Rela Berkorban…

jalan-dakwah_jpg_w480 Hampir lima tahun ana di Jepun, banyak mengajar ana erti kehidupan dari perspektif yang berbagai. Maksud ana, banyak yang ana belajar dari teman-teman yang datang dari berbagai latar belakang, berbagai budaya dan cara hidup, walaupun sama-sama bergelar muslim. Kalau di US, dua tahun pertama ana menjalani kehidupan sebagai seorang student single, yang hanya memikirkan mengenai perjalanan hidup ana dengan teman2 serumah, sekuliah dan se’fikrah’, setahun di UK pula, walaupun bersama dengan dua orang anak kecil waktu itu, kedua-duanya masih belum bersekolah, maka masa ana kebanyakannya sibuk di rumah tanpa sebarang komitmen lain di luar… Tapi ketika di Jepun, situasinya sangat berbeza.

Sudahlah masa ana dengan anak-anak terlalu lama dirasakan, kerana kebanyakan masa memang ana kena uruskan sendiri sebab suami busy terlalu busy dengan studiesnya dalam suasana bekerja dalam budaya kerja masyarakat Jepun. Anak2 ketika itu juga sudah memasuki era tadika, maka sibuk ana ke arah memastikan mereka tidak ketinggalan dalam banyak perkara. Memang sesuatu yang sangat mencabar bagi seorang ibu muda saat itu, terpaksa mendepani dengan kerenah anak2 sendirian.

Yang ana nak bawakan di sini, budaya kerja masyarakat Jepun yang banyak menuntut masa para pelajarnya, termasuk suami sendiri bersama rakan2 se Islamnya yang lain. Dan kami para isteri dan ibu, banyak menghabiskan masa bersama juga dengan aktiviti2 bersama anak2 untuk memastikan masa tidak berlalu sia2 begitu sahaja. Maka pernah suatu hari, ana mendengar perbualan sahabat ana dari Syria bersama salah seorang teman lain dari Asia, mengenai kesibukan suami masing2.

“Ya ukhti, your husband is so busy…with his studies, and his dakwah activities also. Are you okay?” tanyanya dalam bahasa English yang agak bercelaru sebenarnya.

“Alhamdulillah, as you can see, here I am, doing just fine…thank you sister Huda.” jawab teman ana yang sudah beranak tiga ketika itu, dan one is coming up at the end of the year.!

“You are so strong, sister, what is your secret?” tanya sister Huda sekali lagi.
“I hardly see my husband because most of the time he will be in his lab, so the same thing must be with your husband. But still, yours is always on the move, going here and there, within Japan and also oversea…! How did you manage to cope with all that alone?” sister Huda tak puas hati.

Teman Asia ana sorang ni pun menjawab,

“Sister Huda, it was not easy at all everytime my husband said he has to go. Deep inside me, I always hope that someone would call him and said that the trip has to be cancelled because of something, whatever, and honestly I tell you, I always cry….with three kids to take care, and one in here (pointing to her tummy), I feel so tired…so alone, so difficult. but I have no choice, he will go anyway.”

I remember seing sister huda gave this friend a hug and a kiss on her cheek. And then they continue with their conversation;

“But my husband always remind me, that it is not easy for him either, and if I cry, it will be more difficult for him, but he trully believe that the feelings are only temporary, once he manage to take his first step out of the house through the door, insyaAllah Allah will make it easy for both of us!!And he is right, sister Huda. After he left us, Allah makes it easy for us, alhamdulillah…Allah takes care of us, He gives us the strength. Thats the secret, just do it for Allah, and He will cater the rest for you.” jawab teman ana selamba je…

Ana kagum, ana faham dan ana banyak belajar dari ukhti ni, dari kedua-duanya, yang seorang tanpa segan tanpa silu, bertanyakan secrets untuk menjadi isteri yang lebih baik. Yang seorang lagi, sudahlah tak lokek rahsia dan ilmu, tapi yang lebih ana kagum adalah semangatnya… kami sama2 berpelukan at the end of the meeting, pelukan yang penuh makna ana kira, selepas perbincangan tadi. And sure enough, sister Huda kemudiannya mendapat seorang bayi perempuan yang diberi nama sempena nama ukhti tadi, Nura.

Bila direnung kembali, dalam setiap jihad, tak kira jihad atas nama apa (kerjaya, cari harta, cari ilmu atau apa saja), memang memerlukan pada pengorbanan, apa tah lagi jihad di jalan Allah yang memang kita sedia maklum tiada imbuhan dunia untuk kita, pengorbanan yang teramat besar diperlukan. Dan belum dikira pengorbanan kalau yang diberi adalah lebihan2 kita, maksud ana, hanya bila kita lebih masa atau lebih harta, baru kita beri pada jalan ini, tetapi berkorban adalah apabila kita terpaksa ‘mencuri’ masa terhad kita dan ‘mencuri’ harta yang cukup2 kita untuk kita infakkan di jalan Allah yang murni ini.

Ramai dari kita hanya sanggup ‘berkorban’ bila semuanya dah beres dengan planning kita. Adakah sama orang yang hanya punya 2 jam untuk famili, tiba2 dipanggil untuk ber’jihad’ dan disambut seruan itu, dengan orang yang punya 8 jam dengan famili, dan datang juga ber’jihad’? Adakah sama orang yang punya RM 10,000 lalu menginfakkan RM 100, dengan orang yang hanya punya RM 3000, tapi juga menginfakkan RM 100 dari apa yang dia ada? Perhatikan amaran Allah swt pada mereka yang enggan berkorban di jalan Allah seperti dalam ayat di bawah ini, surah At Taubah : 24;

قُلۡ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُڪُمۡ وَإِخۡوَٲنُكُمۡ وَأَزۡوَٲجُكُمۡ وَعَشِيرَتُكُمۡ وَأَمۡوَٲلٌ ٱقۡتَرَفۡتُمُوهَا وَتِجَـٰرَةٌ۬ تَخۡشَوۡنَ كَسَادَهَا وَمَسَـٰكِنُ تَرۡضَوۡنَهَآ أَحَبَّ إِلَيۡڪُم مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٍ۬ فِى سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِىَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦ‌ۗ وَٱللَّهُ لَا يَہۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡفَـٰسِقِينَ  ٢٤

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (24)

Dan lihat pula pada janji Allah swt dalam surah Al Fath : 16

فَإِن تُطِيعُواْ يُؤۡتِكُمُ ٱللَّهُ أَجۡرًا حَسَنً۬ا‌ۖ

Jika kamu taat (menjalankan perintah Allah ini), Allah akan mengurniakan kamu dengan balasan yang baik (di dunia dan akhirat)

Juga dalam surah Saba’ : 39;

( وَمَآ أَنفَقۡتُم مِّن شَىۡءٍ۬ فَهُوَ يُخۡلِفُهُۖ ۥ وَهُوَ خَيۡرُ ٱلرَّٲزِقِينَ (٣٩

dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki. (39)

Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dari kisah teman ana di Jepun ini, dan amaran serta janji Allah dalam tiga ayat di atas, insyaAllah.

DAKWAH TIDAK AKAN HIDUP MELAINKAN DENGAN JIHAD, DAN JIHAD TIDAK BERLAKU MELAINKAN DENGAN PENGORBANAN.

Wallahu’alam.

One thought on “Rela Berkorban…

  1. bukan senang nak berkorban kak, pahalanya kita tak nampak… lainlah kalau depan mata nampak ganjarannya sekepok, gitu. Tapi, bukan nama berkorban la pulak kalau macam tu… moga-moga kita semua dapat ibrah dari kisah ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s