Archive | January 2009

‘Isteri solehah’ and ‘Anak Soleh’

Inilah harta2 yang tak ternilai ku, moga kalian membesar menjadi insan daie dan daieyah yang diredhai Allah swt.

Inilah harta2 yang tak ternilai ku, moga kalian membesar menjadi insan daie dan daieyah yang diredhai Allah swt.

Baru-baru ni, ana didatangi oleh seorang pelajar IPT yang berhasrat untuk membina ‘masjid’nya dalam masa terdekat ini. Calon pasangan sudah ditemukan, cuma masalahnya macamana nak beritahu ibu bapa… Dilema yang dihadapi, rata-rata merupakan dilema kebanyakan pelajar IPT samada awam atau swasta, sama saja… dan ana menjadi tempat rujukan mereka yang mengenali ana kerana dua faktor ; ana sendiri mendirikan masjid ditahun dua pengajian sewaktu di US dulu, dan akhir tahun 2007 baru-baru ni, anak lelaki (sulung) ana pulak mengikut jejak ibu dan ayahnya.!

Nasihat ana pada mereka, dapatkan restu ibu dan ayah dulu. Yakinkan mereka akan keperluan mendirikan rumahtangga tersebut. Memang susah, tapi itu keperluan. Tidak dapat tidak, bab yang satu ni kena beres dulu. Kalau tidak, masalah yang akan timbul nanti, menjadi lebih rumit lagi.

Dalam menasihati mereka, ana terkenangkan beberapa insiden yang terpaksa kami sendiri tempuhi, tidak kurang juga dengan kemusykilan-kemusykilan yang pernah teman-teman kongsikan dengan ana suatu ketika dulu.

Tracing back sejarah ana dan suami mengambil keputusan berterus terang dengan ibu dan ayah mengenai hasrat kami, memang ada yang menyentuh hati. Walaupun penjelasan telah diberi, namun ternyata masih berat keizinan itu diperolehi. Fikir ana saat itu,

“kenapa susah sangat mereka nak faham betapa susahnya hidup diperantauan sendirian. Fitnah yang berlaku sekeliling kami saat itu terlalu banyak dan menakutkan”.

Continue reading

Advertisements

Boikot? Susah ahhhh….

“Susahkan? Selama ni anak-anak memang suka makan kat McDonalds tu, burger dia sedap dari fast food burger yang lain…”

“Ha ah, I pulak tak boleh kalau tak minum Nescafe pagi2, nanti ngantuk, tak leh buat kerja…”

“Biskut2 keluaran Danone or Kraft tu, kan sedap…mana boleh ganti dengan biskut local sini you…famili I cerewet, they all tak nak punye!”

Ana rasa itu adalah antara rungutan2 orang ramai yang masih enggan melakukan boikot pada barang2 milik Israel dan Amerika. Atau mungkin keluhannya berbunyi begini;

“Anak sedara I kerja kat Starbucks tu hah, kalau diboikot, habislah dia. Dah jadi pengurus lagi, dah tu, bukan dia je, ramai lagi orang lain yang kerja sana, mana boleh boikot?”

“Tak de kena mengena pun dengan kita, Malaysia besar mana sangat, kalau boikot pun, mana tinggal kesan sangat pada mereka. Penduduk kita bukan ramai mana, kalau Indonesia tu lain lah…”

“Kalau kita yang boikot, orang lain tu pergi je McDonalds, Sturbucks… susah payah je kita boikot, leceh lah!”

Continue reading

Hidayah itu milik ALLAH

Sering kita merasakan

“Aku dah selalu sangat dengar benda ni, naik muak pun ada… takde benda lain ke nak cakap?”

pada mana-mana kuliah yang kita hadir, samada secara terpaksa (anjuran pejabat misalnya), atau secara sukarela mengikut kawan untuk menghabiskan masa yang terluang. Walaupun kita sedar, apa yang disampaikan sangat benar dan baik belaka, tapi entah kenapa, ianya berlalu sebegitu saja, menyapa hati dan telinga tanpa meninggalkan bekas atau kesan. Pulangnya kita, dengan membawa ‘tangan kosong’, melenggang kangkong seperti mana kita datang, tanpa mendapat apa-apa faedah dari kuliah tadi.

