Senyumlah….tapi,

ammar senyum lebar... Alhamdulillah…syukur pada Allah, tugasan yang sepatutnya dilaksanakan hujung minggu ini bersama teman-teman telah selamat kami laksanakan, dan kami pulang dengan semangat baru disulam dengan seribu satu kebimbangan dan harapan. Bimbang apa yang terbentang di depan nanti mampu dilaksanakan atau tidak, namun sangat-sangat berharap pada pertolongan dan bantuan Allah swt jua. Apa yang diperolehi, sangat berguna, tetapi package yg beserta dengannya juga sangat berat, dan sebagai manusia biasa yg sedang cuba melaksanakan kerja luar biasa ini, hanya kepada Allah juga dipohon segala bantuan dan kekuatan.

Ya Allah yang Maha Tahu,
Hamba hanya insan biasa yang serba dhaif, kerdil lagi banyak dosa, tiada daya dan upaya ku melainkan dengan pertolonganMu. Hamba sangat-sangat berhajat pada taufiq dan hidayahMu, pada secebis dari kekuatanMu, bantuilah aku ya Allah…jangan dibiarkan aku sendiri dengan kudrat ku yang serba lemah ini, tapi bimbinglah dan berilah ku kekuatan untuk melaksanakan sebaik mungkin, ya Allah, ya Rabbal’alamin.

Sampai ke destinasi menghantar ketiga-tiga ‘penumpang’ ana, yang seorang ni akhirnya berkata,

“mak, kakngah balik rumah lah malam ni, penat la nak study. Pagi esok mak hantar kakngah balik, boleh? Lagi pun, asyraf balik, nak jumpa dia kejap.”

Kami pun balik rumah, sambil bersembang macamana penatnya nak exam…. lalu membawa ana kepada kenangan memujuk dia satu ketika dulu. Waktu tu, dia memang pada kemuncak aktivitinya di kampus, semua kena disiapkan, disamping exam end-blocknya pun kian hampir… dalam ‘gagah’ dia cuba membawa semua tanggung jawab, tiba-tiba satu petang tu, ana dapat call dari dia;

“assalamuaalaikum…” sapa ku menjawab panggilan.
“salam….(senyap)….mak.” lalu senyap kembali. Dan ana tau, ketika itu dia sedang menangis.
“kakngah, kenapa ni?” ana mula cemas, walaupun cuba cover, tak mau panic. Setelah berlalu beberapa ketika, akhirnya terluah juga darinya, sambil tersedu;

“mak…kakngah penat…” dan dia terus menangis.

Rupa-rupanya, dia bimbang dengan segala tugasan meeting, liqo’, halaqah dan entah perjumpaan apa lagi disamping persediaan examnya yang nampak macam tak berkesudahan…maka ana terpaksa memujuknya, memberi sepatah dua kata2 semangat, dan sekadar sedikit petua dan tips as to how to handle the situation. Bukan besar sangat pun bantuan yang ana boleh buat, suggestions yg ana bagi pun, bukanlah something new pada dia, tapi ana kira disaat itu, dia hanya perlu pada reassurance that apa yang dilalui dan bakal dilakukan, bukanlah sesuatu yang bersalah atau berdosa, malah sesuatu yg wajar pun. Menanggguhkan sesuatu yg dibenarkan pada saat-saat kritikal seperti itu, adalah dibolehkan. Nanti, cover semula, buat dua kali dalam seminggu pun tak apa bila exam dah selesai…. akhirnya dia senyap, kemudian

“tak pa ke mak, buat macam tu?” and we both end up ketawa sama-sama, padahal tadi tu, bukan dia saja yang tersedu, ana sendiri pun sebak menahan airmata sendiri dari berterabur…(memang dah ratu air mata pun), dipendekkan cerita, kami sempat sembang sekejap, dan akhirnya dia kembali ke studies nya semula.

Keesokan hari, ana ke asrama menjengoknya sambil membawa sedikit ‘buah tangan’, sebagai pengubat tension dia semalam. Lalu dia pun turun menuju ke kereta dengan lirikan senyumnya yang sangat manis sekali, sampai ana kena berpesan pada dia,

“hai, senyum manis macam ni, jangan di buat depan semua orang… ni senyum manja yang boleh gugurkan jantung orang lelaki tau! boleh cair hati orang nih…” pesan ana sambil mengusik.
“memanglah mak, ni untuk mak sorang je…” jawabnya sambil bersalam dan mencium tangan ana.

