Sebab Allah Dah Tahu…


Pagi tu,3 hb, Kuantan hujan, macam biasa ana hantar anak2 ke sekolah, tiba di jalan besar, mujur aje ana tak memandu laju selepas membelok, tiba2 satu motor tersungkur jatuh depan kami, terus terpacul dari mulut ana

“Allahuakbar, anak oi… baik2lah bawa motor time2 hujan ni!” walaupun mungkin aja yang jatuh tu lebih tua dari ana, dan ana sempat mengelaknya ditengah2 sesak jalanraya ketika itu.

Balik ke rumah, tiba2 dapat unexpected call dari seseorang yang perlu pada sedikit khidmat ana. Temu janji ditetapkan, dan ana pun keluar ke sana tak lama lepas tu. Namun, Subhanallah, aturan Allah siapa yang tahu, dalam dok tengah parking tu, belum pun sempat keluar kereta, ana kena ‘hit’ oleh satu kereta lain, dipandu oleh seorang lelaki yang ana kira tua sikit saja pun dari anak sulong ana. Tapi yang sedihnya, bukan kerana kereta ana yang kemek, cuma sikap pemandu tu yang buat ana terkilan. Ana ke balai polis sendirian, buat aduan, dan menurut polis, ini kes hit-and-run, sebab ana pohon contact number dan namanya pun tak diberinya, dia terus pergi macam tu aje.

Ana meneruskan pertemuan seperti yang dijanji, kemudian buat call ke suami. Dengar je suara suami, ana sebak…ana kenal dia, dia takkan marah, dan ana sebak pun bukan sebab takut dia marah, tapi bila kenangkan perilaku sipemandu tu tadi… adakah kerana ana seorang perempuan, dia tak ambik kisah dengan kesalahannya pada kita? Tak takut ke dia pada yang Maha Tahu? Sebelum dengar suara suami, ana rasa ana kuat je, tapi bila dengar je suara dia bertanyakan diri ana macamana, ana jadi sedih. Waktu tu, ana nak sangat dia ada di sisi, padahal dia di KL…tiap kali tengok kereta yang kemek tu, ana benar2 terkilan! Suami kata;

“Tak pa, itu dunia, sikit aje…ada masa nanti kita repair! “, he he, memanglah itu dunia, bukan itu yang ana kesalkan pun, kalaulah pemandu tu berhemah sikit dan ada peri kemanusiaannya, ana pasti lega. Apa pun, ana bersyukur, bak kata suami, ana sendiri okay, tak apa-apa, alhamdulillah… walaupun untuk sehari tu, ana agak berdebar jugak nak bawa kereta, rupanya ada jugak sedikit traumanya, mujur esoknya dah okay semula. Inilah orang perempuan agaknya… memang ada lemahnya berbanding lelaki.
bincang2 dulu

Selang empat hari kemudian, waktu tu suami dah pun balik ke Kuantan untuk weekend holidaynya, hari Sabtu 7 hb, kami sama2 ke Teluk Kalong, Kemaman untuk meninjau, memerhati dan memastikan perkhemahan anak2 berjalan lancar dan dalam keadaan selamat semuanya. Perjalanan pergi pagi tu, biasa je, hujan mulai turun sikit2, sampai di perkhemahan, alhamdulillah semuanya lancar, anak2 enjoy belaka dengan perkhemahan yang ditunggu2 saban tahun. Setelah berpuas hati semua okay, kami pun berangkat pulang semula ke Kuantan.

Dalam perjalanan pulang inilah, kami bertembung dangan satu kemalangan di bandar Kemaman (arah jalan dari Kuantan ke Kemaman). Ana tak pasti siapa langgar siapa, dan apa yang sodok apa, sebab dikerumuni ramai orang ketika itu. Tapi melihatkan keadaan kereta kelabu kancil atau kenari yang remuk saat itu, ana pasti kecederaannya sangat berat, silap2 memang ada yang maut. MasyaAllah, hati terus berdoa semoga semuanya dalam lindungan Allah, dan ingatan terus teringatkan anak2 sambil mendoakan kesejahteraan mereka yang jauh dari pandangan mata ana. Maklumlah, anak2 berterabur…di Kuantan, di Gombak, di Pedas malah yang di Irbid pun selalu jugak menyewa kereta atau van, katanya, kalau nak kemana2 beramai2…hati ibu terus risau, tapi pasrah…hanya doa yang dititipkan.

