Alhamdulillah….

sabar

Banyak juga komen-komen maupun sms yang dihantar sebagai pengubat kepada berita musibah kecil kami baru2 ini… mulanya tak niat nak cerita dalam blog pun, ya lah, perkara dah berlaku, takut kalau banyak sangat yang diungkit, sia-sia aje pada hikmah yg Allah nak beri di sebalik apa yang berlaku. Jadi, ana diamkan saja, bagitau mereka2 yang tertentu saja, yang ana yakin dapat mendoakan kesejahteraan buat kami. Tup-tup, macam tersebar sangat pulak, rupa-rupanya ramai jugak yg dapat tau dari blog anak ana, Hanan…. dia dah cerita dalam blog dia kisahnya. Takpe lah, ana pun tak pesan apa2 ke dia, so ana tak boleh nak salahkan dia kan?

lap top

Apa pun, musibah tu dah lebih seminggu berlalu. Dalam kemelut ekonomi macam sekarang ni, memang berleluasa kes ‘pecah masuk’ ni, dan kali ni Allah uji kami sekeluarga, pakat hilang lap top belaka!!! Mula dengan satu pagi tu ana dapat panggilan dari anak sulong ana di UIA Gombak, dalam suara yang terketar2 menahan rasa,

“Mak, lap top abang hilang….”,
“Lah, macamana boleh hilang pulak? Abang buh kat mana?” tanya ana pada Afif.
“Abang tidor lewat semalam, pagi ni rasa ngantuk sangat, abang tertidor kat meja study, lap top kat sebelah abang tu je, atas meja jugak, jaga2 tengok dah takda, tinggal ‘mouse’ dgn cable dia je….” Suara Afif semakin stabil, tapi penuh kecewa.
“Dah la bang, nak buat macamana, for now, abang gi ambil wudhu, solat sunat dua rakaat, minta pada Allah, kalau ada lagi rezeki abang dgn lap top tu, semoga dia pulangkan one way or another. Tapi kalau bukan rezeki abang dah, mohon supaya Allah redakan hati abang, insyaAllah akan diganti dengan yang lebih baik. Lepas tu, pergilah buat report ke polis kampus ke, apa ke…” kataku, memujuk.

perlu sampai sebeginikah kita dgn laptop kita sekarang??

perlu sampai sebeginikah kita dgn laptop kita sekarang??

Selang sehari kemudian, Aiman pulak kehilangan bag packnya dengan segala kelengkapan architecture nya dan buku2 sekali…aduh,kesian jugak Aiman, sudahlah dalam minggu2 terakhir ni, tidurnya sangat tak menentu sebab nak siapkan projek sana sini, nak exam ni pulak, buku pun hilang, kena curi jugak….menung Aiman seketika. Apa lagi yang mampu ana buat dari jauh ni?

“Tak pe lah Aiman, doa orang yang teraniaya sangat makbul, guna peluang tu, doalah banyak2. InsyaAllah, adalah hikmahnya.” pesan ana cuba memberi semangat.

Dan seolah-olah tak cukup dengan semua tu, tanggal 12 April 2009, sepulangnya kami dari KL, tau-tau rumah kami kena pecah masuk, lap top ana dan suami lesap, disamping beberapa tabung, digi camera, malah digi Al Quran pun tergamak dicurinya…. anak ana yang kecil mengadu,

“mak, tabung Aman Palestin tu pun diambilnya, jahat betul!”.

Reaksi pertama ana bila tengok pintu kena kopak, ana rasa seram sebab rumah yang sepatutnya selamat pun dah dicerobohnya… mujur saja kami tak da dalam rumah!!! Masuk ke bilik belakang, ana rasa kesal sangat sebab tak simpan betul2 lap top ana sebelum ke KL petang Jumaat tu, sesal atas kecuaian sendiri, maka ia hilang, tapi bila lap top suami yang disimpan kemas dalam almari bilik ditingkat atas pun lesap sama, ana pasrah… memang bukan rezeki kami. Habis almari2 kami digeledahnya, tunggang langgang isi almari berterabur dilantai… bersungguh2 dia mencari barang kemas atau cash agaknya. Memang ana tak banyak barang kemas, apa yang ada pun, semuanya buat pakai sendiri saja, tak cukup syarat pun nak dibayar zakat. Cash pun, memang tak simpan cash kat rumah, alhamdulillah… cuma data2 suami dalam lap top dan external hard disk nya saja yang terlalu berharga katanya, semua hilang tanpa kesan.

Kami tau, ada hikmah disebalik semua ni, tapi kata2 anak ana di Jordan tu yang mengusik hati ana,

“Tak pe lah mak, kita nantikan aje lah hikmahnya…”

Dan kami melalui hari2 seterusnya dalam keadaan sangat berjaga2, memang takut sekali kalau masuk waktu kita dalam rumah, nauzubillah. Ana sendiri merasakan, syukur yang teramat sangat sebab semua ni berlaku ketika suami sudah kembali bertugas di Kuantan. Ana tak dapat nak membayangkan, kalau kami tiga beranak je yang balik seperti biasa, dan mendapati rumah dalam keadaan sebegitu, pasti trauma…Alhamdulillah. Allah tak membebankan hambaNya dengan dugaan yang tak terpikul oleh kita.

Hari ini, insyaAllah hikmah yang kami nantikan itu, ana rasa terjawab juga bila tadinya ana terbaca ungkapan,

“Mungkin si pencuri tu ingin memikul dosa-dosa kami di akhirat dengan merampas dan memikul hak kami di dunia.”…meminjam kata2 Fatimah Syahra Mohd Noordin, dalam bukunya ‘Pemilik Cintaku’.

Yang menguatkan kata2 SMS dari seorang lagi anak ana ketika memberi kata semangatnya pada ana, saat ana berkongsi berita musibah kecil kami ini,

“Sabar banyak2 ye, Allah tengah ‘gugurkan’ pahala2 percuma atas segala kesulitan dan kesabaran kita. Alhamdulillah semua selamat.”

Mudah2an, semua doa yang ana terima dari semua mereka, Allah kabulkan. Ana redha dengan semua tu, dan ana lebih rela menerima hikmah di atas (insyaAllah, semoga itulah hikmahnya) dari mendapatkan semula lap top ana, cuma harapan ana semoga si pencuri itu sedar dan bertaubat. Walapun kami dah maafkannya, tapi antara dia dengan Allah belum selesai juga. Bukankah mencuri itu ditegah dalam Islam? Bukankah memakan dari hasil yang haram itu, berdosa? Semoga dia insaf.

Dan kepada para pembaca lainnya, ana berpesan supaya berhati-hati sebelum musibah melanda. Tapi kalau berlaku juga, redha dengan takdirNya yang penuh dengan hikmah yang tersembunyi, asal saja kita sedar siapa kita di sisiNya. Kita milik Dia, akan diuji dengan apa cara sekalipun, mengikut ukuran dariNya jua. Alhamdulillah…. Segala Puji BagiMu Ya Allah.

3 thoughts on “Alhamdulillah….

  1. Salam alaik..semoga besabar di atas musibah yang menimpa…say juga pernah kehilangan, hp dan barang yang lain….tetapi apa2pun itu adalah ujian dan dugaan dari Allah s.w.t. Mungkin DIA nak beri yang lebih baik untuk hambaNYA…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s