Archive | February 2, 2009

Antara Dunia dan Akhirat

dscn0038Antara Dunia dan Akhirat

Jumaat lepas, ana, suami dan anak2 bermusafir lagi, kali ini menuju ke arah pantai barat, destinasi untuk malam itu adalah untuk ke Gombak, sebelum esoknya nak ke Shah Alam.Kalau dulu, sepanjang perjalanan ke Kuala Trengganu, kami melalui kawasan2 kampung yang penuh dengan kehidupan, namun kali ini, permandangannya jauh berbeza. Tiada ‘life’ seperti yang dulunya, Cuma sekadar pokok-pokok, bukit bukau ciptaan Allah yang memenuhi ruang pemandangan.

Sambil bersembang dan berdiskusi sedikit sebanyak dengan suami untuk persediaan hari Sabtu, ana terus memerhatikan alam sekeliling yang membawa seribu satu keinsafan, bahwa tiap makhluk di dunia sedang tunduk bertasbih patuh pada Allah swt, tak terkecuali bukit bukau, awan dan apa saja, yang pada perkiraan kita seolah-olahnya diam membisu tanpa bicara. Namun hakikatnya, tiap mereka sedang ‘busy’ dalam puji2an mereka kepada Al Khaliq, Cuma manusia yang selalu lalai dari memperingati Allah.

Continue reading

Advertisements

Iktibar Kelana

Pemusafiran kami ke Kuala Trengganu baru-baru ini amat terasa berbaloinya. Sepanjang perjalanan pergi, ana lebih banyak mendiamkan diri, memerhatikan kehidupan disepanjang jalan dari Kuantan ke Kuala Trengganu. Apa yang berbaloinya? Berbaloi bila terkesan di hati memerhati tiap yang berlaku…, terasa benar kekerdilan diri berhadapan dengan kekuasaan Allah swt.

Ana memang gemar berada dalam perjalanan, bukan sukakan berjalan tu sendiri, walaupun tiap kali bila dah sampai ke destinasi, syukur dipanjatkan kepada Illahi yang telah memberi kesejahteraan sepanjang bermusafir, tapi yang lebih ana hargai adalah masa yang ana nikmati tanpa sebarang kerja dan kesibukan yang selalunya memburu kehidupan kita seharian. setiap kali bermusafir, hatta lepas hantar anak2 ke sekolah pun, ana leka memandu sendirian, memikirkan berbagai perkara, menghisab dan mencongak apa yg perlu dicongak… subhanallah, hidup ini memang unik tapi indah.

Continue reading