Kak long Kahwin!!!

dscn0181Anak sedara yang paling manja, I would say ngan mak long dia (sebab dia yang paling ramah, tak macam adik2nya yang lain…agak pendiam), paling rapat sebab banyak cerita dan paling cengen, walaupun dah besar panjang!!!

Akhirnya kahwin jugak….alhamdulillah.

Congratulations to both of you, the bride, Nurul Huda Mohd Nazly Tan and the groom, Nik Amirul Faiz Nik Mohd Yusof. I am very2 sure that each year ahead, you two will be celebrating the Hari Wilayah with an extra joy of celebrating your own anniversary, year after year sampailah ke tua esok kan??? I wonder, esok Fatin (kak ngahnya) nak ambil holiday yang mana pulak buat date nikahnya… mama and ayah took labour day! Anyway, I am so happy for both of you. May your life ahead filled with the blessings and baroqah from Allah swt always.

I still remember looking at the picture of my first anak sedara, I was in US then, baru je pregnantkan abg Afif, dengan rambutnya yang menyacak, walaupun halus, lembut, tercacak tegak tak mau jatuh ke bawah.Kata orang tua2, itu tandanya ‘degil’, tapi mak long rasa itu tanda ‘strong determination’…think positive la. Marah tu, sekali dengar, negative kan, tapi pada setengah2 tempat dan ketika, perlu marah jugak! Kalau orang hina Islam, kita nak senyum? Kalau orang caci ibu ayah kita, kita tak marah? Same thing, malu tu sesuatu yang mulia dan dituntut, tapi kalau dah malu tak bertempat, misalnya malu nak ajak orang bersolat, malu nak berkata benar, apa ke halnya?

Dari kecil, agak dominant but creative-sebab sulung kot?- creative ‘menghias’ Aisyah, creative dalam mencipta mainan sendiri, vaselin petrolium jelly pun jadi bahan lumuran dia buat main… Di sek ren, terserlah kepimpinan dan sportsmanship nya, sangat manja dan expressive, tak malu nak luahkan apa2 yang di hati, berterus terang, prihatin, suka dan pandai layan budak-budak yang lebih kecik dari dia. Kalau ada apa2 masalah, tak segan bertanya, walaupun pada pak long yang nobody seem dare to approach him, hehehe. Suka argue dengan ayah, macam Abg afif dengan pak long gak, why? Anak2 sulung dengan ayah, memang tak ngam ke? Entah…

Akad nikahnya pada hari wilayah 1 Feb 2009, teringat kisah how they were classmate – si jejaka, ‘comel’ je ketika itu, sebab memang selalunya boys are smaller in primary school. Sek menengah terpisah, tapi kalau dah jodoh, masa kat U pun boleh jumpa balik, walaupun sorang kat Perak (UTP) dan sorang lagi kat Gombak (UIAM)…Itulah jodoh namanya! Walaupun episod kak long agak interesting, macam2 berlaku tengah2 tu, semuanya (tak semua kot, but mostly kak long share gak ngan mak long), akhirnya Nik Amirul Faiz juga jadi pilihan hati Nurul Huda yek??

Bila kenangkan balik time pernikahan you all, mama kak long belum apa2 dah sedih, dah nangis…mesti emosi mama ketika bercampur baur, gembira dan sedih at the same time. Melepaskan anak perempuan kahwin rasanya lebih sedih dari anak lelaki. Ayah kak long pun, time makan, mak long ajak ayah makan sekali…you know apa ayah jawab?
“Tak pe Long, tak rasa nak makan, 23 tahun bela dia….” hilang selera ayah sekejap dihari bahagia kak long. Bukan senang ayah nak lepaskan anaknya ketangan orang lain, so fahami ayah…

