Pahala vs Rezeki

bismillah_jpg_w480Minggu depan (oops! esok je pun)… maaf, lambat posting, dah mula periksa pagi tadi lagi…., rata2 budak2 UIA (samada Kuantan atau Gombak) akan menghadapi minggu peperiksaan, kebanyakannya mid-sem exam, ada juga yang end-block exam. Bila bertemu dengan mereka awal pagi tadi, ucapan/kata2 semangat dihulurkan semoga tabah dan terus berdoa selepas berusaha sedaya mungkin menghadapi peperiksaan masing-masing. Dalam duk menyelitkan kata-kata semangat tu, ada juga yang mempamerkan rasa ‘blur’ atau confuse sedikit dengan beberapa perkara yang sempat ana bisikkan ke telinga beberapa orang di antara mereka…Kesian, ana tak salahkan mereka, sebab perkara ni perlu pada penjelasan yang lebih lanjut sedikit sebenarnya untuk lebih memahami maksud ana.

Pernah dalam satu siri program remaja KRIM Kuantan pada musim cuti yang lalu ana sentuh sedikit mengenai perkara ini, sebagai satu lontaran untuk dibawa pulang dan difikir-fikirkan (tak taulah pulak berapa orang yang balik berfikirnya…). Cuma ana nak mereka jelas, dalam berusaha mengejar sesuatu, bukan end -result yang kita kejar, sebab kalau ‘A’ yang sentiasa bermain di kepala tanpa menyedari hakikat sebenarnya, kita akan lebih fragile, lebih frust, lebih kecewa bila apa yang dikejar, tak kesampaian. Perlu jelas dalam minda dan hati kita bahwa yang kita kejar, dan Allah suruh kita kejar (berlumba2 mengejarnya) adalah pahala yang Allah janjikan, bukan rezeki yang Allah tetapkan. Setiap yang berusaha pasti akan mendapatkannya, iaitulah pahala yang dimaksudkan.

Makanya, kita tak perlu gusar kalau selepas berusaha, bukan ‘A’ yang kita perolehi, kerana kita yakin pahala yang dijanjikan, pasti tak Allah mungkiri. ‘Keluar mencari pahala’ adalah mungkin lebih tepat di sini, dari ungkapan ‘keluar mencari rezeki’, walaupun bukanlah salah, cuma kurang tepat, pada perkiraan ana. Rezeki telah ditetapkan, tapi pahala Allah suruh kita cari. Maka untuk orang yang berusaha, dia akan mendapat pahala, walaupun mungkin dia tidak memperoleh ‘A’ dalam periksanya. Bagi orang yang tidak berusaha, dia tidak memperoleh pahala berusaha, walaupun dia mendapat “A’ dalam ujiannya, itu semua hanyalah ketentuan dari Allah sahaja. Nah, di sini mana yang lebih baiknya? Mendapat pahala, dan mungkin juga mendapat rezeki ‘A’, atau tak dapat pahala, tapi dapat ‘A’, malah lebih malang lagi kalau pahala terlepas, ‘A’ pun memang bukan rezekinya?

So, itulah hujah kita pada mereka yang berkata,

“Kalau macam tu tak yah study pun takpa lah, kalau ada rezeki dapat ‘A’, aku akan dapat ‘A’, kalau tak, dah nasib ah…. nak cari pahala, aku cari tempat lain…”

Kita boleh sambung hujah kita,

“Kalaupun rezeki tu Allah dah tetapkan, tapi kadang2 Allah tak letaknya di depan mata. Kita kena juga berusaha mencari, sebab dunia ini Allah jadikan sebagai dunia bersebab. Apa yang berlaku, pasti ada sebab musababnya. Usaha kita itu menjadi sebab Allah beri rezeki tu pada kita!”

Confusing sungguh bunyinya nih…
Kita buat andaian macam ni lah,

Pak Ali, tuan punya ladang yang kaya raya, menetapkan cara pembagian gaji pekerjanya seperti berikut:

“Aku akan letakkan sampul surat yang berisi gaji kamu dengan nama kamu tercatit pada tiap sampul tersebut. Sampul2 itu akan aku sembunyikan dalam ladang ini, dan kamu semua dikehendaki mencari sendiri sampul gaji tersebut. Terpulang kamu bagaimana caranya, tapi aku tetap akan perhatikan kamu! Bagi yang melaksanakan secara yang benar tanpa putus asa, aku akan beri bonus di akhir tahun nanti. Bagi yang berlaku dusta, aku akan ganjarinya dengan yang setimpal juga diakhir tahun nanti. Sekarang, silakan berusaha mencarinya… ”

Lalu setiap pekerja berusaha dengan kehendak dan kesungguhan masing2. Maka si A mencari di celah rumpun pertama yang ditemui dalam ladang, lalu dia menjumpai sampulnya. Si B terus mencari dan mencari namun belum jua berjumpa hinggalah di bawah pokok mangga di tengah2 ladang. Si C pula, terkial-kial mencari, hanya menemui sampulnya di celah rumpun buluh di hujung ladang. Sudahlah letaknya di hujung, isi sampulnya juga nipis. Manakala si D pula, walau puas mencari, serata ladang digeledah, namun tetap tidak dijumpai sampul miliknya, bila ditanya pada empunya ladang, ternyata;
1-kerja kamu tidak cukup ikhlas, atau
2-belum masanya lagi aku nak bagi gaji kamu
3- atau sengaja didiamkan pak Ali, tuan punya ladang
(dan kita tiada hak mempersoalkannya)dan D boleh hanya redha, atau mengamuk, terserah.

