Mak kita ‘Kibishi’ kan?

5-beranakPagi tu, pagi sabtu. Anak-anak memang tak sekolah, tapi suami tetap ke kampusnya di kyoto Univ. Selesai memastikan anak-anak siap mandi sambil ana memasak mana yang patut, kemudian memastikan anak-anak membuat latihan, giliran ana pulak ke bilik air. Menariknya rumah di Jepun ni, terdapat terlalu banyak pintu bagi mengelakkan pembaziran perpindahan haba yang tak effisien.Dek kerana itu, agak mudah untuk mencuri dengar perbualan orang dari sebalik pintu yang hanya diperbuat dari lapisan-lapisan kertas.

Anak-anak sedang asyik berbual sambil menyiapkan tugasan yang ana berikan pagi tu. Memang jadual belajar mereka agak ketat, sebabnya mata pelajaran yang diajar di sekolah Jepun untuk peringkat sekolah rendah, hanyalah Japanese, English hanya mula diajar di sekolah menengah. Makanya ana perlu memastikan anak-anak tidak tercicir dari syllabus Kem. Pel. Malaysia. banyak buku-buku sekolah yang ana minta adik hantarkan, semata-mata untuk memastikan anak-anak belajar BM, Eng, Matematik dan semestinya Al Quran serta Fardhu Ain. Semuanya terletak atas bahu ana, kerana suami akan ke kampus 6 hari seminggu, pergi sebelum anak bangun tidur, balik selalunya anak dah tidur.

Setiap hari Ahad adalah hari libur kami sekeluarga. suami akan pastikan kerja2 research PhDnya tak dibawa pulang ke rumah pada hari Ahad. Selalunya kami akan membawa anak keluar bersiar ke tasik, pantai/sungai yang terdekat, atau ke theme park di Osaka, Kobe atau Nara, ke taman2 binatang yang memang banyak di sana, Anak-anak pasti gembira setiap kali hari Ahad tiba. Hari bersama abah adalah hari yang sangat menghiburkan. Jadual belajar pun sangat minima pada hari Ahad, cuma mengaji Quran sebelah malamnya saja yang ana pastikan tetap beterusan.

Berbalik kepada selesai mandi pagi Sabtu hari tu, ana keluar dari bilik air tanpa didengari anak-anak, mereka riuh bersembang sesama mereka dengan bahasa yang bercampur melayu-japanese. Tiba2 sesampai di pintu bilik, langkah ana terhenti bila telinga ini menangkap sesuatu yang sangat pilu di hati.

“ha ah kan, hari Ahad best sebab abah ada, kita jalan2, main2… seronok. kalau hari lain, kita dok ngan mak aje, mak tu ‘kibishi’ (syadid=strict), tak best. Asyik kena belajar je…boring. Dengan abah baru best…”

Yang paling sedih menyentap tangkai hati ana, bila

“kita sayang abah lagi kan!!! Abah tak marah kita, mak selalu marah kalau tak study.!”

Ya Allah, saat ana tulis ni pun, terasa pedihnya belakang mata, ana terduduk di belakang pintu, menangis dan menangis, dah puas nangis, ana cuba explainkan pada anak-anak, tapi ana rasa tak mampu nak bercakap banyak. Sebak di dada menyebabkan kata2 susah nak keluar. Akhirnya ana terus menangis dengan anak-anak duduk keliling dengan muka bersalah mereka. Afif(7), Aisyah(6), Adam(4) dan Aiman (masih sekitar 2 tahun lebih)ketika itu turut sama menangis kerana melihat ibunya menangis, walaupun mungkin mereka tak berapa pasti sebab musabab ibu mereka nangis.

Malamnya, anak-anak dah tidur, suami masih belum balik, ana duduk di hujung kaki anak-anak sambil memerhatikan mereka semua dengan tangisan yang tak tertahan lagi sekali. (Ana ni memang mudah cengeng, tak tau nak buat macamanan dah). Malam tu ana benar2 nangis semahu ana, sampailah suami pulang pun ana tak perasan. Memang sedih sungguh rasa hati masa tu, rasa tak disayangi kerana ‘kibishi’, padahal ana rasa ana dah beri yang terbaik dan termaksima mampu ana untuk mereka….

Suami masuk bilik anak-anak, kehairanan melihat ana nangis. Panik juga dia,ingatkan sesutu yang buruk berlaku sepanjang dia di kampus. Ye lah, time tu, mana ada handphone lagi… Lalu ana ceritakan pada suami dengan suara yang MashaAllah, tersekat2 dek sendu tangis ana. Jiwa dan rasional seorang lelaki terserlah saat itu, bila dia memujuk hanya dengan kata-kata

“Tak pe, dia orang kecik lagi, memanglah nak seronok je, satu hari nanti dia orang akan nampak kenapa mak dia ‘kibishi’, dan dia orang akan appreciate you… buat masa ni sabar je.”

