Archive | March 18, 2009

Rfc sehebat Kfc

Semalam 17 Mac, ana, suami, Asyraf, Hanan dan Ammar bertolak dari Gombak ke Port Dickson, menziarahi mak sebentar sebelum meneruskan perjalanan cuti kami ke utara tanah air, Kedah Darul Aman. Memandangkan cuti sekolah ni, suami kebetulan ada kerja di sana, dia mengajak sekali menemaninya…alhamdulillah sepanjang perjalanan, semuanya lancar dibantu oleh rahmat Allah jua.

Niat dihati, suami ingin sekali membawa kami makan malam di Rfc (Radix fried chicken) yang sangat famous di sini. Di Kuantan belum ada lagi cawangannya. Apa lagi, Ammar lah yang paling happy. Sampai di Bandar Darul Aman sekitar jam 5 ptg dengan hujan yang teramatlah lebat. Maka kami berehat di bilik hotel dulu sementara menunggu hujan berhenti. Lebih kurang jam 6.30, hujan mulai mereda, kami pun bersiap2 nak keluar makan, masing2 dah lapar…terakhir makan di rest area Sg Perak.

rfc

Continue reading

Advertisements