Archive | April 2009

Dakwah untuk Siapa, Siapa untuk Dakwah?

Baru-baru ni, ana ada dengar ‘talk’ dari seorang ustaz di sini, memang jarang dapat dengar talk dia, beruntung mereka yang berkesempatan duduk seminggu sekali dengan beliau…. semoga peluang itu tidak disia-siakan bila dah diberi rezeki oleh Allah swt sebegitu. Maximise the chances, insyaAllah.

Apa yang nak ana kongsikan kali ni, adalah sedikit dari taujihatnya petang itu pada kami semua. Ana tak nak sentuh semua, cuma sedikit dari muqaddimahnya saja yang nak ana catitkan di sini.

jalan dakwah

Ustaz kata, ‘kebanyakan kita menggunakan dakwah ini untuk kepentingan diri dan keluarga, walhal sepatutnya ‘kita yang gunakan diri kita dan keluarga untuk dakwah ini‘. Ana teringat waktu di Jepun dulu, dalam ber e-mail dengan rakan ana di UK ketika itu, persoalan ini pernah dibangkitkan, dan ketika itu ana merasakan diri terlalu kerdil untuk mengaku ‘apa yang ana boleh sumbangkan untuk dakwah’ ni. Ana salah faham ketika itu, maklumlah, duduk di sana, bukan ada halaqoh macam sekarang ni, memang sesuatu yang ana benar2 miss ketika di sana, adalah menghadiri usrah seperti yang biasa terdapat di Malaysia, juga di UK, sebelum ana ke Jepun… (insyaAllah, akan ana nukilkan pengalaman itu di lain kali). Ana merasakan ana perlukan dakwah ni supaya ana dan keluarga sentiasa di jalan yang betul, lalu ana menyalahkan mereka yang sibuk mengatakan ‘ apa sumbangan kita’? Sangka ana, besar mana sangatlah kita, nak menyumbang dalam dakwah ni? Sheikh-sheikh lain tu dan hebat2 belaka, apalah yang ada pada kita nih…

Continue reading

Alhamdulillah….

sabar

Banyak juga komen-komen maupun sms yang dihantar sebagai pengubat kepada berita musibah kecil kami baru2 ini… mulanya tak niat nak cerita dalam blog pun, ya lah, perkara dah berlaku, takut kalau banyak sangat yang diungkit, sia-sia aje pada hikmah yg Allah nak beri di sebalik apa yang berlaku. Jadi, ana diamkan saja, bagitau mereka2 yang tertentu saja, yang ana yakin dapat mendoakan kesejahteraan buat kami. Tup-tup, macam tersebar sangat pulak, rupa-rupanya ramai jugak yg dapat tau dari blog anak ana, Hanan…. dia dah cerita dalam blog dia kisahnya. Takpe lah, ana pun tak pesan apa2 ke dia, so ana tak boleh nak salahkan dia kan?

lap top

Apa pun, musibah tu dah lebih seminggu berlalu. Dalam kemelut ekonomi macam sekarang ni, memang berleluasa kes ‘pecah masuk’ ni, dan kali ni Allah uji kami sekeluarga, pakat hilang lap top belaka!!! Mula dengan satu pagi tu ana dapat panggilan dari anak sulong ana di UIA Gombak, dalam suara yang terketar2 menahan rasa,

“Mak, lap top abang hilang….”,
“Lah, macamana boleh hilang pulak? Abang buh kat mana?” tanya ana pada Afif.
“Abang tidor lewat semalam, pagi ni rasa ngantuk sangat, abang tertidor kat meja study, lap top kat sebelah abang tu je, atas meja jugak, jaga2 tengok dah takda, tinggal ‘mouse’ dgn cable dia je….” Suara Afif semakin stabil, tapi penuh kecewa.
“Dah la bang, nak buat macamana, for now, abang gi ambil wudhu, solat sunat dua rakaat, minta pada Allah, kalau ada lagi rezeki abang dgn lap top tu, semoga dia pulangkan one way or another. Tapi kalau bukan rezeki abang dah, mohon supaya Allah redakan hati abang, insyaAllah akan diganti dengan yang lebih baik. Lepas tu, pergilah buat report ke polis kampus ke, apa ke…” kataku, memujuk.

perlu sampai sebeginikah kita dgn laptop kita sekarang??

perlu sampai sebeginikah kita dgn laptop kita sekarang??

Continue reading

Teman Sejati

Ana dalam kereta dengan anak bongsu ana, baru sahaja menghantar kak Hanan dan dua lagi rakan sekelasnya yang menumpang di rumah sementara menunggu masa untuk latihan Kadet Remaja Sekolah jam 3 ptg. Ammar menyuarakan hatinya,

17-sahabat

” Bosan lah mak, bila kawan2 Ammar nak datang rumah kita macam kawan2 kak Hanan tu?”, lalu ana pun mengusik,
“Kawan2 Ammar semua bo-boy, tunggang langgang le bilik dan rumah mak nanti…. tak moh lah!” dan dia menjawab,

“Mana ada kawan2 Ammar macam tu, Khaidir tu, baik je apa, dia bukan lasak, tapi ngarut je.!!” Ammar mempertahankan kawannya. Ana terus provok dia lagi,

“Mana Ammar tau, kat sekolah dia takut muallim, dia buat baik lah, kat rumah, terbalik katil kot? Habis almari dia dia kecahkan…?”, lalu ana dihadiahkan muka yang mencuka, sambil tangan menepuk lengan ana, tanda protes,

“Tak baik mak cakap macam tu kat kawan Ammar!”. Dalam diam, ana akui semangat setia kawan anak ana yang berumur 7 tahun ini….Alhamdulillah, moga manisnya ukhuwah itu dapat dikekalkan.

