Doakan Mereka

Hari ini sudah 21 hari, rakyat Palestin hidup dalam suasana yang disifatkan oleh Perdana Menteri Palestin, Ismail Hanyeh, sebagai ‘neraka dunia’. Semuanya gara-gara keangkuhan rejim Zionis yang kejam zalim tanpa peri kemanusiaan. Tak perlu rasanya ana nak huraikan kekejaman mereka ke atas rakyat Palestin, thanks to the media all over the world. Saban hari kita disaji dengan berita penderitaan mereka, sehingga seolah-olah tiada harapan menang kecuali perdamaian dengan Israel. Kekejaman ke atas orang awam Palestin membawa mesej ‘Israel dan USA hebat, jangan siapa berani lawan…’. Semuanya bertujuan melemahkan semangat jihad orang Islam seluruhnya.

Ana akui kekejaman dan sifat kebinatangan mereka para zionis laknatullah itu, ana sebak dengan penderitaan saudara seIslam kita di sana, ana sedar akan kelemahan dan kecuaian kita di sini, dan dalam masa yang sama ana kesal dengan pihak media juga. Ana kesal kerana kita terus terbatas dari memperkatakan apa yang sepatutnya diperkatakan. Terbatas kerana media dunia dikuasai oleh Yahudi dan Amerika. Apa lagi yang mampu kita buat…?

Bangkitlah wahai saudaraku! Lena kita dah terlalu panjang. Mimpi kita sudah tidak seindah dulu lagi… sudah habis tempoh untuk terus dibuai mimpi yang kosong dan penuh ilusi. Saudara-saudara kita di sana memerlukan kita bukan setakat untuk diberi bantuan berupa wang, ubatan dan peralatan, tetapi doa yang berterusan. Doa yang bukan sahaja memohon agar penderitaan itu dihentikan, tapi bagi ana doa semoga mereka semua kuat semangat juangnya, tabah hati mereka dan kuat iman mereka menghadapi ketentuan Allah ini.

Berkali sudah ana nyatakan, ujian yang dihadapi depan mata mudah untuk kita kenal pasti, tapi kita yang jauh di sini takutnya tidak merasai itu juga adalah ujian kita. maka apa yang patut kita buat? Media massa terus-terusan memperkecilkan semangat juang para mujahidin, memperlekehkan kerajaan Hamas, seolah-olah Hamas yang patut disalahkan, kalau Hamas tak memerintah, Palestin tak jadi macam ni…Fatah yang patut memerintah dan sebagainya.. Itulah hasrat Israel dan Amerika, supaya dunia menyalahkan Hamas, bukan mereka!!!!

Bila usul supaya kerajaan mengiktiraf Hama dibawa ke parlimen oleh beberapa pihak yang faham, ia ditolak mentah-mentah dengan alasan yang tak masuk akal.”Susah nak iktiraf Hamas, sebab Presiden mahmud Abas adalah dari Fatah…”!! MasyaAllah…Kalau dah macam tu, hentikan gimik demokrasi yang dibawa Amerika, tak perlu lah buat pilihan raya, kalau pilihan rakyat yang sah itu harus dipertikaikan dan tak diberi pengiktirafan….ana cukup sakit dada dengan semua ni, sakit dada sebab bukan hati saja yang sakit, malah banyak lagi.

Bila Hamas tak diiktiraf, semangat juang mereka tak pernah nak di highlight kan, semangat juang penduduk Palestin juga tak pernah mendapat tempat dalam media massa kita, media massa perdanalah… Pernah ana terbaca dalam akhbar baru-baru ni, macamana seorang Palestinian yang terpisah oleh tembok besar binaan Israel, dia di sebelah Egypt, saudara perempuannya di sebelah Palestin. Bila ditanya, “kamu nak tak masuk ke sana untuk bantu saudara kamu itu?”, boleh dijawab ” di sana adalah medan tempur, saya akan mati kalau ke sana!” Ya Allah….Berita seumpama ini yang dimuatkan dalam akhbar, berita tentang kecutnya manusia dengan jihad…berjaya sudah propaganda Yahudi dan Amerika.

Bagaimana pula halnya mereka yang sanggup datang dari Yaman dan Indonesia misalnya, yang tak punya sesiapa di sana, tapi demi pahala yang bernama ‘syahid’, mereka sanggup mengambil tiket kapal terbang ke Mesir untuk masuk ke Palestin… a one-way ticket!!! Apa maknanya itu wahai sahabat2 ku??? Betapa bezanya mereka dengan kita? Setandingkah mereka dengan kita? Ana sebak bila baca kisah mereka yang hanya disampaikan melalui sumber yang tak resmi dari kawan-kawan atau anak-anak yang berada di Mesir atau bahagian timur tengah yang lain, yang mengetahui lebih dari kita… Kisah semangat juang para mujahidin Islam sengaja disembunyikan, yang terus-terusan dipaparkan adalah penderitaan demi penderitaan… semuanya untuk mematikan semangat jihad dalam diri dan hati umat Islam, juga supaya kita meletakkan salah pada Hamas, padahal rakyat Palestin sudah tahu siapa pembela mereka, Hamas atau Fatah.

