Dakwah untuk Siapa, Siapa untuk Dakwah?

Baru-baru ni, ana ada dengar ‘talk’ dari seorang ustaz di sini, memang jarang dapat dengar talk dia, beruntung mereka yang berkesempatan duduk seminggu sekali dengan beliau…. semoga peluang itu tidak disia-siakan bila dah diberi rezeki oleh Allah swt sebegitu. Maximise the chances, insyaAllah.

Apa yang nak ana kongsikan kali ni, adalah sedikit dari taujihatnya petang itu pada kami semua. Ana tak nak sentuh semua, cuma sedikit dari muqaddimahnya saja yang nak ana catitkan di sini.

jalan dakwah

Ustaz kata, ‘kebanyakan kita menggunakan dakwah ini untuk kepentingan diri dan keluarga, walhal sepatutnya ‘kita yang gunakan diri kita dan keluarga untuk dakwah ini‘. Ana teringat waktu di Jepun dulu, dalam ber e-mail dengan rakan ana di UK ketika itu, persoalan ini pernah dibangkitkan, dan ketika itu ana merasakan diri terlalu kerdil untuk mengaku ‘apa yang ana boleh sumbangkan untuk dakwah’ ni. Ana salah faham ketika itu, maklumlah, duduk di sana, bukan ada halaqoh macam sekarang ni, memang sesuatu yang ana benar2 miss ketika di sana, adalah menghadiri usrah seperti yang biasa terdapat di Malaysia, juga di UK, sebelum ana ke Jepun… (insyaAllah, akan ana nukilkan pengalaman itu di lain kali). Ana merasakan ana perlukan dakwah ni supaya ana dan keluarga sentiasa di jalan yang betul, lalu ana menyalahkan mereka yang sibuk mengatakan ‘ apa sumbangan kita’? Sangka ana, besar mana sangatlah kita, nak menyumbang dalam dakwah ni? Sheikh-sheikh lain tu dan hebat2 belaka, apalah yang ada pada kita nih…

Tapi alhamdulillah, lama kelamaan, ana faham dengan ungkapan ‘apa sumbangan kita untuk dakwah ni’, ‘kita perlu menginfakkan diri dan keluarga di jalan dakwah ilallah ni. Alhamdulillah, ana faham beza antara dua kenyataan :

1. guna dakwah untuk diri dan keluarga
2. guna diri dan keluarga untuk dakwah….

Kenyataan pertama sebenarnya bersifat selfish, mementingkan diri sendiri dan lokek, manakala kenyatan kedua bersifat pemberi, pemurah dan mementingkan orang lain (ithar). Nah, mana dia antara dua tadi yang lebih baik? Dan kalau diamati, melaksanakan kenyataan kedua tadi, akan menghasilkan yang pertama itu sendiri sebagai natijahnya juga, bermakna kita memperoleh ganjaran yang berganda…

Confused?

Mana confused pulak, senang je nak faham tuh….

Kenyataan pertama sebenarnya adalah mereka yang hanya sanggup duduk dalam sesi ‘tarbiyah’ diri sahaja, mengumpul maklumat, ilmu dan sebagainya untuk dibuat amal sendiri dan keluarga. Mereka enggan untuk sama2 terlibat dalam ‘medan’ dakwah…. bagi mereka, ini terlalu sukar, terlalu time-consumming, terlalu terbeban untuk dilaksanakan. Cukuplah dengan memastikan anak2 kita terjaga dari segi agamanya, anak2 kita kan sebahagian dari masyarakat jugak. Tak payahlah bersusah untuk orang lain, penat… takda masa. Keutamaan, anak kita…. sudah. Maknanya kalau bertembung antara dakwah dan anak (keluarga), anak (keluarga) jadi priority. Suka ana mengingatkan diri ana sendiri, berwaspadalah dengan ayat Allah dalam Surah At Taubah : ayat 24,

قُلۡ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُڪُمۡ وَإِخۡوَٲنُكُمۡ وَأَزۡوَٲجُكُمۡ وَعَشِيرَتُكُمۡ وَأَمۡوَٲلٌ ٱقۡتَرَفۡتُمُوهَا وَتِجَـٰرَةٌ۬ تَخۡشَوۡنَ كَسَادَهَا وَمَسَـٰكِنُ تَرۡضَوۡنَهَآ أَحَبَّ إِلَيۡڪُم مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٍ۬ فِى سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِىَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦ‌ۗ وَٱللَّهُ لَا يَہۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡفَـٰسِقِينَ (٢٤

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)”. (24)

Kenyataan kedua pulak, mereka faham bahwa tarbiyah adalah untuk pembinaan diri sebagai bekal untuk keluar ke ‘medan’ melaksanakan dakwah, menyelamatkan umat manusia dari api neraka. Maka, tarbiyah dititik beratkan, dan keluar ke medan atau mengatur strategi dakwah juga adalah sama pentingnya dengan tarbiyah tadi. Mereka sanggup bersusah, menginfakkan diri mereka di mana perlu dalam memastikan dakwah bergerak lancar. Tidak cukup dengan itu, mereka sanggup ‘mengorbankan’ kepentingan anak dan keluarga demi dakwah. Ini yang dimaksudkan, mereka mengguna anak dan keluarga untuk jalan Allah. Bukan sekadar menggalakkan anak dan keluarga untuk sama2 aktif di jalan mulia ini, tapi pengorbanan sanggup dibuat, mengenepikan anak dan keluarga buat sementara, dalam memastikan langkah dan perjalanan dakwah berjalan lancar.

Jarang kita nak dapat manusia yang sanggup merealisasikan kenyataan kedua ini, kerana pahalanya tersangat besar. Tak semua manusia berupaya melaksanakannya. Kadang2, nampak seolah2 kebajikan anak dan keluarga terabai, namun hakikatnya, hanya dapat dirasai oleh mereka yang melaksanakannya. Dalam sibuk siibu dan ayah di jalan dakwah, Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang itu, akan memelihara dan membimbing anak dan keluarganya. Yakinilah dengan ayat Al Quran, Surah Muhammad : ayat 7

(يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ (٧

” Wahai orang2 yang beriman, kalau kamu membela agama Allah, nescaya Allah membela kamu dan
meneguhkan tapak pendirian kamu.”

anak2 amanah Allah

Suka juga ana nak menegaskan di sini, bukanlah maksud ana mengenepikan hal2 pendidikan anak2 dek kerana mengejar medan dakwah, lalu menyerahkan urusan tarbiyatul aulad kepada orang lain, atau berserah bulat2 kepada takdir dan janji Allah, kerana telah terbukti kata2 dari para pejuang Islam yang tersohor akan jawapan mereka mengenai “apakah yang paling kamu rindui ketika berada dalam tahanan?” Lalu jawab mereka “iaitulah mendidik anak-anak”.

Jelas di sini, walau dalam sibuk di medan dakwah, sehingga di tangkap dan dipenjara, namun, tarbiyah anak2 tetap merupakan agenda utama mereka. Tetapi, mereka memastikan, keutamaan itu diletak pada tempat yang selayaknya. Kadang2 kita memang perlu bekorban, memilih satu antara dua yang sama penting mengikut keutamaan ketika itu. Berhikmah dalam membuat keputusan, dan sebagai manusia biasa yang serba kerdil dan lemah ini, sememangnya petujuk Illahi jualah yang menjadi sandaran kita. Memohon dan mengharap taufiq dan hidayahNya, adalah sesuatu yang tidak boleh tidak dalam hidup kita. Itulah bezanya kita sebagai makhluqNya, dan Dia sebagai Khaliq kita.

Semoga kita sentiasa di bawah Rahmat HidayahNya, insyaAllah, Ameen.

Wallahu’alam.

4 thoughts on “Dakwah untuk Siapa, Siapa untuk Dakwah?

  1. Untuk mereka yang berkorban demi Allah, pasti Allah tidak akan mensia-siakan mereka … tangisan anak-anak, rasa sayu isteri atau rindu suami dan lain-lain ketika meninggalkan rumah untuk jalan dakwah, merupakan pengorbanan yang akan menjadi asbab berupa hidayah Allah untuk manusia termasuk para duat yang berkorban …..

    • Cantik kata2 hang sulong…tangisan anak2, sayu sang isteri atau rindu sang suami… bisa aje menjadi asbab turunnya hidayah Allah pada yang didakwah, maupun yang sedang berkorban melakukan dakwah! Subhanallah, Alhamdulillah, moga kita terus diperingatkan dengan kebesan Allah yang Maha Agung. Jazakallahukhairankathira.

    • Waalaikumussalam awwa,
      begitulah kita manusia, sering lalai dan alpa, maka kita perlu pada persekitaran yang selalu mengingatkan kita pada Allah swt. Carilah biah yg baik, insyaAllah, kita terpelihara dari terus hanyut dgn dunia….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s