Keesokannya, hari Ahad, anak2 yang berkhemah dijangka pulang tengahari tu, suami yang di rumah pulak, jangkanya nak bercuti panjang di Kuantan, terpaksa berkorban bila di’jemput’ ke meeting penting di n9. Maka berangkatlah suami dari Kuantan ke n9, serta anak2 dari Kemaman ke Kuantan. Dalam seminggu yang lepas saja, ana alami dan saksikan beberapa kemalangan, menyebabkan hati agak cuak, lalu berpesan pada mereka supaya berhati2. Ditambah dengan keadaan langit yang kelihatannya mendung seperti nak hujan. Lepas tulis sms pada anak2, ana kirimkan jugak pada suami yang sama2 dalam perjalanan masing2, hati terus berkata, ‘siapa yang akan jawab dulu ni?’. Seperti yang ana dah sedia maklum (sebab dah banyak kali berlaku), suami yang mula2 jawab siap berpesan2 lagi… ana senyum je, dah tahu sangat pe’el dia.

then bentang pulak

Hati sendiri terus dipujuk, anak2 pun selamat je, tak jawab sms sbb tertidur kot..maklumlah, kepenatan…lepas berkhemah lah katakan.!! Tunggu punya tunggu, hati tetap risau, akhirnya ana call je, bertanya khabar, alhamdulillah, rupanya dah selamat sampai pun… bukan dia nak jawab sms kita, kita jugak yang kena call dia! Itu lah anak, dan itulah suami….

Point ana dengan semua yang berlaku ni, mengajar dan menyedarkan kita betapa Allah itu Maha Tahu, dan Dia memang Dah Tahu, hati ibu terus-terusan fikirkan anak-anak, risaukan kebajikan dan keselematan anak2 lebih dari yang lain, sedangkan hati suami ingatkan dan risaukan kebajikan isteri. Sebab tu Allah perintahkan anak2 mentaati dan mendahului ibu, manakala si isteri Allah perintahkan supaya mentaati dan mendahului suami….masyaAllah, betapa manusia ini terlalu kerdil, dan Allah itu terlalu Agong! Semoga kita semua dapat memainkan peranan kita sebaik mungkin menepati ketentuan yang telah ditetapkan Allah swt. Sesungguhnya, tiap yang berlaku dan tiap yang ditetapkan peraturannya atas kita oleh Allah, adalah tidak sia-sia dan segalanya dalam ruang lingkup Ilmu Allah jua. SUBHANALLAH!!!

Buat semua anak2 terutama yang masih punya ibu, hargai dan tenangkanlah hatinya…. taatilah mereka selagi ada kudratmu untuk itu, manakala buat para isteri, walaupun sudah bergelar ibu, hargai dan taatilah suami dengan kasih sayangmu, imbangilah naluri keibuanmu dengan kawajipanmu terhadap yang berhak. (Berpesan lebih pada diri sendiri sebenarnya). Mohonlah kekuatan dari Allah….

“Ampunilah keterlanjuran kami ya Allah. Sesungguhnya kami terlalu hina, terlalu lemah lagi banyak dosa. Jika Engkau tidak mengampunkan kami, termasuklah kami dikalangan hamba2 Mu yang rugi. Maka kasihanilah kami Ya Allah, ampunilah kami..Hanya kepadaMu lah kami memohon segalanya. Ameen.”

Ana jugak mohon maaf banyak2 pada suami…(harap2 dia baca.)

One thought on “Sebab Allah Dah Tahu…

  1. jangan sampai kita sibuk dan asyik risaukan anak2 sampai terabai tanggungjawab kita pada suami. Banyak dah berlaku, si emak sibuk tunggu cucu bila anak2 ada kursus, si ayah duduklah sorang diri di kampung bela ayam itik….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s