarlah apa yang dikata.Memulakan hari dgn disiplin solat subuh berjemaah di masjid bagi seorang lelaki adalah the key factor untuk terus berdisiplin sepanjang hari malah sepanjang hidup,insyaAllah.Kalau tidak masakan Rasulullah saw menjanjikan pahala yg besar untuk mereka yg solat berjemaah isya dan subuh….subhanallah… banyak yg dpt kita belajar dari orang di sekeliling, asalkan kita mau belajar…

Wallahu’alam.

One thought on “DISIPLIN DALAM KEHIDUPAN

  1. oo…macam tu ke…thank you jugak kat mak eh?sebab train hanan..haha..tak tau la nk komen apa.mak komen hanan punye lak..^-^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s