Ukhuwah, Politik dan Dakwah

islam_wallpaper02Dalam beberapa hari lepas, sempat ana berdiskusi dengan beberapa rakan mengenai beberapa perkara bermula dari perkongsian dan ukhuwah. Dalam ukhuwah, pasti berlaku perkongsian, malah perkongsian dalam segala sudut sebenarnya pasti dapat dirasai seiring dengan eratnya ukhuwah yang terjalin. Beerti, lagi kukuh ikatan ukhuwah, lagi banyak berlaku perkongsian dalam apa saja yang boleh dikongsi. Lihat saja contoh yang ditinggalkan oleh para sahabat Rasulullah saw, terutama dari golongan Ansar buat saudara mereka dari kalangan Muhajirin. Pendek katanya, tanpa perkongsian, takkan terasa manisnya ukhuwah.

Dari satu contoh, ke satu contoh kami bincang dalam bab ukhuwah, tup tup, terkeluarlah bab gerakan tabligh. Seingat ana pun, ketika itu memang analah yang membuka bicara bab ni, mengambil beberapa iktibar dari pengalaman suami terutamanya, sewaktu di US dulu, memang bergiat dalam kumpulan tabligh. Kalau bercerita mengenai ukhuwah dalam tabligh, memang banyak, sebabnya mereka banyak bermusafir bersama. Nah, kalau sudah bermusafir bersama, pasti ukhuwahnya kuat terbina, sebagaimana kata Saidina Umar r.a. yang membawa maksud ;

“Kamu tidak akan kenal sebenar-benarnya saudara kamu sehinggalah selesai 3 perkara :
1. Kamu bersamanya siang dan malam
2. Kamu tahu ke mana dibelanjakan hartanya dan
3. Kamu pernah bermusafir dengannya”

Maka tidak hairanlah, kalau sesama ahli dalam kumpulan tabligh itu terlalu rapat ukhuwahnya. Ketiga-tiga ciri diatas memang sentiasa berlaku dalam jemaah tabligh yang terkenal dengan ‘khuruj’,’jaulah’,’bayan’,’tasykil’ dan ‘ta’lim’nya.

Berpengalaman bersama dengan jemaah tabligh ini, banyak pengajaran yang dapat dikutip oleh suami satu ketika dulu. (Sekarang suami tidak lagi bersama tabligh, atas sebab2 kemampuan peribadi) Malangnya, bila perbincangan berlangsung lagi, ternyata apa yang pernah dilalui suami tidak dilalui oleh sebahagian ahli di sini. Rata-rata perbandingan antara jemaah tabligh di US dulu, banyak lainnya dengan corak perjalanan tabligh di sini. Sehingga timbul banyak kekeliruan. Diantaranya, penampilan diri dan jemaah. Kalau di US dulu, tiap ahli perlu memastikan penampilan diri sentiasa kemas, masjid tempat tumpangan ketika jaulah/khuruj juga dipastikan keadaan bersihnya, terutama ketika mahu meninggalkan tempat tersebut,

“Dear brothers, make sure the place is cleaner now, before we leave, compared to the time we came here!”
adalah antara pesanan2 yang pasti dipesan sebelum bergerak ke destinasi seterusnya.

Menjaga dari timbul fitnah-fitnah juga amat dititik beratkan oleh jemaah di US dulu, antara fitnah yang dijaga, termasuk studies para pelajar. Ana masih ingat suami pernah balik bercerita yang seorang brother arab (tak ingat dari mana) tak dapat ikut keluar ‘khuruj’ ke daerah lain kerana GPA nya agak merosot ketika itu. Maka seorang sahabat lain diarah supaya tinggal dan bantu memberi tunjuk ajar supaya studies brother tadi improve. Subhanallah! Sahabat tadi pun, ‘sami’na wa ato’na’ mematuhi arahan…

Satu lagi contoh lain, sebelum meninggalkan anak isteri sebab nak keluar ‘khuruj’=bepergian ke luar daerah, keperluan2 keluarga dipastikan semuanya settle dulu, makanan, pampers dan susu anak, semuanya di stock kan agar mencukupi. Bukan setakat itu, malah beberapa keluarga dihimpunkan sekali dengan diarahkan beberapa brother yang tinggal untuk ‘tengok2kan’ kami. Pendek cerita, kami merasa sangat secure tanpa perlu keluar untuk mencari lagi. Namun, apa yang didengari berlaku di sini, lain pula ceritanya…kenapa ya? Menurut suami, samada orang sengaja nak memburukkan mereka, atau di sini, usul2 tabligh yang menjadi ketetapan, tidak dititik beratkan. Wallahu’alam.

