“Its Lonely Up There”

Suami pernah meluahkan rasa hatinya satu ketika dulu….

‘kadang2 rasa, nak turun balik ke position sebelum ni… boring duk kat atas, rasa sunyi sangat!’.

Ana tak faham mulanya maksud suami. Ya lah, selama ana kerja dulu, cuma jadi pensyarah biasa je, tu pun kejap sangat… ana tak pernah pulak rasa sunyi sebab rakan sekerja ramai je. Riuh rendah kalau di staff room tu, sampai rasa kekok pun ada… ialah biahnya susah jugak nak dijaga, sebab dah bercampur dengan macam2 ragam manusia.

Akhirnya bila dibawa berbincang, (sangat perlu dalam rumahtangga), barulah ana faham… sunyinya dia sebab kawan2 dah menjauhkan diri dari dia, lalu tinggallah kesaorangan dia di atas sana.

‘kenapa? what happen?’ tanya ana pada suami, cuba memahami masalah.

Dia ketawa sendiri (ini kes yang boleh ketawa lagi, kadang2 dia balik dengan problem yang sampai demam tak tentu pasal pun ada…), akhirnya dia menjawab;

‘Ada ke patut, depa makan2 kat luar tu beramai2, untuk I depa bawa masuk dalam ofis, duk makan sesorang…tak best betul!!’.

Ohhh, ana faham kenapa dia ketawa tadi… bukanlah serious sangat kes nya, tapi kesan pada suami tetap ada dan mungkin terasa seriousnya pada dia.

Sebenarnya ana terbawa pada kisah ni sebab ikut suami ke ‘leadership training’ baru2 ni, dan suami ada menyebutkan hal ‘being lonely up there’, maka terimbaulah kembali beberapa peristiwa dia mengeluh lonely dulu.. banyak sebenarnya, tak payah huraikan semualah, yang penting kita nak cuba analisa kenapa ianya berlaku.. kalau ada tips untuk atasinya, ahlan wasahlan…

Bila dikaji, sebab musabab dia ditinggalkan kawan2, memang ada beberapa faktor yang agak ketara. Satu, out-of-respect, kawan2 jenis ni merasakan dah agak susah nak melawak macam dulu, sebab now ni dia dah naik jadi boss. kalau duduk makan sekali, tak boleh nak loyar buruk la jawabnya, nak turun makan bersama pun dah segan, tambah pulak nanti orang lain kata nak ambil kesempatan, nak bodek boss. Mereka2 ni akan menjauhkan diri dan hanya mendekat bila dipanggil. Tambahan pula kalau boss tu memang terserlah karisma kepimpinannya, rasa segan orang bawah lebih menebal.

Kedua, out-of-hatred, kawan2 jenis ni memang yang jenis dengki. Berkawan bila ada kepentingan, bila tiba2 orang lain yang naik, bukan dia, sakit hatinya tu menyebabkan dia bermusuh dengan kita. Lebih bahaya kalau dia jenis yang talam dua muka, akhirnya ditikamnya kita dari belakang. Di mana2 pun kita berada, golongan sebegini, pasti ada. Hanya kepada Allah kita mohon perlindungan dari hasad dengki manusia jenis ini (Amalkan Ma’thurat pagi dan petang, banyak doa2 perlindungan yang terkandung dalamnya).

Ketiganya, kita sunyi di atas sana, kerana kita yang menyisihkan diri kita sendiri dari mereka, kerana merasakan kita dah lebih hebat dari orang lain. Kita ketua, masakan boleh duduk makan semeja dengan orang bawahan lagi. Mula2 rasa ‘gah’nya, tapi lama mana kita boleh bertahan hidup sendirian? Manusia memerlukan manusia lain dalam hidupnya. Akhirnya, kesaoranganlah kita.