Sedangkan ana pula terlalu hanyut dengan emosi kesedihan ana, so indulged in self-pity I guess, sampai tak terfikir macam tu saat tu. Benarlah, kalau perempuan ni dibiarkan hanyut dengan emosi, memang dia tak boleh nak fikir straight dah. Bila suami pujuk macam tu je pun, ana dah rasa terubat, dan baru ternampak logiknya kata2 suami tadi. Dan masa pun berlalu beberapa tahun selepas itu, kami pulang ke Malaysia pada tahun 1994, Afif masuk tahun 3, Aisyah tahun 2, bulan Jun 1994 di Sek Ren Islam Al Amin Keramat KL.

Akhir tahun tu, ana ingat lagi, dalam van Toyota Lite Ace biru kami, plat nombor ACN 1861, baru balik dari sekolah mereka ambil kad prestasi murid Kedua-dua Afif dan aisyah dapat kedudukan no.6 dalam kelas masing-masing, semua mata pelajaran cemerlang belaka, semua happy dan seronok tengahari tu. Suami pun bertanyakan anak-anak,

“Okay, sebab dapat no. bagus, abah nak belikan hadiah untuk you all,you all nak apa?”

Tanpa disangka dan diduga, Afif dan Aisyah sama-sama menjawab

“Kalau abah nak belikan kitorang hadiah, abah kena belikan mak dulu, sebab mak lah kitorang dapat no.6, banyak dah belajar kat Jepun dulu…”

And guess what happen???? Yes, ana nangis lagi right there and then, sebab terharu sangat-sangat. Suami cuma tersenyum, ramas tangan ana and said,

“Didn’t I tell you so?!” lalu kami pun pulang ke rumah, tak jadi kemana-mana sebab mata mak dah bengkak..tak ingat dah bila kami keluar semula carikan hadiah ana dan anak-anak…

So, the moral of the story is,
1. perempuan memang selalu kalah dengan emosi
2. lelaki lebih rasional dan matang bila berdepan dengan masalah
seumpama ini (emosional)
3. keep on disiplinkan anak-anak walaupun nampak payah dan
susah mereka nak ikut pada awalnya, sampai masa,mereka akan
tahu menilai sendiri
4. never give up on your children
5. spend time with your children as much as you can, its very
worth it.

solat-dua-beradik

Wallhu ‘alam.

15 thoughts on “Mak kita ‘Kibishi’ kan?

  1. Allah limpahkan kebahagian tak terhitung buat k meen sekeluarga.
    Rasa mcm sempurnanya hidup k meen & family.
    Moga rahmat dan kurniaan Allah untuk k meen sekeluarga berkekalan………………..

  2. salam..aduh ~ sebak dan tersentuh hati bila baca entry auntie kali nie..sungguh mulia dan murni hati seorang ibu…sy kesalla ngan perlakuan saya selama nie terhadap mak saya…sllu memperlekehkan usaha2x dia..dan sy sendiri xsedar perlakuan sy bole melukakan hati dia..sy harap pasnie sy dapat mengembirakan mrk semula..n way..sy doakan auntie dan anak2x sukses sllu..auntie pOn doakan sy jg..

  3. Semoga anta menjadi anak penyejuk mata bagi kedua ayah bonda. Doa seorang ibu pasti mengiringi anak2nya walau di mana mereka berada, cuma kita yg perlu bersegera memainkan peranan sebagai seorang anak yg soleh, sebelum semuanya terlewat. Auntie pasti, anta anak yg baik, dan ibu ayah pasti bersyukur punya anak seperti anta. Tak ramai anak2 muda yg boleh tersentuh hatinya bila berbicara soal ibu ayah. Semoga rahmat Allah selalu bersama anakanda syahid, insyaAllah.

  4. uwaaaa
    sgt sedihh….kami mntk maaf sgt2 mak….xpernah terfikir slame ni yg kitorg lbh sygkan abah dari mak….kasih kitorg kat mak xpernah berkurangan dr ape yg kitorg kasihkan abah….kitorg xpernah terfikir nk melebihkan mane2, maybe time tu kitorg kecik lg kot, xpaham pape
    still sedih sgt2 adm bace entri ni….adm sntiase mndoakan kesejahteraan mak abah spnjg masa….smoga kami semua mnjadi ank yg soleh blake…aminnn