Yang menariknya, bila perbincangan kami membawa kepada topik politik. Ada yang berpendapat jemaah tabligh ni tak pandang pada keperluan berpolitik. Mereka seolah-olahnya memboikot politik, enggan langsung berbicara mengenai politik. Lalu ana terpaksa tampil sekali lagi menjelaskan, bahwa mengikut kefahaman jemaah tabligh di US dulu, politik dalam Islam adalah dakwah! Dakwah kepada orang biasa-biasa, sesiapa sahaja. Menurut mereka,

“beri penjelasan tentang ajaran Islam sebenar kepada semua orang, terutama orang bawahan, rakyat jelata, bila mereka sudah mantap kefahamannya, mereka akan memilih pemimpin dari kalangan orang Islam yang sebenar juga. Maka itulah politik kami, orang tabligh”, katanya.

Yang menurut ana, adalah tepat. Kerana, bila rakyat bekehendak kepada Islam yang sebenar, pemimpin, nak tak nak kena ikut suara rakyat, kalau tidak mereka tidak akan dipilih…., bertepatan dengan firman Allah swt

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ

…Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri …
(Surah Ar Raad: 11)

Maka salah faham lagilah kita dengan jemaah tabligh ni…

Sejak di US dulu, dan sekarang bekerja dalam wadah yang berbeza, tetapi kefahaman tentang bab yang satu ini, ana kira banyak persamaannya. Politik dan dakwah memang sesuatu yang sinonim. Bermakna, kalau nak berpolitik, dakwah perlu ada, malah perlu kuat. Di situ tunjangnya. Bila rakyat faham, rakyat nak. Bila rakyat nak, baru boleh berlaku islah… Bila nak buat dakwah, perlu pada tarbiyah, sebab tanpa tarbiyah, kita tak punya ‘modal’ nak buat dakwah. Bila kita tak ada apa2 nak beri dalam tangan kita, kita nak beri apa bila kita berdakwah amar makruf nahi mungkar pada orang lain? Sayugianyalah, sistem perubahan itu amat penting untuk dilaksanakan sebaik dan setepat mungkin, supaya matlamat yang ingin dicapai tidak tersasar dari ruang lingkup target kita. soalnya, apa kita jelas atau enggak dengan matlamat,target,cara dan hala tuju gerak kerja kita?

Ambil contoh kisah Hamas dan Gaza. The ‘Blessings in Disguise’ yang Allah titipkan dalam Peperangan Gaza baru-baru ini, jangan tidak kita kaji sedalam-dalamnya. Tiap yang berlaku, terlalu banyak hikmah yang diselitkan untuk kita selak, kita belek dan kita kiraikan untuk diambil pedoman dan pengajaran. Memang sakit kita tengok mereka dihenyak sebegitu rupa oleh Israel laknatullah itu, tetapi kisah pejuang Hamas yg penuh semangat mendepani musuh yang ternyata berat sebelah dari segala sudut persediaan dan propagandanya, serta kisah penduduk Palestin sendiri yg tetap teguh berdiri, bersatu di belakang Hamas, membuktikan pentarbiyahan dan usaha dakwah seawal 1940an, kemudian sejak 1996 bila mereka muncul di arena politik dengan nama Hamas (walaupun diboikot pilihanraya ketika itu) namun mereka tetap terus berusaha dengan tarbiyah dan dakwah, maka sekarang rakyat yakin siapa yang membela dan siapa yang mengkhianat. Hamas muncul sebagai juara kepada seluruh rakyat Palestin kerana terbukti, corak pentarbiyahan dan dakwah mereka berkesan di hati rakyat. Maka, Sistem Perubahan = Manhaj Taghyir, yang diguna pakai dalam sistem pentarbiyahan ISMA, jangan dipandang dengan sebelah mata, kerana di Gaza itulah contoh POLITIK DALAM ISLAM.

http://ismaweb.net/v2/Article847.html

Wallahu’alam.

4 thoughts on “Ukhuwah, Politik dan Dakwah

  1. Mungkin perlu ada penjelasan dalam bentuk buku atau kajian yang memperincikan bagaimana politik Rasulullah s.a.w. dari masa baginda diangkat sebagai Rasul hingga kewafatannya agar umat Islam boleh menjadikannya sebagai ‘practical guidance’ dalam memahami dan mengharungi dunia politik bertepatan dengan kehendak Islam.

  2. Gerakan Islam perlu memastikan ahli-ahlinya berpegang teguh kepada usul dan peraturan gerakan yang telah ditetapkan agar tidak menjadi fitnah pada jalan dakwah. Masyarakat sentiasa memerhatikan gerakan-gerakan ini dan akan membuat kesimpulan dari sikap, tingkahlaku dan bicara ahli-ahlinya.

  3. Pedas ana rasa nih! Sebab orang kalau dah sibuk di medan, selalu larut, lupa dengan tarbiyah…buat dakwah,adalah kerja di medan. Bila dah sibuk, tarbiyah mula keciciran….so, macam-macam problem la lepas tu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s