Continue reading

Iman Para Sahabat sebagai Teladan.

Keimanan merupakan nikmat tertinggi yang dikurniakan Allah kepada hamba2 yg dikehendakiNya . Ia merupakan ‘motor penggerak’ dalam mengendalikan perkataan, perbuatan, gerak langkah, malah getaran hati di atas landasan ketentuan Allah. Tanpanya, manusia tidak akan bertemu dengan Allah dalam erti sebenar-benar penemuan.Keimanan yang ‘berinti’kan LAAILAHILLALLAH adalah merupakan pintu masuk kepada ‘bangunan Islam’ , satu-satunya agama yang diredhai Allah.

Satu ketika dulu, sewaktu mula2 sampai di US, memegang kepada kefahaman bahwa Islam lah satu2nya agama yang diterima Allah, ana mula terfikirkan apa istimewanya Islam berbanding dengan agama lain. Mungkin kerana hidup di bumi Malaysia, ana kurang matang, atau terlalu taksub dengan Melayu=Islam, lalu memandang sepi akan bangsa2 lain yang secara otomatiknya mengatakan mereka jahat/salah… Tapi bila terpaksa bergaul siang malam bersama orang2 asing tak kira dari mana dan agama apa sekalipun, ditambah dengan sedikit kematangan, ana mula terfikir perkara yang ana tak pernah ambil pusing sebelum ni.

Continue reading

“Its Lonely Up There”

Suami pernah meluahkan rasa hatinya satu ketika dulu….

‘kadang2 rasa, nak turun balik ke position sebelum ni… boring duk kat atas, rasa sunyi sangat!’.

Ana tak faham mulanya maksud suami. Ya lah, selama ana kerja dulu, cuma jadi pensyarah biasa je, tu pun kejap sangat… ana tak pernah pulak rasa sunyi sebab rakan sekerja ramai je. Riuh rendah kalau di staff room tu, sampai rasa kekok pun ada… ialah biahnya susah jugak nak dijaga, sebab dah bercampur dengan macam2 ragam manusia.

Akhirnya bila dibawa berbincang, (sangat perlu dalam rumahtangga), barulah ana faham… sunyinya dia sebab kawan2 dah menjauhkan diri dari dia, lalu tinggallah kesaorangan dia di atas sana.

‘kenapa? what happen?’ tanya ana pada suami, cuba memahami masalah.

Dia ketawa sendiri (ini kes yang boleh ketawa lagi, kadang2 dia balik dengan problem yang sampai demam tak tentu pasal pun ada…), akhirnya dia menjawab;

‘Ada ke patut, depa makan2 kat luar tu beramai2, untuk I depa bawa masuk dalam ofis, duk makan sesorang…tak best betul!!’.

Continue reading

Mak kita ‘Kibishi’ kan?

5-beranakPagi tu, pagi sabtu. Anak-anak memang tak sekolah, tapi suami tetap ke kampusnya di kyoto Univ. Selesai memastikan anak-anak siap mandi sambil ana memasak mana yang patut, kemudian memastikan anak-anak membuat latihan, giliran ana pulak ke bilik air. Menariknya rumah di Jepun ni, terdapat terlalu banyak pintu bagi mengelakkan pembaziran perpindahan haba yang tak effisien.Dek kerana itu, agak mudah untuk mencuri dengar perbualan orang dari sebalik pintu yang hanya diperbuat dari lapisan-lapisan kertas.

Anak-anak sedang asyik berbual sambil menyiapkan tugasan yang ana berikan pagi tu. Memang jadual belajar mereka agak ketat, sebabnya mata pelajaran yang diajar di sekolah Jepun untuk peringkat sekolah rendah, hanyalah Japanese, English hanya mula diajar di sekolah menengah. Makanya ana perlu memastikan anak-anak tidak tercicir dari syllabus Kem. Pel. Malaysia. banyak buku-buku sekolah yang ana minta adik hantarkan, semata-mata untuk memastikan anak-anak belajar BM, Eng, Matematik dan semestinya Al Quran serta Fardhu Ain. Semuanya terletak atas bahu ana, kerana suami akan ke kampus 6 hari seminggu, pergi sebelum anak bangun tidur, balik selalunya anak dah tidur.

Continue reading