Boikot? Susah ahhhh….

“Susahkan? Selama ni anak-anak memang suka makan kat McDonalds tu, burger dia sedap dari fast food burger yang lain…”

“Ha ah, I pulak tak boleh kalau tak minum Nescafe pagi2, nanti ngantuk, tak leh buat kerja…”

“Biskut2 keluaran Danone or Kraft tu, kan sedap…mana boleh ganti dengan biskut local sini you…famili I cerewet, they all tak nak punye!”

Ana rasa itu adalah antara rungutan2 orang ramai yang masih enggan melakukan boikot pada barang2 milik Israel dan Amerika. Atau mungkin keluhannya berbunyi begini;

“Anak sedara I kerja kat Starbucks tu hah, kalau diboikot, habislah dia. Dah jadi pengurus lagi, dah tu, bukan dia je, ramai lagi orang lain yang kerja sana, mana boleh boikot?”

“Tak de kena mengena pun dengan kita, Malaysia besar mana sangat, kalau boikot pun, mana tinggal kesan sangat pada mereka. Penduduk kita bukan ramai mana, kalau Indonesia tu lain lah…”

“Kalau kita yang boikot, orang lain tu pergi je McDonalds, Sturbucks… susah payah je kita boikot, leceh lah!”

Agaknya itu lah yang mereka fikirkan dan beri alasan!! Kelmarin ana dan famili ke salah satu pusat beli belah di sini, nak cari kasut sekolah anak ana yang hero tu, baru dua minggu kasut baru, kotornya ya Allah ya Rabbi, maknya pulak terlepas pandang, tak sempat basuh, kena cari yang baru… so kami ke sana, anak ana sibuk mengomel,

“mak, selamba je dia orang tu beratur beli kat McDonald tu? Dia orang tak boikot ke mak?”

Pening agaknya anakku yang baru berumur 7 tahun tu. Di sekolahnya pun, sibuk orang memperkatakan pasal bab boikot ni, dia pun naik semangat sama, tapi bila mata menyaksikan hal yang sebaliknya, ana rasa dia keliru.

Yesterday (23 Januari 2009) adalah ‘Hari Solidariti Palestin’ peringkat Negeri Pahang anjuran 15 different NGOs yang ada di Kuantan termasuk Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA),Nadwah,JIM,Haluan,Majlis Belia Daerah,Persatuan kebajikan India Muslim, Persatuan Cina Islam dan banyak lagi, purposely to show our concerns and carings towards our Palestinian brothers and sisters. On top of that, we also make collections on behalf of Aman Palestin, a non-profitable company (sdn bhd) meant to salurkan bantuan terus ke Palestin. Wakil2 dari Aman Palestin akan membawa bantuan tersebut ke sana dan menyerahkan terus kepada NGO di Palestin, serta melakukan amal2 lain di kem2 pelarian sekitar Lebanon, Jordan dan sekitarnya.

Sambutan agak menggalakkan, walaupun kalau dibandingkan dengan tempat2 lain seperti Negeri Sembilan dan KL, di kuantan baru nak belajar bertatih bab kesedaran Malam/Hari Palestin ni. Kalau tak silap ana, di Negeri Sembilan (tempat Dr Zainur Rashid-perunding Aman Palestin) dah masuk tahun ke 5 atau 6 mereka mengadakan Malam Airmata Palestin, Kuantan, inilah julung kalinya…. Rata-rata kami menyaksikan kesungguhan masyarakat tempatan, tak kurang juga kekeliruan mereka mengenai isu Palestin ini, yang telah banyak dipesongkan faktanya oleh media massa, terutama dari barat.

Sewaktu di khemah (Galeri Pameran dan Jualan Amal), para petugas sibuk menerangkan perbezaan Hamas dan Fatah, kredibiliti Aman Palestin, keperluan boikot barangan Israel dan sekutunya Amerika dan lain2. Memang beraneka ragam. Ada yang memang tak tahu menahu langsung tentang isu2 Palestin, ada yang tak ambil pusing sebab salah kefahaman mereka tentang isu sebenar, tak kurang juga yang keliru dengan menyangka ‘sama je Fatah dan Hamas’ tu, mana2 duit pergi pun sama je… sama2 Palestin. Susah juga nak menerangkan kepada mereka.

Di sebelah malamnya sesi penerangan oleh perunding Aman Palestin Dr Zainur Rashid yang telah beberapa kali ke Palestin mewakili Aman Palestin menyampaikan bantuan dan merealisasikan amal kebajikan di sekitar kem pelarian. Beliau mengisahkan hal sebenar yang berlaku di sana, yang antaranya disaksikan oleh beliau sendiri.Turut sama memeriahkan malam tersebut adalah penyanyi Nazery Johani yang mendendangkan beberapa buah lagu. Tidak kurang juga penglibatan dari wakil kaum India dan Cina yang sama2 menyatakan keperihatinan mereka kepada rakyat Palestin walaupun mereka berlainan agama. Sesungguhnya isu kemanusiaan pasti menyentuh naluri manusia.