Sebentar tadi suami membacakan berita kisah kerajaan Mesir yang masih menutup laluan untuk masuk ke Palestin, padahal pihak Israel telah membuka ruang di sebelah mereka… bagi ana, itu juga adalah tipu daya Zionis! Mesir, sepertimana kerajaan negara Islam yang lain yang telah di’genggam’, diperintah untuk tidak membuka laluan, supaya yang tergambar pada mata dunia…”kami (Israel) baik, dah buka laluan, yang jahat adalah Mesir… orang Islam sendiri…” Berjaya lagi mereka buat kesekian kalinya… beginilah lemahnya kita, umat Islam. Mudah terpedaya dan termakan dengan tipu daya si Yahudi dan Amerika laknat itu.

Maka kita sebagai umat Islam lainnya, apa yang perlu dan dapat kita buat dari sini? Ana seru pada pembaca sekelian,

– sampaikan sebanyak mungkin kefahaman tentang Hamas kepada seberapa banyak rakan yang masih belum mengerti.

– sampaikan kepada seramai mungkin bahwa perjuangan di Palestin adalah perjuangan aqidah dan maruah umat Islam, bukan sekadar sempadan geografi antara dua buah negara (seperti dalam petikan di akhbar berbahasa Inggeris tulisan Raja Zarith beberapa hari lepas). Dan bukan juga sekadar isu kemanusiaan.

– jangan tidak mendoakan saudara-saudara kita di sana, terutama doa semoga Allah kuatkan semangat juang mereka, semoga tabah hati mereka dan teguh iman mereka berdepan dengan musuh-musuh Allah di sana. Di samping mendoakan kemenangan para mujahidin dan kehancuran bagi Zionis dan sekutunya.Kita akan terasa roh nya, bila kita turut mendoakan roh jihad pada jiwa mereka, insyaAllah.

-hulurkan sebanyak mungkin bantuan yang boleh kita sumbangkan dalam apa bentuk sekali pun.Niatkan ikhlas lillahi taala.

– jalanilah kehidupan kita sebagai muslim yang sebenar-benar muslim mengikut garis yang ditetapkan dalam Al Quran, sebagaimana mereka (para Yahudi, Kristian serta kafirun lainnya) menjalani kehidupan mereka sebagaimana yang telah digambarkan dalam Al Quran juga. Barulah boleh berlaku pertembungan yang sebenar, dan tidak berat sebelah.

Dan akhiru kalam, ana secara personalnya merasakan kita patut berbuat sepertimana rakyat Indonesia berani buat. buka booth untuk orang ramai ‘sign up’ as volunteers untuk mengejar syahid di sana! After all, dalam hadis ada menyebutkan

‘Barangsiapa yang mati dan tiada niat dalam hatinya untuk berjihad,
dia mati dalam salah satu cabang nifaq.’

So, all I am asking is just to put your intention on papers. Government kita tak lepaskan pun rakyatnya pergi berjihad, setakat jadi pemerhati..(tak cukup memerhati lagi ke kita ni?), tapi setidak-tidaknya, niat kita dah tertulis (on both the sheet from the booth, and on the ‘sheet’ recorded by Raqib and Atid), dan tunjukkan pada musuh, “Nah!! ini dia yang sanggup syahid atas jalan Allah!!” Sesungguhnya puak yahudi itu adalah puak yang paling takut mati….

Wallahu’alam

4 thoughts on “Doakan Mereka

  1. Betul kata akak, masih ramai yang keliru antara Fatah dan Hamas. Bukan senang nak buat bagi masyarakat faham hal sebenar… sebab tu kita tengok masih ada juga orang Islam yang tanpa rasa bersalah membeli makanan di McDonald dan Starbucks misalnya…

  2. a’ah kan?hanan pon lupe nk doakan diorang…sedih gak bile terkenangkan yg hanan rase mls nk gi sklh nnti,tp diorang,sklh da roboh walaupon diorang nk sangat menuntut ilmu…

  3. Salam,
    Komen untuk Hanan,
    Baguslah Hanan rasa macam tu…makcik pun selalu ingatkan Anas, Kak Ainul, Muaz…Ammar (dia tanya…sapa orang jahat yang bom tu?)…dia orang pun mintak makcik “bank in” kan duit dia org simpan untuk palestin…
    Makcik rafidah.
    P/S : Alhamdulillah makcik boleh faham tulisan ‘sms’ Hanan hi..hi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s