Pesan mak long to both of you, (and to those yang membaca):
1. Dua-dua kena tahu, belajar dan beramal mengenai hak dan tanggungjawab masing2 seperti yang digariskan dalam Islam.
2. Dalam apa jua keputusan yang bakal diambil, berpakatlah elok-elok (buat syura) semoga berkat.Ikut garis panduan bersyura seperti dalam Islam.
3. Tanamkan dalam hati untuk tetap terus mahukan jodoh ini berterusan ke Jannah Allah, maka help each other to reach for His Rahmah and Maghfirah, supaya sama2 dapat masuk syurga Allah.
4. Marriage is complementing each other untuk satu matlamat yang sama. Jangan ada dua matlamat yang berbeza as to how to lead the marriage, susah. matlamat kita adalah untuk dapatkan redha Allah dalam apa jua yang kita buat. Tentukan matlamat perkahwinan dan kehidupan you all, dan bergerak menuju ke arahnya dengan usaha2 yang menjamin redha Allah swt.
5. Bersabar dalam mengharungi hidup baru ni, kalau dulu, semua nampak cantik belaka, now you will start encountering sikit demi sikit kelemahan masing2, so, be patient. Jangan harap isteri boleh jadi seperti Saidatina Fatimah, bila suami sendiri tak layak jadi Saidina Ali, and vice versa.
6. Ingat dan hadamkan pesanan pak imam hari tu.!

Khas buat Nurul,
“Dalam usaha menjadi isteri yang solehah,pastikan Faiz jadi anak yang soleh”

Khas buat Faiz,
“Dalam usaha mendapatkan syurga yang di bawah tapak kaki mama, bimbing Nurul dan bersabar dalam membawa dia menuju syurga yang di bawah tapak kaki kamu”.

For both of you,
“Banyakkan munajat pada Allah, mohon taufiq dan hidayahNya”.

7 thoughts on “Kak long Kahwin!!!

  1. Nak tambah sikit saja mengenai pesanan ke 5 mak long tu. Terimalah pasangan kita seadanya – ada kekurangan dan ada kekuatan. Ini bukan bermakna kita berpeluk tubuh tanpa buat apa-apa dan menerimanya begitu sahaja. Maksudnya berlapang dada dan bersyukur; serta berazam memperbaikki diri dan pasangan menuju kepada yang lebih baik dan diredhai Allah dengan banyak bersabar dan berhikmah!

  2. Kenapa pengantin berpakaian serba hitam? Fesyen terbaru ke? Anyway, Selamat Pengantin Baru kepada Kak Long dan suami; semoga bahagia ke akhir hayat!

  3. haih…I thot dah cukup banjir dah the other day! Maklong, you did touch my heart in so many ways. I am thankful and glad at the same time that I have also your shoulder to rely on. You are like my second mother and for the record i would wanna say that kaklong sayang maklong!! Thank you so much for always being there with your endless advices and supports. You mean a world to me…sobsobsob

  4. wahalaweha…
    isk3…trharu nyer dgr ayah kak long ckp cmtu…
    sedey kn??….aha!!
    nnt,ble anak dara mak long nk khwin?cmner ngan pak long??
    jeng….jeng….jeng….

  5. maklong, termenagis jap fatin baca apa yg ayah ckp tuh…huhu
    up till now, kitorang kat rumah semua rindu kaklong…especially mama, ayah, and myself…
    ayah tuh selalu control je ckp tapi deep inside i could feel that he’s missing the old kaklong..

    • this is life fatin… we can never have anything, anyone forever to ourselves. Memang payah nak lepaskan someone so dear to us, tapi nak buat mcamana kan? Life has to go on, one day you’ll be next. Doakan je lah mereka bahagia, and kita juga bahagia dgn happiness mereka. We are not losing her, but we are gaining abg Faiz into our life. Now mgkin lum terasa sgt, sbb masih baru, adjustment period. Eventually, yes insyaAllah.

      Tak rapat sgt satu famili pun payah, rapat sgt mcm ni pun haru, kan? Tu lah manusia… we need each other. So, saling mendoakan, ok.

      salam maklong to mama and ayah. Bila balik Bangalore?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s