Ziarah Kedah Darul Aman

Percutian sekolah kali ini, ana sekeluarga berkesempatan untuk menjejakkan kaki sekali lagi ke negeri jelapang padi-Kedah Daru Aman. Perjalanan dimulakan dari Kuantan ke Kuala Lumpur, kemudian keesokannya menziarahi mak di Port Dickson sebelum bertolak ke Bandar Darul Aman, Jitra.

Mak seperti biasanya, duduk sendirian, banyak menghabiskan masanya di atas tikar sejadah, penat solat, mak mengaji, dah penat ngaji, mak baring sebentar katanya, melepaskan lenguh dipinggang, kemudian sambung semula dengan rutin biasanya…ana selalu terfikir, adakah masa tua ana juga begitu nantinya? Ya lah, bukan anak2 tak ajak duduk sekali, tapi mungkinkah ana lebih selesa sendirian di rumah sendiri…? Wallahu’alam.

Perjalanan kami ke Kedah, alhamdulillah, lancar dizin Allah swt. Harapan semoga percutian kali ini sentiasa dalam redha Allah, ana niatkan awal2 lagi untuk menemani suami yang bertugas di sana, moga2 ada pahalanya di situ. Ya lah, seminggu suami sendirian di KL, sementara anak2 cuti, suami berharap benar kami menemaninya supaya tak sunyi macam selalu. Sepanjang perjalanan, seperti biasa banyak yang kami perhatikan dan bualkan untuk mengisi masa lebih 5 jam perjalanan…alhamdulillah, setidak2nya berlaku juga komunikasi antara kami, sesuatu yang sangat2 penting dalan hubungan suami isteri, walaupun sudah lebih 25 tahun kami bersama.

>dscn0448

Anak2 seronok di belakang, macam2 kerenah mereka bertiga, loyar buruknya diketuai abang Asyraf…selalunya kami pun tumpang ketawa dengan gelagat mereka. Alhamdulillah, bab bercakaran adik beradik, memang dah lama tamat dalam keluarga kami… semua pakat dah besar2 belaka kot. Bila penat buat lawak, tiba2 semua senyap….tertidur!

Kami singgah di rest area Sg Perak for lunch, then sambung semula. Lebih kurang jam 4 ptg tu la, langit nampak sangat ‘berat’ dgn titisan hujan, then ‘runtuh’lah awan hitam tadi selebat2nya. Alhamdulillah, waktu tu dah nak sampai hotel.Jadi kami berehat sebentar  di apartment 2 bilik di DarulAman Suites, menghilangkan lenguh2 badan sebelum keluar semula untuk makan malam.Menu kami malam tu, Mee Abu dan Nasi Lemak Ji…. simple je, asal kenyang.Alhamdulillah.

dscn0381

Esoknya suami dengan tugasnya, kami di bilik hotel saja, selesai kerja suami pulang dan bawa kami ke tepi sawah untuk makan tengahari ala kampong…Subhanallah, bukanlah mewah mana makannya, simple sungguh menu kampong, kari daging dgn keladi, aneka ikan, ayam dan daging bakar, sambal belacan dan ulam2…. memang berselera makan tepi sawah, walaupun cuaca panas terik saat tu, tapi ramainya pelanggan, masyaAllah..memang dah famous agaknya. dengan menu simple macam tu, memang sihat. Tak perlu lebihan minyak untuk goreng, santan2 pekat penambah kolesterol macam menu di hotel2 mewah.

dscn0364

Sebelah malamnya, kami ke Kuala Perlis, makan seafood pulak…kali ni suami beriya nak perkenalkan kami
dengan sejenis sea-shell yang hanya terdapat di pantai Perlis dan selangor, katanya. Sea-shell yang dimaksudkan dipanggil ‘Mentarang’, sedap dimakan bila dibakar kosong kemudian cicah air asam! Pada hemat ana, sedap juga…lebih sedap dari kupang. Tapi anak2 pakat rasa sorang seketul aja, tak berapa menepati cita rasa mereka mungkin..

