Iman, Semangat Jihad dan Gaza…

Sejak isu Palestin dan Gaza mendapat tempat di kalangan masyarakat kita, saban hari berbagai ulasan, reaksi, cadangan memboikot dan lain-lain dalam bermacam bentuk diutarakan dan diperdengarkan kepada masyarakat. Tetapi satu perkara yang cukup menarik perhatian dan menyentuh jiwa ana ialah komen-komen dan ulasan-ulasan setengah pengulas di media yang asyik menekankan propaganda sekutu Israel, “Amerika kuat, kita tidak ada upaya nak melawan mereka dari segi senjata”;”rakan dagangan terbesar kita dll ….”. Beberapa kali ia diperkatakan dan bagi ana, ianya akan memberi kesan yang amat buruk terhadap umat Islam di Malaysia.

Amat malang sekali ungkapan sedemikian rupa datang dari orang Islam yang mengaku ‘Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruhNya’; yang sepatutnya faham dan sedar akan kekuasaan mutlak Allah yang tiada tolok bandingnya. Sejarah telah mengajar kita; malah dari ayat-ayat Al-Quran dan Hadith sendiri; kekuatan dan kelengkapan senjata bukan kekuatan mutlak dan tidak menjamin kemenangan; bilangan yang sedikit dapat mengalahkan yang ramai.

Lihat saja contoh perang Badar, Yarmuk dan lain-lain yang memberi gambaran betapa teguhnya tugu keimanan orang Islam ketika itu dan tidak gentar dengan musuh yang akhirnya membuktikan kemenangan adalah datang dari Allah. Cuba kita amati kata-kata Saidina Umar r.a. kepada tentera-tentera Islam …. “sesungguhnya kemenangan tentera Islam adalah disebabkan maksiat tentera musuh kepada Allah. Jika tidak, kita tidak memilikki apa-apa kekuatan untuk menewaskan mereka. Kerana bilangan tentera kita tidak seramai bilangan tentera mereka. Oleh itu, jika taraf maksiat kita sama sahaja dengan mereka, mereka memilikki kelebihan kekuatan berbanding kita. Jika kita tidak mampu menewaskan mereka dengan kelebihan akhlak kita, kita tidak dapat mengalahkan mereka dengan kekuatan kita…”.

Jangan sekali-kali kita lupa senjata taat, takwa, iman, doa dan semangat jihad. Jika semangat jihad yang rapuh dan mudah kalah sebelum masuk gelanggang ini ditanamkan dalam diri dan jiwa umat Islam, maka amat mudahlah musuh-musuh Islam mengambil kesempatan. Kita perlu menghidupkan semangat jihad dalam jiwa dari semua kalangan orang Islam dengan satu keyakinan – kekuasaan mutlak adalah milik Allah! dan kita yakin seteguh-teguhnya pada janji Allah bahwa “Sekiranya semua manusia mengumpulkan balatentera yang ada di dunia ini, dan mahu menyerang kita tetapi jika tidak dibenarkan Allah, ia tidak akan beraku. begitu juga jika seluruh manusia di dunia ini berkumpul untuk memberi manafaat kepada kita, namun jika tidak dengan izin Allah, tetap tidak akan berlaku.”

Ana khuatir anak-anak kita dan pemuda-pemuda Islam yang ada pada hari ini luntur semangat jihadnya; dan apa akan jadi dengan masa depan Islam jika generasi ini tidak dapat dibangunkan sebagaimana generasi Al-Quran hasil tarbiyah Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya. Bukan kata-kata yang melemahkan semangat yang patut kita ucapkan tetapi ucapkanlah semangat jihad Islam sebenar supaya ada dalam setiap hati orang Islam akan niat ikhlas untuk berjihad di jalan Allah. Jangan jadi golongan yang digambarkan oleh Rasulullah saw sebagai golongan yang ada berpenyakit ‘wahn’ iaitu takut mati dan cintakan dunia yang menyebabkan mereka diganyang dari setiap arah dan ketika.

Jangan biarkan muslihat Israel yang cuba mempamerkan kekuatan ketenteraan mereka, kecederaan dan pembunuhan dahsyat anak-anak kecil, kelaparan dan kemusnahan, melemahkan semangat jihad kita dan yakin kita kepada Allah. Inilah yang mahu dilakukan oleh musuh Islam dan kita tidak sepatutnya terpedaya dengan muslihat mereka. Bangunkan generasi ini menjadi generasi Al-Quran dan bangkitkan semangat jihad, tiupkan kata-kata peransang kepada anak-anak kita akan kehebatan Salahuddin Ayubi; semoga ada di kalangan mereka nanti yang akan bangkit seperti Salahuddin yang akan membebaskan al-Aqsa dan membebaskan pemikiran orang Islam dari belenggu kebaculan dan kerapuhan iman, Ameen!

One thought on “Iman, Semangat Jihad dan Gaza…

  1. Jika musuh berbaju Israel maka sudah jelas dan mudah untuk diperangi. Namun jika musuh berbaju Islam seperti baju yang dikenakan pemimpin Mesir dan Saudi, itu yang repot, karena banyak muslim yang terperdaya dengan tampilan luar mereka….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s