Ana pun teringatkan kisah berkawan nih. Pepatah Melayu menyebut, ‘Berkawan biar seribu, berkasih biar satu’, setuju? Dalam Islam memang kita disarankan untuk banyak berkawan, tapi yang rapatnya, biarlah kawan yang benar2 dapat memberi manafaat buat kita. Kawan yang umpama penjual minyak wangi, tak kita beli pun, bau harumannya melekat juga ke kita. Tapi kalau berkawan dengan tukang besi, duduk dekat tu, kalau tak terpercik apinya ke kita pun, bahang panasnya tetap terasa. Maka kenalah pilih kawan yang benar2 baik untuk kita rapat kepadanya.

Continue reading

Hidayah itu Milik Allah II

SUARA HIDAYAH ( Nazrey Johany & Akhil Hayy)

icon_pray_r

Suara ku dengar menyeru kepadaNya,
Suara bergema memuji kebesaranNya,
Suara memujuk kita mendekatiNya,
Suara hidayah mengajak mentaatiNya..

Itulah suara yang ku rindui,
Itulah suara yang ku nantikan,
Itulah suara membawa kebenaran,
Itulah suara datangnya dari Tuhan..

Sambut ia, terimalah, bila datang,
Pada kita, kerna ia, hanya datang,
Pada hamba, yang terpilih,
Tidak akan, kau temui,
Untuk kali, keduanya, takkan dapat,
Engkau cari, bila ia, telah pergi..

Syukurilah dan amalkan,
Sampaikanlah pada siapa pun,
Perjuangan dalam hidupmu,
Moga rahmat Allah bersamamu..

Cuba kita amatikan betul-betul setiap bait-bait lirik dalam lagu ini…

SUARA HIDAYAH itu sudah acap kali datang menjengah telinga dan menyapa hati kita, namun kesan yang ditinggalkan, hanya kita dan Allah jua yang mengetahuinya. Bukan hati tak pernah berkata ‘aku ingin berubah’, tapi hakikatnya, kita masih lemah, masih terus kalah dengan godaan dan dorongan nafsu yang memperdaya. Nafsu terus2an membisik,

‘nanti lah… kalau dah taubat sekarang, susah nak buat benda2 yang syok tu lagi’
‘kejap lah… sikit je lagi nih. Berhenti sekarang tergantunglah pulak!!!’
‘sat, sat. Muda lagi ni, insyaAllah, banyak lagi masa nak insaf dan bertaubat’
‘alah… relak lah, lum sampai seru lagi tu…Allah lum nak buka pintu hati aku lagi nih!!!’

Dan kita terus kalah dengan seribu satu alasan yang dibisikkan syaitan dan nafsu. Dalam sedar bahwa syaitan itu adalah musuh kita yang nyata itu pun, kita masih gagal bangkit dari belenggu keseronokan menangguh taubat, menangguhkan dari bersegera melakukan kebaikan, meninggalkan yang maksiat maupun yang lagha… Sebabnya???

Continue reading

‘Ghalit’ dengan Teknikal…

Baru-baru ni kami beramai-ramai ke Dungun atas satu urusan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, dan kami semua pulang dengan rasa penuh keinsafan di dada, betapa banyaknya kerja yang menunggu… betapa sedikitnya masa yang ada. Puas dengan segala ilmu dan amanat yang diberi, kami pulang dengan harapan dapat melaksanakan tugasan sebaik mungkin, takut tak terjawab di depan Allah nanti.

wallpaper67

Satu perkara yang sangat2 terkesan di hati ana, dan ana kira di hati ramai yang lain juga, apabila kami diperingatkan supaya jangan memandang enteng dengan doa dan amalan dalam memastikan kejayaan sesuatu program yang dirancang. Ana pernah sentuh dalam salah satu posting ana sebelum ni, tentang bagaimana jemaah tabligh di US/UK dulu mengkhususkan satu majlis zikir di tengah2 berjalannya ijtima’ mereka dalam memastikan semuanya berjalan dalam rahmat dan redha Allah swt jua. Suami sendiri pernah ditugaskan duduk dalam majlis zikir tersebut, dan anggota majlis itu dari awal hingga akhir program hanya ditugaskan untuk berzikir ( termasuk solat sunat, ngaji Quran, dzikir2 tertentu dan seumpamanya ), malah makan mereka juga adalah secara bergilir, semata2 untuk memastikan dzikir kepada Allah itu tidak putus.

Continue reading