<dscn0349

Satu perkara yang ana perhatikan sepanjang seharian di sana, orang2 Kedah ni memang peramah. Baik lelaki, maupun wanitanya, sangat senang bercerita pada siapa saja yang bertanya. Hatta, ada tu yang belum sempat kita bertanya apa2 lagi, tapi habis diterangkan bagi jelas. Memang sangat sesuai jadi daie ilallah… Menjadi daie, salah satu aset yang sangat penting, adalah ramah mesra, senang dekati orang dan suka membantu. Ana kira kebanyakan orang utara, miliki sifat2 ini, cuma perlu di’channel’kan dengan betul je. Ana pernah ada kenalan (jiran) sewaktu di KL dulu, memang tersangat baik dan tersangat peramah, berasal dari Kepala Batas, Kedah… dan akhirnya dia berubah dari ‘bising merapu’ kepada ‘bising yang bernas’, alhamdulillah.

Keesokannya, sebelum berangkat pulang ke KL, kami ke majlis kenduri kahwin anak saudara bos suami di Arau, yang kebetulannya memang kenalan ana juga. Sekali lagi suasana kampong dan sawah itu dapat kami rasai . Ana perhatikan, semangat kerjasama sesama mereka memang tinggi berbanding di bandar. Rewang dan masak  bersama, menambah mesra sesama mereka. Selain itu juga, simplenya sesuatu majlis itu juga terserlah, yang pentingnya, selesai bab yang wajib, yang lain2 tu, ala kadar je sudah memadai…mudah dan senang cerita. 

Sepanjang perjalanan balik, ana cuba mengimbau pelajaran dan ibrah yang diperolehi dari 5 jam perjalanan pergi dan 5 jam balik, selain saat2 kami di sana. Kebetulan sekarang ni musim menuai padi baru je selesai, rata2 keadaan sawah kering kontang, bekas bakaran jerami dan sekam. Ana terkenangkan kuliah Maulidur Rasul di Masjid Negeri di Kuantan baru2 ni, tanah yang subur, yang boleh menakung air, bila disirami hujan dari langit, akan ditumbuhi dengan tumbuh2an yang membawa 1001 kebaikan pada manusia, samada secara langsung atau tidak. Manakala  tanah yang gersang, dan peroi enggan menyimpan air, walau disirami dengan hujan yang lebat sekali pun, tapi tetap tidak dapat mendatangkan kebaikan pada sesiapa. Begitulah perumpamaan kita.

dscn0395

Kita boleh memilih untuk menjadi tanah yang subur, yang apabila dicurahkan segala ilmu, tak kira ilmu dunia lebih2 lagi akhirat, kita akan mengambil manafaat darinya, kemudian memberi pulak manafaat kepada orang lain. Atau kita boleh saja memilih untuk menjadi tanah gersang, yang tak mahu mengambil sebarang iktibar dan manafaat, serta enggan juga bemanafaat pada makhluk lain di dunia. Pilihan ditangan kita, contoh tauladan sudah Allah tebarkan di muka bumi untuk kita belajar darinya. Terserah pada kita sebagai hamba dan juga khalifah Allah di muka bumi untuk kita pilih jalan hidup kita.

Ana seru pada diri ana, keluarga dan semua yang membaca, jadilah manusia seumpama tanah yang subur. Yang memanafaatkan segala yang ada untuk dimanafaatkan kembali kepada insan lain.Melaksanakan kerja dakwah, dengan menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah sebaik2 usaha dalam memberi manafaat kepada manusia seluruhnya. Janganlah hendaknya kita umpama tanah gersang, yang apabila diperingatkan pun, kita tak bisa peroleh apa2 kebaikan, atau kita tidak bercita2 untuk menyumbangkan kebaikan buat insan2 lain di sekeliling kita. Nauzubillahiminzalik.

2 thoughts on “Ziarah Kedah Darul Aman

  1. assalamualaikum…
    saya terbaca cerita anda ke jitra, kedah. InsyaAllah bln depan ingin juga ke sana bersama keluarga. skrg ini masih mencari tpt untuk tgl. maklum la, ade anak kecil, yang besar sikit nak mandi swimming pool. kena la jugak cari tpt tgl yg ade pool. hai…anak2..
    saya ingin tahu pengalaman anda di darulaman suites apartment jika boleh. tpt nye manarik dan bersihtak? ape aktiviti yg blh di buat di sana ye? almaklum saje la, saya ke sana pun menemankan suami bertugas. jadi dia bz dgn kerja pastinye. kenala saya cari idea spy anak2 x bosan..
    wassalam

  2. mungkin org kedah boleh bg lebih baik….
    darul aman suites bersih. selesa. memang ada swimming pool.
    dekat jugak dgn park, boleh bawa anak2 gi jalan keliling tasik etc.
    tempatnya pun sunyi dan tenang. Saya enjoyed the moment di sana.
    wallahualam.

Leave a comment