Kenapa perlu kahwin awal?

Baru-baru ni banyak gak jemputan kahwin yang ana terima undangannya,anak sedara,anak sepupu satu hal lah,dah memang musim cuti sekolah,bermakna musim kenduri kahwinlah jugak… Tapi yang menariknya banyak juga undangan ke kendurin anak-anak usrah dan mereka-mereka yang seangkatan dgnnya… anak ana sendiri pun kahwin setahun lepas,ketika masih lagi di tahun 2 atau 3 pengajian…. nak buat macamana,nak ditegah,modalnya “mak abah dulu pun kahwin time belajar gak,okay je…apa masalahnya?” terpaksalah ana jawab dgn penuh hikmah,yalah,tak naklah pulak nanti merajuk,kecik hati… akhirnya kita jugaklah yg makan hati memendam rasa,hanya bisa mendoakan yang terbaik buat mereka.

Bukan bermakna ana anti kahwin time belajar,cuma ana nak pastikan kahwin tu biar betul niatnya. Jgn tengok kawan kahwin,dia pun teringin nak kahwin,tanggungjawab selepas kahwin tu tak ambil pusing dah.. banyak berlaku kes-kes yg sebegini,dan natijahnya,porak peranda rumahtangga,anak-anak jugak yang jadi mangsa.

Baru-baru ni kecoh semula kawin time belajar.Puncanya bila terbaca tulisan seseorang,yang mana katanya…” kalau sifat kita tu adventurous suka kembara,tak perlu kawin awal2,sebab nanti langkah kita pendek jadinya kerana kekangan2 anak isteri..” Ana tak kata ana tak setuju dgn pendapat tu, memang tengok atas org yg nak kawin tu jugaklah… kalau sama2 faham keperluan dan priority,insyaAllah tak timbul masalah rasanya.Kalau timbul pun, ia akan jadi rencam dan rencah dlm rmh tgga kita, insyaAllah kalau ikhlas, kita akan temui kemanisannya.

Ana ambil contoh diri ana, sewaktu di USA dulu, suami ikut jemaah tabligh dari sebelum kahwin lg, so bila keadaan dipandang lebih baik kami kahwin,kami balik kahwin di Malaysia kerana kebetulan time cuti yg disponsor JPA pun.Lepas kahwin, suami tetap aktif dgn aktiviti tablighnya, asal cuti semester je, dia pasti keluar ‘khuruj’, tinggal ana se sorang kat rumah. Tapi tiap kali dia pulang, ada sesuatu yg ‘baru’ dirasai di situ, dan ana kira itu adalah antara kemanisannya…
Sewaktu mengandungkan anak pertama,suami keluar 40 hari…memang rindu dan resah,tapi manisnya susah nak diungkapkan,especially selepas dia pulang dgn ‘battery yg dah di charge…’ perasaan yang sangat indah dan terkesan dalam di hati.. susah untuk digambarkan. Ana kira hanya mereka yang pernah mengalaminya saja yang akan benar-benar mengerti.

Masa suami nak melangkah pergi tu memang berat,malah selalu jugak hati kecil seperti mendoakan perjalanan di’cancel’ last minute atas sebab2 tertentu yg tak dpt dielakkan, tapi percayalah, once kaki suami kita melangkah keluar dgn penuh mujahadah di kedua2 belah pihak, akhirnya Allah dgn segala Rahmat dan RahimNya, hati kita terus lega bagai diangkat satu beban besar darinya menyebabkan kita tenang dan redha dgn perjalanannya ber’tabligh’… itu adalah antara pengalaman ana yang ingin ana kongsikan…

Point ana di sini, memang berat awalnya meninggalkan pasangan untuk kembara dakwah, tapi setelah berjaya melepasi dugaan berat itu, manis yang menanti adalah lebih hebat dirasai… semuanya kerana ‘tadhhiyyah’ dari kedua suami dan isteri yang sama mengerti dan merelakan…ana kira kalau keluar dalam keadaan bujang, memang lebih mudah, tapi ‘manis’nya kurang !

Wallahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s