Masa oh Masa

Mesyuarat dijadualkan bermula jam 9 malam, Alin bergegas solat isya pada waktunya, sekitar jam 8.05 malam sekarang ni, lalu terburu menyiapkan tugasan dgn memerhatikan jam di tangan, jgn sampai melepasi 8.30 mlm, kerana anggaran sudah dibuat, dari kampus ke tempat mesyuarat sekitar 15 minit kalau tak sesak, tapi malam –malam jumaat ni, hujung bulan lagi, Alin tahu, ramai yg akan keluar makan-makan atau membeli belah, jalan pasti sibuk dari biasa, maka lebih selamat kalau dia keluar lebih awal. Targetnya 8.55 malam mesti sampai ke destinasi.

Hampir2 saja Alin leka dgn tugasannya, alarm yg di setkan di handphone pun berbunyi, “Ah! Dah jam 8.25 dah, kena bergerak nih.” Maka bergegaslah Alin meninggalkan tugasannya lalu memakai stokin kaki dan mengambil kunci kereta. Kali ni hanya dia saja yg akan mewakili rakan-rakan yg lain kerana mereka semua sibuk dengan exam esok hari.
Tepat jam 8.50 malam, Alin selamat sampai ke tempat mesyuarat yg dijanjikan, “Alhamdulillah, sampai on time, ada 5 minit lagi ” ucap Alin seorang diri, puas hati. Kunci bilik mesyuarat tiada padanya, dia harus menunggu yg lain, dijeling jam di tangan, dah pukul 8.57. “Mana yg lain ni, dah nak jam 9 mlm, bilik tak buka lagi, macamana nak mula meeting kul 9?” keluh Alin seorang diri. “Sabar Lin,sabar” pujuk Alin pada diri sendiri. Dia terus setia menanti, jam di tangan di jeling sekali lagi, “Ahhh! Dah 9.15, satu bayang lain pun tak nampak, apa halnya nih!!” sungut Alin sebal dan kesal.. Mula terbayangkan tugasan yg sedang asyik disiapkan di bilik kampus tadi, timbul rasa marah dan kesal di hati…”tau macam ni, baik tak yah dtg” Alin sgt2 kecewa.Dapat jugak disiapkan tugasan tu malam ni, esok boleh concerntrate study je, exam 2 minggu lagi, byk nak kena baca ni..
Alin hampir2 putus asa bila jam tangannya menunjukkan jam 9.30mlm, dan dia masih kesaorangan menanti di situ. Tangan dah mula pegang anak kunci kereta untuk pulang saja ke kampus, tak payah ikut meeting, bila Harun tiba2 melintas depannya untuk buka bilik meeting tu…”At last”, rungut Alin dalam hati. Kemudian datang lagi beberapa ahli yg lain, tapi masih belum cukup untuk memulakan mesyuarat. Terpaksa tunggu lagi di dalam, walaupun dia ikut sama bersembang, tapi kesal masih terasa….
Kenapa mesti dihukum orang yg menjaga masa? Orang yg cuba mengikut apa yg Islam suruh, orang yg cuba sedaya upaya memegang prinsip amanah menjaga masa, berusaha memajukan diri, selalu dianianyai….?
Persoalan itu pernah dikongsi dgn rakan yg se’fikir’ dan seprinsip dgnnya. Memang diakui, kesal dalam hati selalu memakan diri bila soal menjaga masa ni dipandang sepi oleh org lain, terutama kalau org tu dari kalangan yg ada fikrah. Pernah disyorkan, pada mereka yg menjaga masa, kalau meeting jam 9.30, bagitau jam 9.30, tapi bagi yg kurang menepati masa tu, bagitau mereka meeting mula jam 9.
“Soalnya, sampai bila nak buat macam tu? Itu hanya penyelesaian jangka pendek, bagi jangka masa panjang, tak akan selesai masalah menepati masa ni bila mtg tu tak melibatkan bos-bos di pejabat. Hairan, kalau di tempat kerja, takutkan bos, boleh aje jaga masa. Tapi dalam hal hal kerja dakwah ni, asyik pandang remeh, ambil mudah saja…macamana Allah nak bantu kita?” keluh Alin dalam nada kesal tapi marah.

2 thoughts on “Masa oh Masa

  1. Assalamualaikum Pn Meen
    Tahniah diatas BLOG ini dan harap dapat mendidik dan berkongsi dengan akhawat lain..Semoga BLOG akan menjadi media dakwah yang penting dan semoga kita dapt link kan nanti supaya BLOG kita semua HIDUP dengan crosslinking dan berkongsi artikel dan ilmu .. Hj Amir

  2. menjaga masa memang merupakan cabaran yang besar buat kita para ibu. Kalau dulu, masa itu kita yg aturkan, tapi sejak bergelar ibu pada anak kecil ni, masa kita si anak yang ‘mengaturnya’…kena lebih mujahadah supaya kita tak berlaku zalim pada orang lain yang menjaga.wallahualam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s