Tiap Adanya Pertemuan…..

Pasti akan adanya perpisahan! Lalu, jangan disalahkan pada perpisahan itu, tapi salahkan lah pada pertemuan……?? SETUJU?

ukhuwah indah bak tulip putih ni

Itulah yang selalu bermain di bibir2 dan dicoret2kan di autograph2 zaman ana di sekolah menengah dulu. Tiap tahun, masuk je bulan septembaer, oktober… terkelek2lah senior2 ni mengendong autographs adik2 junior, sebelum akak2 sibuk dgn trial SPM waktu tu. Ya lah, rata2, akak2 ni tak sambung dah belajar di sekolah tu lepas SPM, kebanyakannya masuk IPT, tak kiralah di mana. Dan ungkapan itulah yang selalu dapat dibaca dalam coretan2 mereka…betapa bezanya pemikiran zaman tu dengan zaman sekarang. Maksud ana, zaman di sekolah dgn zaman realiti, belasan dan puluhan tahun selepas itu…

Benar, tiap pertemuan, pasti ada perpisahannya, sebab ultimatenya pun, tiap yg hidup pasti akan mati. namun nak disalahkan pertemuan, amatlah tidak adil sekali, malah bersyukur kita dengan pertemuan yang disusun atur oleh Allah itu.Tanpa pertemuan yang berjasa membuahkan manisnya ukhuwah antara kita, pasti takkan terasa peritnya perpisahan yang menanti dihujung pertemuan yang penuh erti itu….Alhamdulillah, dek kerana pertemuanlah, kita mengecapi halwa ukhuwah. Bukankah itu satu rahmat dan nikmat dari Allah swt?

dscn0570

Itulah yang dirasai dalam Majlis Wida’ di Panching, Sabtu 28 hb Mac 2009 baru2 ni dengan adik2 UIA Kuantan yang akan grad sebulan dua nanti! Terasa sekejap sangat ana mengenali mereka, menerima mereka sebagai amanah tarbiyah dalam tanzim ini, tup tup, dah nak ‘pergi’ dah mereka dari sisi kami di Kuantan. Dua tahun ana bersama mereka, merupakan ‘anak2 sulong’ ana sejak berpindah ke Kuantan, kemudian mereka berpindah ‘ibu’, namun ukhuwah yang terjalin selama dua tahun itu terlalu beerti buat kami, sehingga nak sebut ‘bekas’ anak didik pun, tak tergamak keluar dari mulut ana.

Kesemua mereka terlalu istimewa dan terlalu dekat di hati ana, and for the record…ana nyatakan di sini, ana menyayangi mereka atas nama ukhuwah di jalan Allah. Banyak yang kami kongsi dan lalui bersama, banyak peristiwa yang telah sama2 berjasa kepada kami dan mendewasakan kami dalam dunia dakwah dan tarbiyah ini. Bukan mereka saja yang belajar dari ana, tapi ana yang terlalu banyak belajar dari mereka. (maaf…kak min memang cengeng…sobsobsob)

dscn0565

Makanya, majlis yang pada awalnya ceria gembira dengan games dan pelbagai lainnya, bertukar menjadi syahdu dengan linangan airmata syukur dan sayu. Syukur dengan takdir yang menemukan kami, dan sayu dengan perpisahan yang bakal terjadi. Pada ana, personally, ana nangis kerana terlalu bersyukur diketemukan dengan mereka, bersyukur kerana diberi peluang mengenali mereka, diberi peluang rapat dengan mereka. Tiap kali ukhuwah yang sebegini terjalin, pasti akan tersimpul erat dek kasih sayang yang terbina atas nama lillahi Taala.  Allah lah yang mengurniakan dan menumbuhkan rasa mesra dan saling berkasih sayang dalam hati tiap kita.

Ditemukannya kita, lalu ditakdirkan juga kita berpisah, semuanya memberi pengajaran bahwa tiada yang kekal buat kita, kecuali Allah…!!! So, tak sedih berpisah? Bohonglah kalau kata tak sedih langsung, tapi deep inside me, insyaAllah, ana yakin kami akan bertemu semula satu ketika nanti di tempat yang berbeza dalam suasana yang sama tapi tak serupa….

InsyaAllah, seperti pesan ana Sabtu lalu, kami akan diketemukan kembali dalam majlis yang lebih besar, lebih gah, dengan title masing2 dan baggage masing2. Ana akan bergelar ‘Tok/Wan/Nenek/Grandma’ atau apa saja, dan mereka akan bergelar ‘Ummi/Mama/Mak/Ibu’ atau apa saja. Baggage ana akan berupa cucu2 dan baggage mereka adalah anak2 mereka masing2. Itulah bayangan ana, dan itulah harapan ana. Perpisahan sementara ini akan bercantum semula dalam majlis2 lainnya nanti, insyaAllah. Ana yakin, mereka akan tetap tsabat atas jalan ini, dan kami akan diketemukan semula satu hari nanti, dan seterusnya pada hari2 lain yang mendatang. InsyaAllah, semoga itu juga menjadi harapan mereka, dan semoga itu jugalah sebenarnya ketetapan Allah atas kami, insyaAllah.

dscn0600

Buat Atiq, Inayati, Mai, dan Yam (ikut alphabet ya, to be fair…), bayangkan (kalau tak sempat nak sebut pun) kak Min dalam doa kalian, dan mohon semoga ditetapkan dan dikuatkan hati kita atas jalan yang murni ini, mudah2an kita semua tetap berada dalam ‘kenderaan’ dakwah dan tarbiyah ini hingga ke hujung nyawa. Mudah2an kita semua dikira sebagai bakal2 syuhada yang sedang menunggu giliran untuk mati syahid di atas jalan yang satu ini, insyaAllah.

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan, dan bersyukurlah dengan pertemuan yang dirancangkan olehNya itu, semoga selepas pada perpisahan sebenar kita nanti, kita akan dipertemukan semula oleh Dia yang menemukan kita, di JannahNya jua, ameen, Ya Rabbal ‘alamin.

3 thoughts on “Tiap Adanya Pertemuan…..

  1. bertemu dan berpisah kerana Allah swt merupakan detik-detik manis dan bermakna buat orang Islam yang sejati ….

  2. benar Hang sulong, mereka yg bertemu dan berpisah kerana Allah swt, insyaAllah akan berada di bawah lindungan Nya di Padang Mahsyar kelak… semoga di ikhlaskan niat kita, agar Allah terima di sisiNya, Ameen.

  3. Assalamualaikum.
    My Dear Kak min.
    Punya dok bertangguh, hari ni masuk jugak atiq di sini melayari bait2 tulisan k min. rasa terpukul pulak bila blog sendiri terbiar tanpa diberikan ‘hak’. Kira mcm abuse la kan? Bnyak yang nak diungkaikan, tp hanya berlegar2 diminda, lantas hilang di telan masa.

    Sempat menatap 2 post dari kak min. Tahniah!!!!! sbnarnya tak mudah utk istiqamah dalam penulisan ni.

    Ingin berkongsi satu majalah keluaran telaga biru. Majalah solusi yang sekarang dlm edisi ke-5. banyak2 info2 di dalamnya.lain dari yang lain.

    Response ttg post ni pulak, ana teringat kata2 pepatah arab yg selalu diungkapkan oleh u hasrizal,
    “pada setiap pepisahan jangan katakan selamat tinggal, tetapi ucapkanlah moga bertemu lagi. Jika tidak di dunia, di syurga nanti”

    wallahua’lam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s