Dijamu ‘roti pita terbang’

Kami 8 orang pelajar perempuan bersama 12 orang pelajar lelaki Malaysia lepasan SPM, baru sampai di Pueblo, Colorado USA, sebuah bandar cowboy di kawasan midwest Amerika Syarikat. Kami disambut oleh pak Arab yang mengetahui akan kedatangan kami 20 orang dari Foreign Students Dept, Univ of Southern Colorado.

Mengetahui bahwa kami semua adalah pelajar Islam Malaysia, pak-pak arab dari pelbagai negara Arab telah bersedia dengan pelbagai program untuk kami. Kami dilayan umpama anak-anak sendiri, pergi balik campus berhantar dan berambil, walaupun pada mulanya, pelajar lelaki yg dimanjakan, kerana mereka menyangka kami punya kenderaan sendiri, sehinggalah suatu pagi Pak Dolah dari Kuwait menyaksikan sendiri kami pelajar perempuan menyeberang hi-way, memanjat bukit ambil jalan pintas ke kampus dalam musim sejuk bersalji lagi…, lalu boys dimarahi kerana membiarkan kami, dan sejak hari itu, kami ditatang seperti puteri Arab yang berwajah Oriental….Bukan setakat ke kampus, malah untuk bershopping pun kami punya ‘drebar’! begitulah ikram mereka kepada kami anak-anak Muslim… subhanallah.

Kebanyakan arab yang datang belajar di sana terdiri dari pakcik-pakcik yang buat PhD, jarak umur kami agak ketara, namun isteri yang ikut menemani mereka semua muda-muda tetapi tidak sama belajar dan kebanyakan mereka hanya pandai bernahasa arab…bayangkanlah.

Diantara layanan istimewa yang kami dapat adalah makan percuma di rumah-rumah mereka. sesuatu yang sangat-sangat kami hargai dan ternanti-nanti tiap minggu. Ada sahaja rumah yang menjemput kami, kadang-kadang disertakan dengan ‘bayan’ buat kami di sebalik tabir kain memisahkan kami pelajr perempuan dan kaum ibu Arab dari pelajar lelaki dan kaum bapa Arab. Mereka semua datang dari seluruh pelosok negara Arab seperti Kuwait, Saudi, Libya, Mesir, Sudan, Algeria malah warga Palestin dari Lebenon juga ada. Tunisia, Morocco, Iraq dan Iran juga tidak ketinggalan.Dalam seminggu, sekurang-kurangnya sekali kami dijamu makan, itu yang dikira wajib, sebab beserta dengan bayan, tetapi ada saja rumah yang akan panggil kami makan hanya untuk makan… memang seronok!

Satu ketika, kami dijemput berlapan ke rumah pak Dolah Kuwait tu, isterinya kesaorangan sebab anak-anak ditinggal di Kuwait. Di situlah kami berkenalan dengan seorang sister US yang berkahwin dengan brother Libya, Fatimah namanya. Sister Fatimahlah yang menjadi translater kami. Kami dijamu dengan pelbagai masakan arab yang sangat-sangat lazat. Nak membantu, kami dilarang, kami disuruh duduk keliling kain saperah besar yang siap terhidang dengan lebih 10 pinggan juadah masakan arab. tiba-tiba datang tuan rumah membawa sedulang roti pita lalu duduk di satu penjuru kain saperah yang terbentang, lalu mengajak kami makan, dalam bahasa arab yang kami semua tak faham…

Bila masing-masing cuba mengambil juadah masuk ke pinggan, tiba-tiba tuan rumah bersuara, lalu terbanglah roti pita tadi merentasi kain saperah…. dan kami diminta untuk menangkap roti-roti tersebut masuk ke pinggan masing-masing. Apa lagi, kelam kabut kami dibuatnya dengan kejuta budaya baru itu. Terpinga-pinga kami cuba menangkap, ada yang terlepas ke belakang, ada yang terlepas apa yang di tangan, semuanya terjerit kekagetan…sangat melucukan! Rupanya begitulah cara mereka menghidang roti bila tetamu ramai. Selesai hiruk pikuk terkejut kami, kami dipaksa menghabiskan makanan yang terhidang, mashaAllah… orang Arab memang kuat makan, kami kekenyangan yang teramat sangat. Bagi mereka, bila tetamu tak menghabiskan hidangan, itu dianggap ‘aib bagi tuan rumah, jadi dalam keterpaksaan kami kekenyangan….

Sesuatu yang ana belajar ketika itu adalah hospitality orang Arab memang tak setanding dengan kita di sini. Mereka sangat-sangat meraikan tamu, sangat-sangat bersungguh dalam melayan makan dan minum tetamu, malah jangan sekali kita menyebut sukakan sesuatu di rumahnya, pasti akan diberikan kepada kita saat itu juga. Kalau kita menolak, ia sesuatu yang sangat tak dapat diterima oleh mereka. Maka sekali lagi, dalam keterpaksaan, kita menerima pemberian mereka.

Ikram mereka dalam berdakwah juga sangat hebat. Kami dijamu dengan makan dan bayan, akhirnya kami semua terlibat sama dengan aktiviti dakwah mereka, namun kali ini bukan lagi dalam keterpaksaan, tapi penuh kesedaran. Sedar bahwa kami disayangi dan dikasihi kerana kami juga saudara seIslam mereka, dan mereka hanya mahu menjaga kebajikan sesama Muslim. Bayan yang diberi samada sebelum atau sesudah makan itulah yang banyak mengajar kami erti Islam sebenar, bukan setakat apa yang difahami sebelum kami meninggalkan Malaysia. InsyaAllah, rasanya atas apa jua yang kami lakukan sekarang, ada saham akhirat buat mereka yang ikhlas… Semoga Allah merahmati mereka sekeluarga dan menemukan kami kembali suatu hari nanti, kalau tidak di sini, insyaAllah di SANA, ameen.

One thought on “Dijamu ‘roti pita terbang’

  1. Seronok akak ye, dapat pengalaman bergaul dengan ramai orang di luar negara. Kalau lah saya juga ada peluang begitu…doakan saya kak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s