Archive | February 2009

Betul dah Bersedia?

Sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampung baru-baru ni, seperti biasa ana dan suami selalunya banyak menghabiskan masa bersembang. Banyak perkara yang dapat disentuh dalam masa empat jam perjalanan, (termasuk setengah jam ana terlelap, dan setengah jam lagi, suami pulak). Sembang kami sekali lagi terkenangkan pengalaman suami dalam ‘tabligh’ di US dulu. mudah2an ada iktibarnya buat kita semua.

gazastrip_jpg_w480

Suami pernah diceritakan dalam salah satu ‘ijtimak’ di UK ketika itu, bila kata ‘ijtimak’, memang ia merupakan perhimpunan brother2 tabligh dari serata dunia. Memang ramai sekali, boleh mencecah ribuan orang, dan saat itu berlaku pergolakan di Afghanistan. Biasalah, bila kita dalam situasi yang sedemikian, berkumpul bersama dengan tujuan untuk mendekatkan diri pada Allah swt, semangat memang tinggi, berkobar2 dengan keinginan berjihad di jalan Allah, kerana biah nya sudah cantik tersedia. Menjadi kebiasaan dalam ijtimak mereka, akan ada sekumpulan ahli dari jemaah yang kerjanya tiada lain, tetapi duduk berzikir (wirid, Quran dan solat) di satu tempat khas, memohon keberkatan Allah swt, dan ini akan berterusan sehingga ijtimak selesai. Wallahu’alam.

Continue reading

taking for granted

make_islam as a way of lifeAssalamualaikum w.b.

Someone commented on my writing (my cik ‘abang’lah tu), saying that it is too long…. is it? So I thought, for a change, today I’d like to simplify things as much as I could and as comfortable as I can feel… I might end up using my old style back, or who knows this way is much easier.

Ana tanya kita semua satu soalan, yang bagi ana memang crucial, tapi kita selalu terlepas pandang.
Why do we always take our spouse for granted?, sorry, soalan ni sesuai untuk yang sudah berpasangan, bagi yang belum, take it as something to be learned about. When your time comes, don’t make the same mistake as others did.

Continue reading

‘Along teringat mak!’

images-2Hati asyik teringatkan mak di PD, apa khabar mak agaknya. Menurut kata adik, semua okay je, alhamdulillah… Pagi tadi lagu IBU berkumandang lagi dari handset ana, selalu ana pasangkan pada telinga Ammar bila nak kejutkan dia bangun pagi, supaya dia tak nangis… dah darjah 2 pun, liat nak bangun pagi! Lagu lain yang selalu ana mainkan untuk memujuk dia adalah lagu ‘My mom is amazing’ nyanyian Zain Bikha. Macamana tak ingatkan mak…? Semoga mak sihat dan dalam lindungan Allah selalu.

Pulang dari menghantar anak2 ke sekolah, fikiran ana melayang lagi pada mak, kali ni ana terimbau ketika kami sama2 berumrah bulan Jun,tahun 2007. Baru semalam, ana dan rakan2 bincang tentang ikhlas dan ujian2nya, pagi ni ana terkenangkan peristiwa itu. Kami bertiga, ana, mak dan adik perempuan ana ke Mekah buat umrah bersama. Memang sesuatu yang mencabar sebenarnya, pergi dengan mak dalam keadaan mak mulai lupa2 tentang banyak perkara. Suami banyak berpesan supaya jaga mak dan sabar melayan kerenah mak. Dulu dia pernah ke sana bersama mak dan kakngah, so he knows what to expect.

Continue reading

Opportunist? why not!!

dare2b_sk_jpg_w4801Ana ke hospital, menemani sahabat karib yang dikasihi. Berbagai gelagat dapat diperhatikan, dari kerenah pesakit, penunggu, pengunjung mau pun para doktor dan jururawat yang bertugas. Menghiburkan, namun ada juga yang menginsafkan, depending on how you look at it. From what angle you see things…. sesuatu yang ana belajar dari teman karib ana yang satu ni, tak kira di mana jua, dengan siapa saja, dia tidak melepaskan peluang menyelitkan kata2 yang berunsur dakwah pada siapa saja yang dia berkesempatan…subhanallah! Seorang ‘opportunist’ di jalan Allah!! Tak salahkan?!

Petang tu, suhu badannya naik terlalu tinggi, hampir mencecah 40 darjah. seorang jururawat cuba menyuntik ubat melalui IV di tangan kanan beliau, namun gagal. Maka tempat baru harus dicari untuk memberi laluan suntikan ubat2an tersebut, antaranya adalah antibiotic yang berperanan ‘menyerang’ bakteria yang menyebabkan jangkitan. Puas dicari kiri dan kanan tangan, ternyata payah, sedangkan sahabat ana ni makin panas badannya.