  5. salam…
    sy nk btanyakan pndapat pada si empunye blog.. sy sbnrnye ingin berkahwin. umur sy bru mcecah 21 tahun.. sy hampir berzina dgn teman lelaki sy.. dlm erti kata lain, perkara yg kami bt adlh perkara yg mghampiri zina(lebih dri 4 kali).. sy slalu menagis kerana sy x mampu nk elak pebuatan itu.. sy menangis kerana sy malu dengan Yang Maha Esa kerana hina nya sy ni.. sy bertekad utk berkahwin dgn nya.. sy bertekad utk tdk melakukan nye lg sblm kami bkahwin. namun, nafsu melebihi iman , kami tetap mrancang utk mmbuat perkara yg sama.. alhamdulillah, sy berjaya mengelak dr pbuatan tsebut. sy tahu, sy x dpt nk elak dr perbuatan ini, sy percaya kalu kami ttap leka kami blh berzina.. nauzubillah.. jd sy btekad utk berkahwin. sy msih blajar. sy sdh bersedia dr segi mental utk melakukan ibadat ini. namun, keluarga menjd penghalang.. bantulah kami….

  6. kahwin awal “antare keinginan dan ibadat”… perkahwinan bukan perkara mudah.. tanggungjwb sbg isteri dan suami… kalo masih belajar, lg bnyk tanggungjawab.. persoalan “mampukah terus belajar sampai segulung ijazah dalam genggaman(at least)”?? selesai kan yang mana pato dahulu,, sekadar coretan pandangan dari seorang insan bernama lelaki..

  7. Benar kata asyrazy….sepertimana semua perkara, pasti ada pro dan con nya. Msg2 perlu menilai diri sendiri dan sistem sokongan yg mungkin ada di sekeliling, sebelum satu2 keputusan penting spt ini diambil. Ana sekadar mencoretkan apa yg pernah ana lalui utk dikongsi bersama. Kami, alhamdulillah, dapat melaluinya dgn baik. Dan tidak dinafikan, ada juga rakan2 kami yg kecundang dlm impian menggenggam segulung ijazah yg diidam. Apa pun, bagi kami, bila dah jelas niat kita, kuatkan azam dan bertawakkal sepenuhnya pada Dia yg menyusun segala. InsyaAllah, apa pun yg berlaku, kita tidak akan menyesal….

  8. insya Allah…pada ana,kahwin awal nie tiada masalah setelah kita telah bersedia dari segi syarat-syarat yg sepatutnya,baik dari lelaki mahupun perempuan.ianya juga tak lari daripada keadaan untuk berkahwin iaitu dalam kategori wajib,sunat,harus,makruh,ataupun haram.tetapi,pada pendapat ana lagi andai masalah nafsu yang tidak lagi dapat dikawal,banyakkanlah berpuasa selalu seperti yg disarankan oleh Rasululah S.A.W.selain itu perbanyakkan bangun malam untuk bertahajjud dan merintihlah kepada yang Maha Mendengar.kerna nafsu itu juga adalah hamba Tuhan yg lemah dari kita.ubahlah pergaulan yaini dgn banyak bergaul dengan golongan lebih banyak pendekatannya dengan aktiviti keagamaan.bukan bermakna meninggalkan kawan yg lama,tetapi jaga batas pergaulan dan banyakkakan bersama orang2 yg kamu rasa respect.ini adalah agar kamu lbh banyak mendapat nasihat daripadanya dan insya Alah akan terasa diri ini bagai sangat2 dihargai dan menjadi harapan kepada ummah.dan yg terakhir sekali dari ana,andai diri memang benar2 tidak dapat mengawal nafsu,mungkin kahwinlah cara yg terbaik bg mengelakkan perbuatan yg haram dan di murkai-NYA.tetapi pastikan perkahwinan itu atas dasar keimanan dan pasangf niat suami isteri bahawa perkahwinan itu adalah satu medan perubahan dan untuk mendekatkan diri ini kepada yg Maha Pengampun.maaf salah silap,sekadar perkongsian ilmu,andai tersalah harap ditegur..=)

  9. salam…
    saya & pasangan berniat untuk langsungkan perkahwinan pada thn depan…
    niat kami berkahwin baik, iaitu untuk mencari redha Allah SWT..
    insyaAllah bln 9 thn depan, saya akan sambung belajar di UK…
    & itu jugak menjadi salah satu sebab kenapa pasangan saya ingin menjadikan saya isterinya kerana dia ingin menjaga saya di sana nanti…
    pasangan saya berumur 23 thn, & sudah bekerja…
    saya pula berumur 20 thn…
    kami juga dah bersedia dari segi mental & fizikal & bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami isteri..
    tapi, keluarga saya tak faham… bagaimana nak yakinkan keluarga saya bahawa kami betul2 serius dan sudah bersedia?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s