Kami duduk dalam kereta, sembang sambil makan-makan sikit, lepas tu dia naik semula meneruskan jihad dengan buku-bukunya. Ana pulang semula ke rumah sambil terbayangkan wajahnya dengan senyuman manis seorang anak pada seorang ibu, yang menurut perkiraan ana adalah sebuah senyuman manja dia dek kerana rasa malu dengan tangisannya semalam, juga kerana rasa bersalahnya ‘mengajak’ mak nangis sama, disamping kerana rasa syukurnya ada mak untuk di releasekan segala tension yang menyempit dada… all feelings blended together menyebabkan senyuman manis dihadiahkan pada seorang ibu….dan tak ada seorang ibu yang tak happy menerima hadiah sedemikian rupa dari anak yang dikasihi….comot macamana pun seorang anak, tetap manis di mata seorang ibu, apatah lagi kalau memang yang benar-benar manis yang dihadiahkan, pasti si ibu terharu!!

Baru-baru ni pun, ana dihadiahkan juga senyuman sedemikian rupa oleh another child of mine, and I believe, its for the same reason, dan sekali lagi ana terpaksa ingatkan dia supaya berhati-hati dengan senyumannya yang bisa mencairkan hati mana-mana gadis. Kalau hati seorang ibu mekar dengan senyuman manis anaknya, hati sang gadis, pasti boleh cair tergoda, takutnya fitnah lain pula yang timbul…

Jangan diambil hati dengan teguran ikhlas seorang ibu, sebab pesanan demi pesanan memang sudah sinonim dengan kami. Melihat senyuman manis si anak sebegitu rupa, memang perlu dinasihati agar berhati-hati, tambahan pulak dalam zaman yang sangat mencabar sekarang ni. Kalau kita tak menggoda orang, orang pulak yang menggoda kita, dan syaitan tetap dengan peranannya, walaupun kita manusia sering lalai dan leka. Memang senyuman itu adalah sedekah, dan kita sangat2 dianjurkan untuk menghadiahkan senyuman, tapi tetap perlu berhati-hati. Zaman yang penuh dengan fitnah sekarang ni, macam-macam boleh jadi!

Kalau dulu, zaman ana kecik2, main selamba je dengan kawan2 lelaki dan abang2 mereka, seronok main sebab tak da apa nak ditakutkan…siap main perang-perang masuk ‘hutan’ lagi. Tapi sekarang, nak ke kita izinkan anak perempuan kita bergaul dengan kawan2 lelaki tambahan pulak yang bergelar ‘abang’? Hatta, nak tinggal anak perempuan di rumah pembantu pun sekarang, kalau ana, memang fikir dua tiga kali. Terlalu banyak kisah ngeri yang berlaku, yang sangat-sangat kita bimbangi. Zaman memang dah berubah, walau pun memang ada yang berubah kepada baiknya, namun tak kurang juga yg berubah pada yg lebih buruk juga.

kak hanan senyum ceria...

So, pesan ana sekali lagi pada semua yg sudi membaca, terutama pada anak-anak ana sendiri, tak salah memberi senyuman pada manusia lain, tapi hati-hati, kepada siapa senyuman itu ditujukan. Elakkan fitnah dari awal lagi, kan dalam Islam, mengelak itu lebih afdhal dari mengubatnya? Kalau untuk ibu dan ayah, ya silakan…itulah hadiah paling manis yang boleh diberi tanpa perlu pada modal harta benda, cuma modal kasih sayang dan keikhlasan dari hati je. Tak salah menghadiahkan sedemikian pada ibu dan ayah, malah, kalau ana, itu sudah memadai. Sejuk hati ibu dan ayah punya anak yg selalu menghadiahkan senyuman manja penuh ikhlas begitu buat mereka.

Wait till you yourself become a parent, then you’ll trully understand what I am trying to say !!

And to all my kids, thank you all so much kerana murah dengan senyuman untuk mak….
~ Mak sayang kalian ~

6 thoughts on “Senyumlah….tapi,

  1. Bilalah agaknya dapat tengok senyuman anta lagi?
    Pantai dan ombak berulangkali pasang dan surut,namun senyummu tak kunampak lagi….

  2. comelnya senyuman adik dengan ‘mama bee’ dia tu…. seronok baca cerita akak, terima kasih atas semua tips untuk dikongsi… kakak tudung biru pun comel gak…. moga besar jadi insan solehah yg mendoakan ibu dan ayah!!

  3. alhamdulillah, segala kepenatan terubat dengn senyuman dari anak2.

    kmin, doakan, moga kpenatan ana pun terubat dengan kehadiran mujahid/ah kecil.

    skrg pun alhdullah, dah byk2 syukur, ada ‘teman’ utk melepaskan kepenatan dan meluahkan perasaan.

    • Alhamdulillah…moga kalian dapat merasai nikmat yang kmin dan ‘teman’ rasai sekarang, nikmat bergelar ibu dan ayah, moga selalu dalam rahmatNya, insyaAllah,akan tiba masanya nanti, berserah, Allah itu kan Maha Tahu. Good Luck!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s