Continue reading

Tazkirah di pagi Jumaat

nature-4Semenjak usia menginjak ke angka 40an, hati sedikit sebanyak mulai terkesan dengan beberapa tanda yang Allah kirimkan sebagai amaran dan peringatan kepada berlalunya masa yang Dia pinjamkan pada kita di dunia ini. Mata sudah mulai memaksa diri membekalkannya dengan cermin mata multifocul, bukan lagi memadai dengan yang biasa2nya. Lutut dan sendi juga sudah mula mengirimkan berita bahwa ‘aku tak bisa diposisi ini lama-lama…’ tatkala lama bersimpuh atau bersila. Minda juga menghantar isyarat mulai kelam-kelam cuba mengingati sesuatu perkara, tidak lagi seperti dulunya, yang pantas memberi jawapan pada apa saja dek cekapnya akal menghafal dan mengingat. Semua itu adalah tanda2 Allah memberitahu kita bahwa masanya sudah kian hampir untuk kita ‘kembali’. Sewajarnya kita lebih kerap menghisab diri, membaiki mana yang perlu dibaiki, menambah mana yang selama ini terkurang dan menampal mana yang selama ini ‘bocor’.

Continue reading

Pilih Kasih antara Manusia

yakinipertemuanPagi tu, suami dan anak bujang ana ke pasar, kebetulan suami memang sengaja berpakaian serba santai dan ‘sempoi’, ber t-shirt lusuh lama yang dijumpainya dalam tingkat bawah almari baju kami, berseluar track biasa, dilipat hingga ke tengah betis, berselipar jepun. Pulangnya suami ke rumah, sambil membantu mana yang patut didapur (itu memang kebiasaan suami, minat memasaknya diwarisi dari arwah abah), dia pun bersuara…. pagi ni orang buat tak layan je… agaknya sebab pakai selekeh macam ni kot! Selalunya tak lah sesimple begitu dan tak lah sesempoi pagi itu, walaupun ke pasar. Maka kami pun terimbau kembali beberapa insiden samasa di US, Jepun maupun Malaysia, bagaimana manusia itu rata2 akan melayan kita mengikut ‘first impression’ mereka pada kita berdasarkan penampilan kita, which is something not supposed to be done, especially in by muslims furthermore in muslim countries.

Sewaktu di US dulu, kami berdua, bermusafir dalam musim panas selepas suami selesai kuliah musim panasnya di Tucson, Arizona. Sementelahan cuti masih panjang, maka kami mengambil keputusan untuk berjalan ikut jalan jauh untuk kembali ke Oregon semula. Sewaktu melalui Idaho, selepas Colorado dari Arizona, hari sudah menjelang malam, kami bercadang untuk bermalam disalah satu motel tepi highway. Suami ketika itu hanya berselipar jepun, bert-shirt pagoda dengan seluar tracknya juga. Bertanyakan bilik kosong seperti yang tertera dipapantanda luar motel dengan lampunya menyalakan “VACANT”. Tapi jawapan yang diterima,

‘sorry, no vacancy!’.

Continue reading

Pahala vs Rezeki

bismillah_jpg_w480Minggu depan (oops! esok je pun)… maaf, lambat posting, dah mula periksa pagi tadi lagi…., rata2 budak2 UIA (samada Kuantan atau Gombak) akan menghadapi minggu peperiksaan, kebanyakannya mid-sem exam, ada juga yang end-block exam. Bila bertemu dengan mereka awal pagi tadi, ucapan/kata2 semangat dihulurkan semoga tabah dan terus berdoa selepas berusaha sedaya mungkin menghadapi peperiksaan masing-masing. Dalam duk menyelitkan kata-kata semangat tu, ada juga yang mempamerkan rasa ‘blur’ atau confuse sedikit dengan beberapa perkara yang sempat ana bisikkan ke telinga beberapa orang di antara mereka…Kesian, ana tak salahkan mereka, sebab perkara ni perlu pada penjelasan yang lebih lanjut sedikit sebenarnya untuk lebih memahami maksud ana.

