Betul dah Bersedia?

Sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampung baru-baru ni, seperti biasa ana dan suami selalunya banyak menghabiskan masa bersembang. Banyak perkara yang dapat disentuh dalam masa empat jam perjalanan, (termasuk setengah jam ana terlelap, dan setengah jam lagi, suami pulak). Sembang kami sekali lagi terkenangkan pengalaman suami dalam ‘tabligh’ di US dulu. mudah2an ada iktibarnya buat kita semua.

gazastrip_jpg_w480

Suami pernah diceritakan dalam salah satu ‘ijtimak’ di UK ketika itu, bila kata ‘ijtimak’, memang ia merupakan perhimpunan brother2 tabligh dari serata dunia. Memang ramai sekali, boleh mencecah ribuan orang, dan saat itu berlaku pergolakan di Afghanistan. Biasalah, bila kita dalam situasi yang sedemikian, berkumpul bersama dengan tujuan untuk mendekatkan diri pada Allah swt, semangat memang tinggi, berkobar2 dengan keinginan berjihad di jalan Allah, kerana biah nya sudah cantik tersedia. Menjadi kebiasaan dalam ijtimak mereka, akan ada sekumpulan ahli dari jemaah yang kerjanya tiada lain, tetapi duduk berzikir (wirid, Quran dan solat) di satu tempat khas, memohon keberkatan Allah swt, dan ini akan berterusan sehingga ijtimak selesai. Wallahu’alam.

Dalam semangat yang berkobar ingin membantu saudara seIslam di Afghanistan ketika itu, bangkit salah seorang dari jemaah, memberi usul, agar dikerahkan saja semua ahli jemaah yang ada atau yang berkeinginan dan berkesanggupan, untuk pergi berjihad membantu saudara sendiri di Afghanistan. Maka tampillah wakil ‘amir sahab’ saat itu, dengan arahan;

“Bangkit berdiri kalian yang sudah pernah keluar ‘khuruj’ selama empat bulan!” – keluar empat bulan seumur hidup, adalah sesuatu yg ditasykil pada setiap ahli. Maka bangkitlah kebanyakan ahli yg hadir, yg rata2nya adalah wakil2 dari semua negara. Kira macam ‘tok sheikh’ lah jugak tu…kemudian, wakil amir sahab berkata lagi,

“Dari kalangan kamu, siapa pulak yang istiqamah keluar 40 hari setahun, dia kekal berdiri, yang lain, sila duduk!” maka duduklah sebahagian lagi dari ahli jemaah yg berdiri tadi. Diteruskan pertanyaan oleh wakil amir sahab;

“Siapa lagi diantara kalian yang berdiri ini, yang istiqamah keluar selama 3 hari setiap bulan, maka dia tetap berdiri, yg lainnya duduk!” and guess what, sebilangan besar dari yang berdiri tadi terpaksa duduk. Wakil amir sahab menyambung;

“Siapa pula dari kalian yg masih berdiri, tetap istiqamah dengan ‘jaulah’ 2 kali seminggu, teruskan berdiri, yang lain, sila duduk.” dan arahan seterusnya;

“Mereka yg tetap istiqamah dengan amalan harian membaca Al Quran 1 juzuk, zikir harian dan ‘ta’lim’ dengan keluarga, disamping solat berjemaah di masjid untuk 5 waktu setiap hari, silakan berdiri.” Maka seperti yang dijangka, hanya beberapa kerat sahaja yang tinggal, dari beribu ahli tadi, hanya tinggal dua tiga puluh orang sahaja, maka berkatalah wakil amir sahab ketika itu,

“Inilah dia tentera-tentera kita yg bersedia untuk berjihad!!!”…..

Subhanallah! Apa yg dapat kita ambil dari semua ni?

Perhatikan dalam setiap soalan wakil tadi, perkataan istiqamah terus digunakan. Betapa istiqamah itu dijadikan kayu ukur menentukan kekuatan seseorang, bersesuaian dengan pesanan Rasulullah saw, agar kita tetap dalam istiqamah menjalani ibadah kita, dari sehari kepada bulan, kepada tahun dan seterusnya. Istiqamah dalam amalan ibadah kita sangat2 dituntut dalam Islam, biar sedikit, asalkan berterusan, kerana istiqamah itulah yang akan memberi kekuatan pada sipelakunya untuk berdepan dengan cubaan dan dugaan yang merintangi jalan yang suci ini. Kerana itulah, dalam mendidik diri, kita menitik beratkan amalan2 harian yg perlu kita lakukan secara istiqamah. Ketetapan dibuat mengikut kemampuan diri.

Selain istiqamah, satu lagi yang perlu kita telitikan adalah ‘isti’jal’ yaini, tergesa-gesa dalam tindakan. Tindakan yang dibuat dengan hanya berbekalkan semangat, tak akan dapat bertahan lama apabila kita diuji dengan kepayahan dalam liku2 tariq dakwah dan jihad. Makanya sebelum bersedia untuk sesuatu yang besar itu, perlu pada persiapan ruhi yang rapi, bukan hanya semangat yg tinggi. Bukan pulak menolak peranan semangat dalam keluar berjihad dan berdakwah, cuma, jangan kita hanya berbekalkan semangat tanpa persediaan yang lebih penting lagi, iaitulah persediaan ruhi yang membekalkan kekuatan dalaman kita.

qiamullail_jpg_w480

Perhatikan sirah Rasulullah saw dalam konteks ini. sewaktu era Mekah, dengan bilangan muslimin yang bukan sahaja sedikit, tapi masih diawal didikan Rasulullah, walaupun semangat untuk melawan balas kekejaman kafir Quraisy itu sangat tinggi dalam dada org2 Islam, namun Rasulullah saw tahu, dengan semangat sahaja, bukanlah caranya. tetapi Rasulullah saw terus mendidik dan mentarbiyah sahabat2 baginda, sehingga benar2 mantap dalaman dan ruh mereka, beserta dengan persiapan fizikal lainnya, barulah dikeluarkan arahan untuk berjihad.

Bayangkan, kalau dalam ribuan ahli jemaah yang tadinya sanggup belaka untuk keluar berjihad, walhal belum lagi berupaya untuk beristiqamah dengan amalannya, dikhuatiri akan menjadi liability, membawa kesusahan kepada orang lain pula, dek kerana tak tahannya dia dalam ujian yg bakal dihadapi. Maka berbagai fitnah lain yang akan timbul. Oleh itu, ana seru diri ana sendiri dan para pembaca lainnya yg ana kasihi, mulakanlah persediaan diri sebaik2nya dari sekarang. Didik dan latihlah diri beristiqamah dan bersedia secara rohani dan fizikal, supaya bila sampai ketika nya nanti kita diseru untuk keluar berjihad (walau dalam bentuk apa sekalipun), kita sudah bersedia dan tidak teragak2 menyahutnya. Mulakan dengan niat dalam hati, kerana dalam hadis Nabi saw, ada menyebutkan yg bermaksud;

“Barangsiapa yang mati, sedang dia tidak pernah berperang dan tidak pernah berniat untuk berperang, matinya dalam salah satu cabang nifaq (mati jahiliyah).” (Hadis sahih)

Semoga kita sentiasa berada dalam jagaan, rahmat, magfirah dan taufiq Allah jua.Ameen.

Wallahu’alam.

One thought on “Betul dah Bersedia?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s