taking for granted

make_islam as a way of lifeAssalamualaikum w.b.

Someone commented on my writing (my cik ‘abang’lah tu), saying that it is too long…. is it? So I thought, for a change, today I’d like to simplify things as much as I could and as comfortable as I can feel… I might end up using my old style back, or who knows this way is much easier.

Ana tanya kita semua satu soalan, yang bagi ana memang crucial, tapi kita selalu terlepas pandang.
Why do we always take our spouse for granted?, sorry, soalan ni sesuai untuk yang sudah berpasangan, bagi yang belum, take it as something to be learned about. When your time comes, don’t make the same mistake as others did.

we love them, and yet we always take them for granted… Banyak sangat andaian2 yang kita buat, yang sebenarnya untuk menyenangkan diri sendiri, betul tak? I mean, taking them for granted that they understang us, so, tak apalah… dia faham, dia takkan marah punya. Dia faham, dia takkan kecil hati…, selalu sungguh kita buat andaian mereka faham situasi kita…
in the end, masing2 terluka.Masing2 berasa hati. Why? Andaian kita tak semestinya tepat dengan apa yang pasangan kita rasa, kan?

Ana buat contoh di sini;

Suami isteri dua-dua terlibat dalam program dakwah dan tarbiyah. bagi mereka, keluar to attend usrah, rehlah, katibah, dan seumpamanya, memang dah jadi lumrah… masing2 memahami dan merasai kepentingannya. Tapi kalau saban minggu, si isteri sibuk nak ke usrah, hingga terabai tugas asasi mengurus rumahtangga, suami balik kerja, semua benda tak beres, alih2 isteri kata nak gi usrah. Padahal, baju bersepah tengah rumah belum berlipat, dapur berselerak belum sempat kemas dari pagi…ya lah, isteri pun bekerja jugak. Malangnya apa pun belum masak. Keadaan anak? Jangan cerita… ambil balik dari taska, masih comot belum berurus.

Ana pernah dengar sendiri keluhan ini dari sang anak, yang menyaksikan komen ayah pada ibunya… senario yang lebih kurang serupa seperti di atas. So, si anak ni bertanya ana, macamana tu? Mana yang lebih awla sebenarnya?

Ana memang pening nak menjawab, tapi yang cantiknya, ia menjadi cermin untuk diri ana melihat situasi kami pulak dalam rumah sendiri. Susah nak menjawab, sebab dua2 penting. Ana takut, kalau ana menjawab,

“mak kenalah kemaskan rumah tu dulu, settlekan semua kerja dulu, then baru keluar”,

itu akan menjadi alasan siisteri tak keluar dah dalam kerja2 dakwah dan tarbiyah. Maklumlah, bukan mudah nak settlekan semuanya, esp kalau isteri bekerja. Sedangkan kalau kita para isteri tak keluar di jalan ini, siapa pulak nak tarbiyah dan dakwah masyarakat yang sedang tenat sekarang. Tapi kalau jawab,

“ayah kan faham, takkan ayah tak boleh bantu…kerja dakwah ni penting”,

ana takut si suami langsung fed up, arahan konkrit yang akan diberi nanti… “Sudah, abang aje yang keluar di jalan ni, kamu stay home, sebab kamu bukan ‘super woman’, I dan anak2 lebih perlukan kamu di rumah dari mereka perlukan kamu di luar!”

Tak haru kalau macam tu? Kita-kita ni, berapa kerat sangat yang boleh masuk kategori super woman, serba serbi boleh settle belaka. Mau pendek umur terkejar sana, terkejar sini dalam tension. Cuma satu je ana rasa, selain dari ambil jalan tengah;

Kalau ya pun tak sempat, untuk hari yang paling kelam kabut tu, buat perancangan awal2 lagi…

1. Kalau rasa baju tak sempat nak lipat hari tu, jangan basuh banyak2. Basuh yang penting je. Esok senggang sikit, basuh lagi…
2. Kalau tak sempat masak, plan menu yang paling mudah awal2 lagi, buat stew misalnya…. campak aje semua benda dalam tu, daging dan sayur dalam satu periok, beres. Tak pun, beli ajelah lauk siap untuk sehari tu dalam seminggu!
3. Anak2 comot? untuk sehari tu, pesanlah pada pihak taska minta di’solek’kan anak kita comel sikit.
Pendek kata, kreatif lah sikit. Yang paling pentingnya, buat perancangan awal…

Tapi itu tak berapa selesaikan masalah suami merasa di ‘take-for-granted’ dak? Why, sebab lack of communication. Pada ana, dalam rumahtangga, komunikasi sangat2 penting…. apa kata;

1. “Yang, baju yang sepah dalam bilik belakang tu, Yang buat2 tak nampak je lah kejap ya, balik nanti Ani bereskan.”
2. “Bang, hari ni kalut sangat, Mah cuma sempat masak bubur je, takpa ya bang, kita makan bubur malam ni?”
3. “Laili minta maaf banyak2, tak sempat uruskan anak2, kalau abang boleh, tolong uruskan, kalau tak tunggu Laili balik nanti pun takpa je.”

Percayalah, kalau dah berhemah macam tu, kita tunjukkan rasa bersalah kita, dan memahami penat dia, suami akan redha… Dia tak merasa isteri take dia for granted, in fact, dia lebih senang hati membantu isteri.

Kita manusia biasa, tahu dan faham macamana pun kita, hati tetap tercuit, terasa kalau merasakan pasangan tak ambil endah langsung ke kita. Terasa diri tak penting, terasa di ‘take-for-granted’, dan itu sangat melukakan. Kalau kita tunjukkan faham kita dengan situasi dia, dan kita mohon maaf, mohon kefahaman dia awal2 lagi, ana percaya, dia lebih dari rela dan redha membantu kita mana yang dia boleh…

wallahu’alam.

next time ana cuba sentuh kisah sang suami pulak yg ambil isteri for granted, insyaAllah.

4 thoughts on “taking for granted

  1. Mungkin pandangan dari kebanyakan suami seperti saya – bukan keadaan rumah tersusun etc. yang penting, tetapi lebih penting lagi adalah perhatian dan belaian isteri di rumah setelah penat dan tension dek urusan pejabat atau lain-lain masalah (hanya dengan satu senyuman pun dah memadai!) … walaubagaimanapun, ia bukan satu hala saja, begitu juga harapan isteri kepada suami – untuk menghargai dan memahami tugas/bebanan berat tak berkesudahan sang isteri ….

    • maka itulah maksud saya…kalau dah ada rasa bersalah, ketika mohon kefahaman dari suami, masakan tak disulam dengan senyuman mohon pengertian? insyaAllah, akan terubat jua hati suami melihat gelagat isteri yg sedemikian….wallahu’alam.

  2. Assalamualaikum kakak..
    saya sgt suka ayat nih >>>>Kita manusia biasa, tahu dan faham macamana pun kita, hati tetap tercuit, terasa kalau merasakan pasangan tak ambil endah langsung ke kita. Terasa diri tak penting, terasa di ‘take-for-granted’, dan itu sangat melukakan. Kalau kita tunjukkan faham kita dengan situasi dia, dan kita mohon maaf, mohon kefahaman dia awal2 lagi, ana percaya, dia lebih dari rela dan redha membantu kita mana yang dia boleh<<<
    apa2 pun dalam rumahtangga kena ada 2 ways communication … tapi kalu diam buat tak tahu / buat dek tuh yg jadi ada 1 pihak rasa makan hati dan timbul rasa tdk dikesahkan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s