Pernah dalam satu siri program remaja KRIM Kuantan pada musim cuti yang lalu ana sentuh sedikit mengenai perkara ini, sebagai satu lontaran untuk dibawa pulang dan difikir-fikirkan (tak taulah pulak berapa orang yang balik berfikirnya…). Cuma ana nak mereka jelas, dalam berusaha mengejar sesuatu, bukan end -result yang kita kejar, sebab kalau ‘A’ yang sentiasa bermain di kepala tanpa menyedari hakikat sebenarnya, kita akan lebih fragile, lebih frust, lebih kecewa bila apa yang dikejar, tak kesampaian. Perlu jelas dalam minda dan hati kita bahwa yang kita kejar, dan Allah suruh kita kejar (berlumba2 mengejarnya) adalah pahala yang Allah janjikan, bukan rezeki yang Allah tetapkan. Setiap yang berusaha pasti akan mendapatkannya, iaitulah pahala yang dimaksudkan.

Continue reading

Ukhuwah, Politik dan Dakwah

islam_wallpaper02Dalam beberapa hari lepas, sempat ana berdiskusi dengan beberapa rakan mengenai beberapa perkara bermula dari perkongsian dan ukhuwah. Dalam ukhuwah, pasti berlaku perkongsian, malah perkongsian dalam segala sudut sebenarnya pasti dapat dirasai seiring dengan eratnya ukhuwah yang terjalin. Beerti, lagi kukuh ikatan ukhuwah, lagi banyak berlaku perkongsian dalam apa saja yang boleh dikongsi. Lihat saja contoh yang ditinggalkan oleh para sahabat Rasulullah saw, terutama dari golongan Ansar buat saudara mereka dari kalangan Muhajirin. Pendek katanya, tanpa perkongsian, takkan terasa manisnya ukhuwah.

Dari satu contoh, ke satu contoh kami bincang dalam bab ukhuwah, tup tup, terkeluarlah bab gerakan tabligh. Seingat ana pun, ketika itu memang analah yang membuka bicara bab ni, mengambil beberapa iktibar dari pengalaman suami terutamanya, sewaktu di US dulu, memang bergiat dalam kumpulan tabligh. Kalau bercerita mengenai ukhuwah dalam tabligh, memang banyak, sebabnya mereka banyak bermusafir bersama. Nah, kalau sudah bermusafir bersama, pasti ukhuwahnya kuat terbina, sebagaimana kata Saidina Umar r.a. yang membawa maksud ;

“Kamu tidak akan kenal sebenar-benarnya saudara kamu sehinggalah selesai 3 perkara :
1. Kamu bersamanya siang dan malam
2. Kamu tahu ke mana dibelanjakan hartanya dan
3. Kamu pernah bermusafir dengannya”
Continue reading

Kak long Kahwin!!!

dscn0181Anak sedara yang paling manja, I would say ngan mak long dia (sebab dia yang paling ramah, tak macam adik2nya yang lain…agak pendiam), paling rapat sebab banyak cerita dan paling cengen, walaupun dah besar panjang!!!

Akhirnya kahwin jugak….alhamdulillah.

Congratulations to both of you, the bride, Nurul Huda Mohd Nazly Tan and the groom, Nik Amirul Faiz Nik Mohd Yusof. I am very2 sure that each year ahead, you two will be celebrating the Hari Wilayah with an extra joy of celebrating your own anniversary, year after year sampailah ke tua esok kan??? I wonder, esok Fatin (kak ngahnya) nak ambil holiday yang mana pulak buat date nikahnya… mama and ayah took labour day! Anyway, I am so happy for both of you. May your life ahead filled with the blessings and baroqah from Allah swt always.

Continue reading

Antara Dunia dan Akhirat

dscn0038Antara Dunia dan Akhirat

Jumaat lepas, ana, suami dan anak2 bermusafir lagi, kali ini menuju ke arah pantai barat, destinasi untuk malam itu adalah untuk ke Gombak, sebelum esoknya nak ke Shah Alam.Kalau dulu, sepanjang perjalanan ke Kuala Trengganu, kami melalui kawasan2 kampung yang penuh dengan kehidupan, namun kali ini, permandangannya jauh berbeza. Tiada ‘life’ seperti yang dulunya, Cuma sekadar pokok-pokok, bukit bukau ciptaan Allah yang memenuhi ruang pemandangan.

Sambil bersembang dan berdiskusi sedikit sebanyak dengan suami untuk persediaan hari Sabtu, ana terus memerhatikan alam sekeliling yang membawa seribu satu keinsafan, bahwa tiap makhluk di dunia sedang tunduk bertasbih patuh pada Allah swt, tak terkecuali bukit bukau, awan dan apa saja, yang pada perkiraan kita seolah-olahnya diam membisu tanpa bicara. Namun hakikatnya, tiap mereka sedang ‘busy’ dalam puji2an mereka kepada Al Khaliq, Cuma manusia yang selalu lalai dari memperingati Allah.

Continue reading