Why Now? Not Then?

Hari ni dah masuk hari yang keberapa ye, Gaza diserang sedemikian rupa… sedih masih membaluti tangkai hati ana, setiap kali terkenangkan mereka, pasti pedih belakang mata, menahan airmata dari tumpah lagi…

Semalam seharian ana di rumah ditemani radio IKIM, topik perbincangan mereka pagi semalam adalah BOIKOT BARANGAN USA DAN ISRAEL, apa pandangan pendengar? MashaAllah, ana terfikir sendiri semalam, lama dah isu ni kita ketengahkan dulu, tapi macam tak berapa laku je… Cerita kat orang ramai, orang pandang sepi sebelah mata, malu sendiri pun ada kadang2 tu, yelah, kita menyogokkan sesuatu yg org tak minat! Kadang2 bila ckp ‘sesama’ kita pun, ada yg tak berapa ambil endah, sebabnya susah nak boikot, ramai org kita yg kerja situ lah, ekonomi negara pun terjejaslah, anak2 bukan faham lah, kita pun nak senang selalu. sebenarnya…

Tiba-tiba sekarang kecoh org perkatakan benda yg dah lama kita cuba nak sampaikan… sebabnya? Sebab Che Det dah bersuara suruh kita mula boikot…. Ohhhh, padanlah semua org tetiba ‘alert’ nak boikot, sbb ‘org besar’ (walaupun pencen) dah mula bercakap… itulah dia penangan ‘org besar’ dalam mempengaruhi masyarakat… maka iktibar yang boleh kita ambil di sini, antara lainnya adalah, jadilah ‘org besar’ jugakkkk….

OOps, bukan org besar sebagaimana yg mungkin kita semua fahami selama ini, tapi org besar yang dapat menjadi sumber rujukan org ramai, bersesuaian dgn firman Allah swt

وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٲجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٍ۬ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا (٧٤)

“………Dan jadikanlah kami pemimpin bagi org2 yg bertaqwa”

(S. Al Furqan:74)

Mulai saat ini, mereka2 yang mendambakan menjadi daie dan daieyah ilaAllah hendaklah bertekad dalam diri dan hati untuk melakukan pengislahan diri sebaik mungkin di samping pengislahan masyarakat, sehingga ke tahap masyarakat percaya dan menjadikan kita tempat rujukan mereka. Hanya bila mereka telah yakin dengan akhlak kita, pembawaan kita dan buah fikiran kita, apa sahaja yang kita sarankan pada mereka, akan mudah diterima. Kalau pun belum ketahap mengikut, tapi alhamdulillah kalau mereka sudah dapat menerima idea kita.

Masa untuk duduk di belakang tabir, menyembunyikan diri sbb nak zuhud, malu nak menonjol, telah berlalu!! Sekarang adalah masa untuk bertindak secara ‘full-swing’ kalau boleh… InsyaAllah, dengan azam yang kuat, dengan doa dan munajat padaNya mohon kekuatan, yang tampak mustahil itu sebenarnya bukanlah mustahil tara mana pun….Kita ada Allah yang orang kafir tak ada, kita ada kekuatan yang sudah dihijabkan oleh kelalaian dan kecuaian kita sendiri…

Ana sangat terkesan bila terbaca petikan mengenai tulisan Abul Hassan ali Nadwi mengenai realiti vs illusi (ada terjumpa dalam article di UIA Kuantan, baru2 ni, petikan dari blog ‘saifulislam’ katanya). bagaimana kita Muslims rata2 masih dalam alam illusi kita sendiri sedangkan para kafirun di luar sana semuanya adalah reliti/sejati dgn ciri2 mereka yg disebut dalam Al Quran… Mana mungkin, muslim illusi tanpa ciri2 muslim yg sejati, dapat mengalahkan kafir sejati??? Kuat bagaimanapun illusi kita, illusi tetap illusi dan yg realiti itu jugak tetap akan menang. Makanya, sekarang adalah masa untuk kita sejatikan muslim dalam diri kita bagi mendepani sejatinya kafirun di alam realiti sana. Mulakan dengan menjadi muslim yang sejati dengan ciri2nya seperti yang diterangkan dalam Al Quranul karim…Dengan ‘sejati’nya kita, maka kita bergerak menyapa masyarakat dgn lebih bersungguh, insyaAllah.

To make the first move, to take the very first step, itu yang payahnya, insyaAllah kalau itu dapat kita lepasi, the rest will be easy… with the help of Allah, of course.

One thought on “Why Now? Not Then?

  1. betul kata enti,setiap kita perlu pada pengislahan diri supaya mantap ciri2 muslim dalam diri, kemudian kita bergerak pada keluarga muslim dan masyarakat muslim…semoga Allah membantu kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s