Kerja Terlalu Banyak Lagi.

Baru-baru ni I got the chance to spend some time kat KL, we stayed at one of the hotel near KLCC, bila melihatkan gelagat warga kota yang terlalu asyik dgn kehidupan mereka, ana jadi terlalu sedih…

Masakan ana tak sedih, senario yang kelihatan ketika ini di Malaysia sama seperti senario yang pernah ana lihat sewaktu berada di USA buat degree lebih 20 tahun yg lalu… sedih kan? Kenapa perlu kita berbondong2 dan berlumba mengejar the so-called kemodenan barat, bila telah terang dan nyata hasil dari kemodenan itu adalah keruntuhan akhlak muda mudi mereka yang keterlaluan menjunamnya. Apa kita tak mau mengambil iktibar dari itu semua?

Kenapa kita mesti beranggapan segala yang dari barat itu moden, sehinggakan kepada ‘hampas’nya pun nak kita jadikan budaya hidup kita.Yang menjadikan ana lebih sedih, bila dalam keadaan yang sebegini, di mana kita sepatutnya berpimpin tangan dan bergandingan bahu menyelesaikan masalah di depan mata, tapi hakikatnya kita sibuk bercakaran dengan isu sesama kita… Masing2 sibuk nak menonjolkan diri ‘kitalah yang betul, kita yang benar, orang lain silap, orang lain seleweng…’, walhal kerja yang dipertanggung jawabkan pada kita yg sudah diberi sedikit kefahaman untuk memahamkan org lain pulak, dilakukan cincai cincai aje.

Ana sedih mengenangkan bagaimana banyaknya kerja nak menyedarkan org ramai tu, berbanding dgn masa dan tenaga yg kita ada. dalam sedikit ini pun kita ‘sibuk’ cari silap org, label salah org, dan kita lupa salah dan silap tu ada pada diri sendiri rupanya.Macamana nak berangan dpt daulah, kalau rata2 org tak faham??? Macamana pulak org nak faham kalau kita asyik tunjuk contoh yg mengelirukan org ramai??? Macamana org tak keliru, bila kita sendiri duk keliru dgn salah silap org dan lupa diri sendiri???

Dengan apa yang berlaku di sekitar KLCC ptg tu, sedikit sebanyak telah mengganggu emosi ana ketika itu, sehingga disalah tafsirkan oleh suami…(maafkanku wahai suami). Bukan bermaksud tidak gembira atas usahanya menghiburkan kami sekeluarga sempena cuti sekolah, maklumlah, kami tak berkesempatan bercuti jauh seperti org lain, dek beberapa kekangan, tapi dgn hal2 yg baru berlaku sekarang, dgn senario masyarakat sekeliling, ana memang terkesan dan sgt gusar.

Semoga Allah beri kita ‘sekeluarga’ kekuatan dalam membina pengislahan diri yg seterusnya berupaya memberi impak pada pengislahan masyarakat secara keseluruhannya. Mudah2an apa yg menimpa kita sekarang, menjadi ujian yg akan memantapkan lagi thabat kita atas jalan ini, insyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s