‘Along teringat mak!’

images-2Hati asyik teringatkan mak di PD, apa khabar mak agaknya. Menurut kata adik, semua okay je, alhamdulillah… Pagi tadi lagu IBU berkumandang lagi dari handset ana, selalu ana pasangkan pada telinga Ammar bila nak kejutkan dia bangun pagi, supaya dia tak nangis… dah darjah 2 pun, liat nak bangun pagi! Lagu lain yang selalu ana mainkan untuk memujuk dia adalah lagu ‘My mom is amazing’ nyanyian Zain Bikha. Macamana tak ingatkan mak…? Semoga mak sihat dan dalam lindungan Allah selalu.

Pulang dari menghantar anak2 ke sekolah, fikiran ana melayang lagi pada mak, kali ni ana terimbau ketika kami sama2 berumrah bulan Jun,tahun 2007. Baru semalam, ana dan rakan2 bincang tentang ikhlas dan ujian2nya, pagi ni ana terkenangkan peristiwa itu. Kami bertiga, ana, mak dan adik perempuan ana ke Mekah buat umrah bersama. Memang sesuatu yang mencabar sebenarnya, pergi dengan mak dalam keadaan mak mulai lupa2 tentang banyak perkara. Suami banyak berpesan supaya jaga mak dan sabar melayan kerenah mak. Dulu dia pernah ke sana bersama mak dan kakngah, so he knows what to expect.

Alhamdulillah, berkat doa suami dan pesanan2nya, ana rasa ana berupaya melayan mak sebaik yang ana mampu, hinggalah pada hari terakhir kami di Mekah, sewaktu mengerjakan tawaf Wida’, kami sama2 bertiga ke Masjidil Haram, tiba2 mak hilang entah ke mana. Puas kami cari sekeliling masjid, luar dan dalam, ke tempat sa’ie dan sebagainya , tak nampak bayang mak pun. Kami panic dan cemas, macam2 yang terlintas di fikiran waktu tu. Dalam keadaan yang kelam kabut tu, kami meneruskan pencarian, kerana kasut mak masih di tempat biasa, bermakna mak pasti belum keluar masjid. Puas mencari, kami agak putus asa mencari mak di masjid, adik mencuba di kawasan hotel dan bas yang akan membawa kami ke Jeddah. Subhanallah… Mak dah selesa berada dalam bas, tanpa memakai kasutnya, kerana takut tertinggal bas, katanya!!!

Ana lega bila adik beritahu mak selamat, ana pun naik ke dalam bas, eh! tup tup mak marah ana kerana lewat naik. Katanya “nanti tertinggal, baru tahu!” Dan disitulah ujiannya, ana gagal mengawal perasaan, sambil menangis (dalam bas tu), ana rasa suara ana tertinggi pada mak ;

“Kenapa mak pergi macam tu aje, tak bagitau along, mak tau tak, along puas pusing keliling masjid cari mak, kasut mak ada pada along, mak boleh jalan kaki ayam keluar masjid? Along takut mak hilang!”

Dan wajah mak saat itu, terkebil2 memandang ana.Tak taulah mak faham ke tak apa yang ana cakap, tapi yang pasti, ana tau ana dah terkasar dengan mak. Bukan bermaksud nak marah, tapi dalam cemas tu, akhirnya ana ‘burst out’ macam tu sekali. Sepanjang perjalanan dalam bas ke Jeddah, ana nangis lagi sebab ana tau ana gagal disaat2 akhir di Mekah. MasyaAllah, itulah kita, sentiasa diuji, hari ini kita berjaya, esok kita tewas. Sampai di airport, ana tarik tangan mak, bawa mak duduk, ana pesan pada mak,kali ini dengan nada sopan biasa ;

“Mak, along minta maaf, tapi mak jangan buat along macam tu lagi, along takut. Mak tau tak Bad pesan berkali2 kat along suruh jaga mak? Jangan sampai mak hilang, mak nak pergi mana2, mak bagitau along dulu.” mak hanya mengangguk, kemudian berkata,

“Bad pesan macam tu kat hang?” agaknya mak tak percaya kot menantu dia pesan, wallahu’alam.

Nak ceritanya disini, kita sebagai manusia, sentiasa diuji Allah tiap ketika. Lemahnya kita, saban waktu, kita gagal. Dua minggu ana di sana, ana kira ana berjaya melepasi ujian melayan kerenah mak, begitu banyak perkara yang berlaku, ada yang lucu, ada yang tidak, tiba2 dihari akhir, Allah uji lagi, dan ana gagal…. Ya Allah, betapa lemahnya hambaMu yang kerdil lagi hina dan banyak dosa ini. Ampunilah aku ya Allah. Ana benar2 sedih kerana semuanya berlaku di Tanah Haram. Memang ana gagal dalam ujiantu…..Astaghfirullah.

Cumanya ana selalu terfikir, Rahman dan Rahimnya Allah yang maha Tahu kelemahan hamba2Nya, soal ikhlas itu adalah urusan kita denganNya. Kalaulah urusan itu antara sesama makhluk,

“Enti, maaf ya, tadi ana tolong enti tak ikhlaslah… enti maafkan lah ana ya!”

ana kira, belum tentu lagi kita akan dapat bawa apa2 bekalan mengadap Allah esok. Pengasih penyayangnya makhluk, tak sama dengan Allah. Selagi hati kita hidup, dan kita peka dengan kesilapan, lalu bertaubat dan mohon keampunan Allah, ana yakin, Allah Maha Pengasih lagi Maha Pengampun. Bisa saja Allah gantikan kesilapan kita itu dengan terhapusnya dosa tersebut. Allah Maha Berkuasa. Yang pentingnya kita peka dengan dosa, dan untuk mendapat kepekaan itu, hati kita perlu hidup, perlu selalu disucikan.

Bantulah kami ya Allah, Antara doa Rasulullah saw;

“Kurniakan ketaqwaan kepada jiwaku, sucikanlah jiwa ini. Engkaulah sebaik-baik yang menyucikannya. Engkaulah penjaga dan Tuannya.”
(Riwayat Muslim dari Zaid bin Arqam)

Semoga kita diberi kekuatan oleh Allah. Amin.

3 thoughts on “‘Along teringat mak!’

  1. Teringat Rukun Baiah yang kedua sebagaimana yang diterangkan oleh Imam Hassan Al-Banna dalam Risalh Ta’alim :
    Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Ikhlas:
    Ikhlas ialah saudara muslim itu meniatkan setiap kata, tindakan dan jihad yang dilakukan hanya untuk Allah, mencari keredaan dan ganjaranNya tanpa mengharapkan harta atau kemasyhuran atau kedudukan atau pangkat atau kemajuan atau kemunduran. Ini bermakna dia merupakan pejuang fikrah dan akidah bukan memperjuangkan matlamat dan kepentingan peribadi.
    Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan. (Al-An‘am: 162-163)
    Dengan ini saudara muslim akan memahami maksud apa yang sering dilaungkannya:
    “Allah matlamat kami” dan “Allah Maha besar dan segala puji bagi Allah”.

  2. assalamualaikum wbt

    mabruk pd kmin, alhmdulillah, punya blog yang mantap dan boleh menjadi sumber inspirasi utk ana menulis.
    karya n nukilan yang baik, mnjadi qudwah pd ikhwah n akhawat pembina.
    insya allah

    • Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah juga… doakan moga kmin istiqamah berkongsi iktibar, dalam ikhlas lillahitaala jua…. you all yang muda2 ni jd inspirasi dan pembakar smgat kmin sebenarnya! Moga ada nilai di sisi Allah, ameen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s