Keempat, team yang ada tak cukup synergy powernya untuk berganding bahu menggerakkan apa yang patut digerakkan. Kalau univ, univ lah, kalau business, businesslah…malah apa sahaja. Ini berlaku samada, antaranya:

1. Ketua tak ada ‘trick’ nak delegate kerja (boleh belajar…)
2. Anak buah tak tahu matlamat satu-satu badan yang diwakili
(perlu diajar…)
3. Ketua kurang yakin dengan kebolehan anak buah (akhirnya
burnt-out sendiri)
4. Anak buah memang bukan jenis yang komited (kes salah pilih
anak buah lah ni…)
5. Anak buah tak cukup motivasi atau keyakinan diri untuk buat
kerja. (Peranan ketua bagi semangat pada anak buah-minta
bantuan luar, kalau perlu)

Bagi ana, itulah package yang ada dalam potfolio menjadi ketua. Kalau dalam bab bekerja dan ada gaji, senarionya agak berbeza sedikit, itupun tak dinafikan berlaku kekecewaan bila tugasan yang diberi, tak dilaksanakan sebaiknya oleh anak buah. Lain yang diminta, lain yang diberi, lebih teruk lagi kalau hilang terus respect anak buah pada ketua, memang sakit.

Tapi kalau jadi ketua satu badan sukarela yang tak dapat apa2 imbuhan dunia, dah nama pun sukarela… yang suka boleh jadi duka, yang rela boleh tukar jadi paksa… Dugaan dan ujiannya lebih hebat, tambah2 kalau anak buah belum mantap kefahamannya.

Suka diingatkan di sini, Islam mengajar kita bahwa kepimpinan hanyalah sebagai alat, bukannya matlamat. Sayugialah definasi ‘imarah=pemimpin’ dalam Islam itu adalah taklif, bukannya tasyrif. Menjadi pemimpin bermakna memikul tanggung jawab, bukan beroleh keistimewaan.Menyedari hakikat inilah, orang Islam takut menjadi pemimpin, kerana orang Islam yang sejati takut berlaku salah dan tidak amanah pada yang dipimpin.

‘Orang yang beriman akan terasa dosa itu seperti batu yang terhempap atas kepala, namun bagi orang yang lemah iman, dosa ibarat lalat yang hinggap di batang hidungnya sahaja’ (maksud dari hadis Nabi saw)

Akhirnya ada juga pemimpin yang merasakan dari terbiarnya amanah tugasan hingga tak terlaksana, dia melakukan sendiri sebagai memenuhi tuntutan amanah tersebut hingga exhausted sendirian. Bermakna, empowering tak berlaku, work delegation and distribution tak berjalan, tunjuk ajar pemimpin pada anak buah tak berjaya, menyebabkan ketua letih sorang2, maka ‘sunyi’lah dia.

Adakah ini bermakna kita perlu lari dari tanggungjawab menjadi pemimpin? Tidak, bila pemilihan dah dibuat, pemimpin menerima ia dengan penuh rasa insaf akan apa yang datang bersama package tersebut. Kemudian berusaha sedaya upaya menjalankan tanggungjawab itu sebaik mungkin. Bila ‘sunyi’, kenal pasti sebab2nya, bertindak untuk mengubahnya, mulai dari diri sendiri. Pergantungan pada Allah perlu kuat, anggap saja ia sebagai ujian buat diri dalam gaya Allah mentarbiah kita dengan polaNya yang tersendiri mengikut kesesuaian kita yang diuji. menyedari bahwa itu adalah ujian, merupakan tanda kasih sayang Allah pada kita.Hargainya dan berusahalah dengan lebih giat lagi. Perkuatkan cable dengan Allah, perbanyakkan munajat padaNya then mohon bantuan mereka dari kalangan manusia yang lebih arif atau senior dalam hal2 yang menjadi ujian kita. Didik anak2 buah kita mengikut keperluan mereka. InsyaAllah, akan ada jalan keluarnya, asalkan kita ikhlas dan berusaha. Ganjaran yang bakal diperolehi jauh lebih bernilai dari mehnah yang ditempuh sepanjang jalan yang berduri ini. InsyaAllah, semoga tsabat di atas jalanNya.

Wallahu’alam.

2 thoughts on ““Its Lonely Up There”

  1. nice article. very2 realistic dan practical. Mcmana kta nak berdepan dengan dilema antara bimbang kerja2 yg diagihkan tak berjalan dan mslah kita ‘burnt- out’ exhausted sendiri. Sbb kerja adalah amanah yg mesti ditunaikan. Sebarang kecuaian pd amanah seolah2 jd org yg zalim la plk. Dan kt sgt2lh bimbang termasuk dlm glogn org2 zalim ni.. (-.-!)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s