Antara Dunia dan Akhirat

dscn0038Antara Dunia dan Akhirat

Jumaat lepas, ana, suami dan anak2 bermusafir lagi, kali ini menuju ke arah pantai barat, destinasi untuk malam itu adalah untuk ke Gombak, sebelum esoknya nak ke Shah Alam.Kalau dulu, sepanjang perjalanan ke Kuala Trengganu, kami melalui kawasan2 kampung yang penuh dengan kehidupan, namun kali ini, permandangannya jauh berbeza. Tiada ‘life’ seperti yang dulunya, Cuma sekadar pokok-pokok, bukit bukau ciptaan Allah yang memenuhi ruang pemandangan.

Sambil bersembang dan berdiskusi sedikit sebanyak dengan suami untuk persediaan hari Sabtu, ana terus memerhatikan alam sekeliling yang membawa seribu satu keinsafan, bahwa tiap makhluk di dunia sedang tunduk bertasbih patuh pada Allah swt, tak terkecuali bukit bukau, awan dan apa saja, yang pada perkiraan kita seolah-olahnya diam membisu tanpa bicara. Namun hakikatnya, tiap mereka sedang ‘busy’ dalam puji2an mereka kepada Al Khaliq, Cuma manusia yang selalu lalai dari memperingati Allah.

Kita terlalu banyak berbicara tentang dunia dari akhirat. Sembang-sembang kita, bertanya khabar kita, tegur sapa kita, banyak keduniannya dari akhirat. Hidup kita ternyata diselubungi dengan kesibukan dunia, mentang-mentanglah kita ni sedang ‘hidup’ di dunia, sehingga kita banyak terlupa mengenai ‘hidup’ sebenar di akhirat nanti.

“Apa khabar hari ni?” “Sihat?”,
“Macamana business?” “Macamana kerja?” “Macamana studies hari ni?”,
“Dah siap assignment?” “Dah makan?” “Dah selesai projek?” “Dah beli itu ini?” “Dah basuh baju?”,

Adalah antara soalan-soalan yang sering kita tanya pada kenalan sahabat handai saudara mara kita yang kita temui, yang selalunya jarang kita kaitkan dengan akhirat. Paling tidak pun jawapan yang diberi, terselitlah sedikit ‘bau’ dan kaitan akhiratnya :

“Alhamdulillah, sihat..”,
“Alhamdulillah, business boleh tahanlah sikit…”,
“Alhamdulillah, dah siap, atau insyaAllah, kejap lagi siap…”,

Mujurlah dikaitkan juga ucapan Alamdulillah dan InsyaAllah tu, tapi jarang-jarang sekali kita directly bertanya atau ditanya dengan soalan-soalan seperti;

“Apa khabar iman hari ni?”,
“Macamana amal jariah hari ni, dah buat?”,
“Dah siap ngaji Quran 3 maqra (ain) hari ni?”,
“Dah infaq/sedeqah untuk hari ini?”….

Astaghfirullahal ‘azhim…itulah lemahnya kita manusia!! Dunia terlalu menyesak dalam minda dan kalbu kita, sehingga kita hanya dapat ingat akhirat pada lima waktu solat kita sahaja. Itu pun mujurlah ada lima waktu solat…bagi yang tak endah solat? Bayangkanlah…

Kadang-kadang bukan tak terfikir nak tanya soalan-soalan tu, tapi kita terus terpedaya dengan tipu daya syaitan yang membisikkan ;

“Hah, riya’ nanti tu, baik diam, jangan nunjuk-nunjuk..”
“Nanti orang kata nak tunjuk alim la pulak…baik tanya soalan lain!”
“Ustaz ustazah pun tak tanya macam tu, kita nak tunjuk lagak pulak?”,

Akhirnya kita hilang kesempatan untuk memperingati sahabat dan kenalan kita megenai kehidupan kita dan mereka yang akan kekal abadi di akhirat esok. Padahal kalau soalan sedemikian kita ajukan, kita akan terfikirkan mengenai amalan dan persediaan kita menemui Allah kelak. Bukankah itu lebih memberi manafaat kepada diri sendiri dan orang lain. Bukankah memberi manafaat itu sangat2 dituntut dalam Islam? Salah satu sifat dari 10 muwassofat peribadi muslim juga termasuklah memberi manafaat pada orang lain….

‘Banyak lagi cara lain nak bagi manafaat pada orang…’, mungkin itu bisik hati kecil kita? Ya, terserah kita lah, samada mahu terus memberi alasan atau mahu mula melakukan sesuatu untuk berubah kepada yang lebih baik. Lakukan pengislahan diri sebelum mampu mengislah sekeliling!!!

Wallahu’alam.

2 thoughts on “Antara Dunia dan Akhirat

  1. SEMINAR PEMBINAAN UMMAH DAN MEMBASMI MURTAD{ Februari 3, 2009 @ 12:02 pm } · { Majlis Ilmu }
    { Tags: SEMINAR PEMBINAAN UMMAH DAN MEMBASMI MURTAD }

    ANJURAN BERSAMA UIA (MAHALLAH REPRESENTATIVE COMMITTEE(MRC)ALL MAHALLAH IN PETALING JAYA AND NILAI CAMPUS AND FOUNDATION STUDENTS COORDINATION COUNCIL – FSCC), JAKIM, JAWI DAN YAYASAN SOFA
    TARIKH: 11 SHAFAR 1430H / 7 FEBRUARI 2009M (SABTU)
    MASA: 8.00 PAGI – 11.45 MALAM
    TEMPAT: DEWAN MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, JALAN DUTA.

    Untuk keterangan lanju, sila hubungi:
    Syed Muhd Saufi: 013-628 0251
    Ustaz Muhadir: 012 – 697 3893

    http://pondokhabib.wordpress.com

  2. Kena ikut contoh para sahabat Nabi yang sentiasa memikirkan ‘currency’ pahala … mengajak sesama mereka untuk duduk sekejap ‘beriman’ kepada Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s