Archive | February 25, 2009

Betul dah Bersedia?

Sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampung baru-baru ni, seperti biasa ana dan suami selalunya banyak menghabiskan masa bersembang. Banyak perkara yang dapat disentuh dalam masa empat jam perjalanan, (termasuk setengah jam ana terlelap, dan setengah jam lagi, suami pulak). Sembang kami sekali lagi terkenangkan pengalaman suami dalam ‘tabligh’ di US dulu. mudah2an ada iktibarnya buat kita semua.

gazastrip_jpg_w480

Suami pernah diceritakan dalam salah satu ‘ijtimak’ di UK ketika itu, bila kata ‘ijtimak’, memang ia merupakan perhimpunan brother2 tabligh dari serata dunia. Memang ramai sekali, boleh mencecah ribuan orang, dan saat itu berlaku pergolakan di Afghanistan. Biasalah, bila kita dalam situasi yang sedemikian, berkumpul bersama dengan tujuan untuk mendekatkan diri pada Allah swt, semangat memang tinggi, berkobar2 dengan keinginan berjihad di jalan Allah, kerana biah nya sudah cantik tersedia. Menjadi kebiasaan dalam ijtimak mereka, akan ada sekumpulan ahli dari jemaah yang kerjanya tiada lain, tetapi duduk berzikir (wirid, Quran dan solat) di satu tempat khas, memohon keberkatan Allah swt, dan ini akan berterusan sehingga ijtimak selesai. Wallahu’alam.

Continue reading

Advertisements