About to get a new title…

Alhamdulillah…. Segala puji bagi Allah swt.

Oh oh, tumpang pelamin kak long ye..

Oh oh, tumpang pelamin kak long ye..

December 30, 2007 adalah hari ulang tahun Adam, my third, yang ke 19 tahun. Dan pada hari itulah, ana terima menantu pertama ana….Siti Hajar Muzee bt Mustafa, yang dinikahi anak sulong ana Afif, sama berusia 22 tahun ketika itu. Teman satu sekolah sejak ting 1 di Sek Men Keb Agama Sheikh Hj Mohd Said, Seremban, N.S. (SMKA Shams), hingga ting 3 sebelum Afif ke KISAS untuk ting 4 dan 5 nya.

Sama-sama belajar di UIA Gombak. Pertama kali Afif datang jumpa kami minta izin nak kahwin, kelam kabut jugak kami… ya lah, masih belajar, dengan biasiswa ‘Pa & Ma’ je pulak tu, ada niat nak ikut mak abah dia kahwin awal!! Aduh, puas jugak kami ‘bersilat’ nak tepis alasan demi alasan yang diberi. Akhirnya persetujuan diambil dengan membuat certain perjanjian yang perlu ditunaikan dahulu, sebelum kebenaran diberi. Alhamdulillah…lebih setahun kemudian, perjanjian yang dibuat harus ditunaikan, maka terjadilah apa yang sudah terjadi….anak sulongku Afif bergelar suami pada anak pasangan En Mustafa dan Pn Rokiah dari Seremban, Siti Hajar Muzee.

Dah sampai jodoh mereka, alhamdulillah…teruskan aje. Majlis akad nikahnya di rumah Hajar, dinikahkan oleh ayah Hajar sendiri. Nak tahu berapa kali ayahnya kena ulang akad sebelum boleh disambut dengan sekali lafaz oleh Afif? Tujuh kali ayahnya tersasul2 nak ‘lepas’kan anak perempuannya pada orang lain… itulah antara tanda kasih sayang ayah sebenarnya. Dalam gembira nak terima menantu, ada juga sedihnya nak me’lepas’kan anak gadis ke bawah jagaan orang baru… Semua ayah anak gadis, akan merasai detik ini insyaAllah.

Dalam sedih2 tu, dapat jugak ayah Aja senyum yek?

Dalam sedih2 tu, dapat jugak ayah Aja senyum yek?

Akhirnya, selamat juga majlis akad nikah dilaksanakan, satu majlis yang sangat sederhana tapi insyaAllah penuh baroqah. Seorang teman ana dari Port Dickson, yang hadir sekali waktu itu, menangis terharu kerana ‘simple’nya majlis. Katanya,

“Senang cerita macam ni kak Min, tak perlu pening2 kepala, asal yang wajib selamat, sudah! Zaman sekarang, bukan mudah orang nak buat sesimple ini, alhamdulillah…”

Semoga jadi ‘trend setter’?

So, hari ni dah lebih setahun mereka berdua, tup tup dua minggu lepas mereka bawa pulang news yang agak mengejutkan kami semua!!! Ana akan jadi nenek…!! Wah, unbelievable! Dalam duk pesan, ‘hati-hati’, biar habis belajar dulu kot…, tapi ternyata Allah berkehendak yang sebaliknya. Dan, amazingnya, kami semua excited sama, dari ana bakal nenek, bakal atok hinggalah ke ammar bakal pak su! Semua seronok, teruja nak dapat title baru… Bab susah senang tu nanti, adatlah kan. Mana ada semuanya senang belaka, dan mana ada semuanya susah belaka. Hatta yang kahwin lepas belajar dah kerja siap tu pun belum tentu mudah segalanya. Yang penting, usaha saja mana yang boleh, kemudian tawakkal padaNya.

Honestly, sebelum dapat news ni, ana sendiri tak membayangkan macamana ana as a grand ma nanti, rasa macam pelik, macam susah je… tapi bila Afif broke the news hari tu, sebenarnya ana seronok!! Alhamdulillah. Kenapa ya? Entahlah, ana sendiri tak pasti, tapi kind of look forward to see the new baby nanti. Ana pasti dia akan bawa kegembiraan pada kami sekeluarga, insyaAllah. Semoga segalanya dimudahkan Allah untuk Hajar dan Afif. I am sure that this will be a turning point untuk mereka berdua….if you all know what I mean!!! Being a husband and wife sahaja, tak sama dengan being a Mom and Dad, that’s for sure.

Good Luck to both of you!

7 thoughts on “About to get a new title…

  1. tahniaah, semoga menjadi ‘Nenek Mithali’ memimpin bakal cucu menjadi tentera Allah yang hebat dimasa akan datang …………

  2. tahniah abang and hajar…..

    k min dan a bad tahniah gak….

    masa mak bagitau…wah ! tak tahu nak imagine macamnana k min dan a bad bila dapat cucu dan bergelar grandma @ grandpa…heee….
    dan wa pun tak leh imagine yang wa pun akan ada cucu saudara……..
    rasa cam dah tuanyer….arghhhhhh.
    anyway syukur sbb mak merasa jadi moyang…..
    dan lebih gembira……all of us akan menerima ahli keluarga baru……
    very excited…..

    • tu la kan Wa, k min pun excited gak. In fact, kami semua respon ngan ‘menjerit’ seronok, kelakar je…. kakngah dari nak tidur, terus ‘hidup’, excited nak jadi makngah, semua pakat teruja nak dapat title baru….ammar nak jd pak su, cik wa dia jadi tok su ahhhh…tahniah2. Syukurlah Hajar pun tak alah sangat, okay je dia… semoga dipermudahkan Allah….

  3. k min agaknya wa esok pun akan merasa jadi nenek dlm usia muda…
    umur wa 40 umur kakak pun dah 20….
    alamak belum pencen lagi dah jadi nenek……

    sampaikan salam pada hajar…
    moga dia akan menjadi ibu mcm k min yg mmg superb…..

  4. insyaAllah Wa,
    nampak gaya macam tu la yek, lum pencen dah ada cucu, hebat tu…. itulah untungnya kahwin muda dan dapat anak awal… semoga terus diberkati Allah. Semoga kita selalu j’umpa’ dalam doa kita ye!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s