Ada lagi pekerja2 lainnya yang berkeadaan serupa, namun mereka membentak marah2, ada yang kecewa dan give up di tengah jalan, ada yang terus mencuri sampul yang bukan namanya tertulis, serta bermacam2 lagi kerenah dan lagat masing2.

Nah, sekarang, dah dapat gambarannya? Kalau si A yang terus menjumpai sampul tadi, lalu menghabiskan masanya berpoya, rezeki cepat didapat, tapi pahalanya kurang, lalu ditokok dengan dosa mungkin. Namun, sekiranya dia terus menghabiskan waktunya membantu rakan lain mencari rezeki, pahala yang akan didapatinya, selain rezeki yang ditetapkan untuknya.

Manakala si B, terus mencari hingga ke tengah ladang yang luas, bersyukur kerana akhirnya bertemu juga dengan sampulnya, pahala dan rezeki tetap diperolehi, dan baki masa yang tinggal, kalau digunakan untuk membantu apa saja, bonus pahala juga baginya. Sedang si C, penat lelah mencari sampul membawanya hingga ke hujung ladang, namun dia redha dan terus mencari, maka pasti pahalanya mencari itu lebih lama, maka lebih banyak dari rakan lainnya. dan mereka sedar, mereka tiada hak untuk mempersoalkan Pak Ali, kerana Pak Ali adalah tuan ladang, dan dia punya hak penuh bagaimana dia membagikan miliknya.

Kita semua boleh saja hari ini menjadi A, esok menjadi B, kemudian A semula atau mungkin juga C, atau apa saja, terpulang pada daya usaha kita sendiri, samada mahu berebut rezeki yang dah siap dibahagi2, atau mahu mengejar memperoleh pahala yang Allah janji. Semuanya terletak atas kita untuk memilih.

Oleh itu, pesan ana pada semua, berusahalah sebaik mungkin, dengan cara yang ditetapkan syara’, nescaya pahala menjadi milik kita. Yakini pada qada’ dan qadar Allah, sesungguhnya Allah Maha Tahu, dan Dia menetapkan qada’ dan qadar kita atas pengetahuanNya samada kita mahu berusaha atau tidak, samada kita kuat berdoa (untuk mengubah takdir? walhal kita tak tahu pun takdir kita!!, tapi Allah akan menetapkan ketentuanNya berdasarkan ilmuNya bahwa kita akan kuat berdoa atau tidak…), samada kita menyerah pada kebijaksanaannya menentukan yang terbaik untuk kita atau tidak, samada kita jenis yang bersyukur atau tidak, samada kita jenis yang redha atau tidak. Semuanya kerana ALLAH MAHA TAHU! Dan bagi kita yang tidak tahu ketentuan nasib kita, hanya mampu berusaha dan terus berusaha dengan sebaik mungkin atas jalan yang Dia redha, mudah2an ada rezeki untuk kita atas usaha itu, tetapi tetap menyakini bahwa pahala yang Allah janjikan, tetap akan ditunaikan, dengan syarat kita ikhlas seikhlas2nya…berusaha hanya kerana Allah jua.

Mengejar Mardhatillah adalah sesuatu yang dituntut, berusaha sebaik mungkin juga adalah dituntut, namun berjaya memperolehnya atau tidak, bukan kerja buat kita, tetapi kerja buat Allah, yang memiliki kita. Bagi mereka yang dikurniakan akal yang lebih bijak, lagi cerdik, berhati2lah, kerana pakej yang datang bersamanya juga lebih besar, dan akan disoal diakhirat kelak. Jangan menjadi seperti Si A diatas, tetapi masa dan peluang lebih yang kita dapat, disalah gunakan sehingga menjadi penyebab kita berbuat dosa. Gunakan peluang tersebut untuk mencari redha Allah dengan seribu satu cara, asal kita mahu berusaha. Maka Usaha dan kemudian Tawakkal padaNya itulah yang menjadi pegangan kita.

فَإِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُتَوَكِّلِينَ (١٥٩

Kemudian apabila engkau telah berazam (untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (159)
(Surah Al Imran : 159)

وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ‌ۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦ‌ۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا (٣

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (3)
(Surah At Tholaq : 3)

Wallahu’alam.

3 thoughts on “Pahala vs Rezeki

  1. tapi sakit hati gak tengok org yg relak2x tu, tup2x dapat score giler2x dlm exam… yg study mcm nak rak tu, dpt ckp2x mkn je…. mula nak rasa tak adilnya! mujur ingat Tuhan lg….

  2. Artikel yang bagus; saya setuju 100% mengenai mencari mardhatillah tu. Kalau boleh sebagai tambahan, dalam keadaan umat Islam hari ini yang terkebelakang dari berbagai bidang, kita juga kena ingatkan orang Islam kita untuk ‘aim’ atau ‘target’ high – terkedepan dalam bidang sains, teknologi, perniagaan, dll.

  3. masalahnya, rezeki di dunia ni kita nampak dengan mata kasar, tapi pahala tak kelihatan pun…sebab tu orang lebih kejar rezeki dari pahala! Janji dapat habuan, pahala belakang kira…maka tunggu lah musibahnya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s