Hadirin kemudiannya disedarkan lagi dengan beberapa perkara yang boleh dianggap ‘sensitif’ oleh setengah pihak, namun ana kira kesannya sangat mendalam bagi yang mendengar. Masakan tidak, wakil dari TERAS Saudara Azmi Abd Hamid ini telah dengan berkesannya membawa pendengar pada realiti bagaimana rakyat Palestin dizalimi oleh Israel dan US, tetapi juga dikhianati oleh negara2 Islam sendiri tanpa rasa bersalah dan berdosa. Tanpa rasa takut pada apakah jawapan yang akan diberi di hadapan Allah di hari ‘pengadilan’ kelak.

Berbalik kepada isu pemboikotan barangan Israel dan Amerika, suka ana nyatakan di sini kepada semua para pembaca ana, ayuh!! kita gunakan senjata ampuh yang ada dalam tangan kita ini. Kalau inilah saja yang kita mampu buat, ya ayuh kita laksanakan. Kalau seluruh kerajaan negara2 Islam di dunia telah digenggam oleh kuasa2 besar dunia seperti US,UK,Perancis hatta Israel sendiri, tapi hanya itu yang mampu mereka genggam dan bonekakan, bukan kita yang berupa rakyat jelata. Kita ada kuasa lain yang sebenarnya sangat ampuh untuk kita belitkan musuh2 tersebut dileher mereka, iaitulah kekuatan ekonomi mereka. Dan ini hanya dapat dicapai kalau kita bersatu dalam melaksanakan pemboikotan ini.

Barang2 yang diminta untuk diboikot, ternyata tidak sedikit, namun ‘kalau kita tak dapat buat semua, jangan pula kita tinggalkan semua juga’. Barang2 yang ada pilihan lain untuk kita pilih, ya silakan pilih yang selainnya, kalau tiada pilihan langsung, pohonlah keampunan dari Allah akan kelemahan kita itu. Pekalah kita pada fatwa Sheikh Dr Yusoff Qardhawi yang mengatakan HARAM bagi kita membeli barangan Israel dan konconya Amerika Syarikat, kerana ini akan hanya menguatkan lagi kuasa mereka.

Kalaupun terlintas dibenak hati kita, ‘berapa sangatlah rakyat Malaysia yang boleh beri kesan dengan impak besar kepada mereka’, tetapi yakinlah wahai sahabat2 ku, setidak2nya, kita punya jawapan tuntas bila disoal Allah di akhirat kelak. Melumpuhkan ekonomi mereka beerti menjahanamkan mereka, dan menjahanamkan mereka adalah cita2 kita sepertimana mereka telah menjahanamkan saudara2 kita di Palestin. (Seperti mana yang pernah ana muatkan dalam tulisan ana “What do you think will happen next?”)

Ana sangat terkesan dengan ini semua, kalau kita memang tidak punya kuasa langsung ke atas polisi dan tindakan kerajaan yang sangat menyempitkan dada kita, namun kita punya pilihan untuk tidak membeli barangan mereka yang sekali gus melumpuhkan ekonomi mereka yang ternyata akan memberi impak maksima pada kejayaan dan kelangsungan mereka, maka itulah yang kita WAJIB lakukan. Tidak ada keraguan lagi buat kita untuk bertindak.

Maka ana seru pada pada diri ana, keluarga dan seluruhnya, bertindaklah sekarang, selagi kita punya daya dan kuasa, jangan sampai nanti kita dituntut oleh saudara2 seIslam kita di Palestin atas kebisuaan dan keengganan kita membantu mereka semaksima mungkin. Takutlah pada doa mereka yang dianiaya.

3 thoughts on “Boikot? Susah ahhhh….

  1. Kelmarin malam masa di kampong johor,jadual biasanya kuliah marghrib ialah huraian hadith. Utz Sobri sebaliknya dengan slideshows,merakamkan sejarah ujudnya Israel dan angkara yang timbul selepas tu,termasklah barangan yang diharamkan. Pak copy dlm pendrive dengan izin untuk tatapan di Terengganu pula.

    Pelik sikit di kampong,memakmurkan surau jemaah datang dari jauh.Itu pun yang umurnya ibarat mentari yang udah condong ke ufuk barat. Yang dekat entah kemana,apalagi yang muda..

    Boikot? Yang muda dan yang berlainan platform boikot kuliah? Manabisa boikot barangan yang ditayangkan utz tadi. Sedangkan yang ghairah itu yang muda dan yang contra. Dakyah Barat begitu halus dan berkesan.

    Semangat juang utz tersebut bersama Prof Madya Dr.Hj.Abd Rahim Mohd Yusof JKPA JIM dgn kerjasama Aman Palestin & Gabungan NGO Islam Negri Johor diberkati Allah. Katanya setiap surau dan masjid yang dihadirinya, jemaah menyumbang >rm1000 termasuklah imfaq dari muslimah berupa cincin & rantai emas.

    Alhamdulillah malam itu dapat kami kumpulkan imfaq dari jemaah
    >rm1200 untuk disalurkan ke Palestin,walaupun yang hadhir hanya segelintir warga tua. AMIN…

  2. Inilah masanya umat Islam di Malaysia mempergiatkan lagi usaha ekonomi melalui pertanian, pembuatan dan lain-lain agar kita tidak perlu bergantung kepada Barat terutama sekali dalam impot makanan. Lebih baik lagi kalau kita Malaysia menjadi pemangkin dan pusat pengeluaran barangan-barangan ini untuk dunia Islam agar ekonomi umat Islam menjadi bertambah kukuh dan mampu bersaing dan berdepan dengan orang atau negara lain!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s