Archive | May 2009

Sejarah Yahudi (1)

Beberapa kurun lepas, ucapan salam di mana-mana, alunan bacaan al-Quran dan zikir harian berkumandang di setiap pelusuk jalan kota mahupun desa. Perniagaan berjalan dengan penuh rasa hormat dan ihsan. Nyayian dan puisi berbentuk pujian kepada Allah dan Rasul-Nya didendangkan menghibur hati sekaligus menanam rasa ‘izzah akan Islam dalam setiap pendengar. Islam kuat. Islam gagah. Sukar digoncangkan. Itulah pandangan musuh ketika itu.

free palestin

Kini, ucapan assalamualaikum akan dibalas dengan pandangan aneh, suara alunan bacaan al-Quran akan dijauhi dan dipandang hanya layak untuk budak tahfiz. Penipuan, tamak dan dengki menjadi asam garam perniagaan. Nyanyian berunsur syahwat yang diraikan. Islam kini lemah, boleh disamakan tak jauh bezanya dengan singa yg hilang taring belaan kambing. Demikian pandangan musuh terhadap Islam masa kini.

Continue reading

Advertisements

Gagasan Besar untuk Jiwa Besar

Menyendiri untuk mencari kekuatan diri dalam menongkah arus kehidupan yang sangat-sangat mencabar!!

sujud

Pilihlah satu saat, satu ketika untuk kita berduaan dengan Allah…. memohon, merayu, merintih dan meminta sedikit kekuatan buat bekal mendepani mehnah seorang daie. Saat dan ketika yang menjadi pilihan, terpulang kepada kita, terpulang pada kesesuaian kita, yang penting biarlah berkualiti.

Salah seorang ukhti karib ana ada menelefon ana baru-baru ni, menyatakan kerisauan beliau dengan kemelut-kemelut yang melanda negara, bangsa, apatah lagi agama. Katanya malam itu lewat telefon sekitar jam 10,

Continue reading

~ Nostalgia USA (2) ~

So, “May I borrow your pear” secara bakunya adalah, “May I borrow your pen”! Bertanya pada budak Johor yg tak pernah keluar dari Johor sebelum ni, mana nak reti…..

Begitulah ceritanya.

main snow kat US dulu adalah salah satu nikmat buat kami, 'anak2 kecil' ni.

main snow kat US dulu adalah salah satu nikmat buat kami, 'anak2 kecil' ni.

Kami 20 orang di Boulder sebenarnya belum lagi ditempatkan ke jurusan masing2. Kami semua dimasukkan ke kelas intensive English, walaupun dah ambil peperiksaan TOEFL di UM sebelum berangkat. Result TOEFL lum keluar lagi, tapi JPA nak masukkan jugak kami ke english class tu. So kami pun menduduki placement test bersama foreign students lain dari seluruh pelosok dunia. Memang satu pengalaman yg sgt seronok. Ada pelajar India, Italy, Venezuela, Mexico, Jepun, Arab dan banyak lagi. Keputusan placement test? 18 org dari 20 kami masuk advance class, punyalah seronok main….bukan belajar sangat. Memang merupakan honeymoon period kami. Bila keputusan TOEFL dari Malaysia keluar, seperti yg dijangka, rata2 semua kami sepatutnya di ‘exempted’ dari english class…

Continue reading

~ Nostalgia USA (1) ~

“Ingat tak masa kita mula sampai kat US dulu?” tanya suami ketika kami berkereta nak ke Seremban baru2 ni.

“Which part?” tanya ana tak pasti incident mana yang mencuit hati suami ketika itu.

Sambil tersenyum dia menjawab ” Teringat Ramzy, dengan rambut ala Rod Stewart dia, tapi kecek Klate…’May I borrow your pear? Maka tercengang2 lah kita budak Johor, pasal apa nak cari pear kat bank?” cerita suami. Tak cukup dengan itu kisah si Ramzy ni, sesampai je di College Inn, budak lain lum risau pasal solat lagi, tapi dia dah terlompat2 atas katil “Hih! Jahak dah ni, tok solak..jahak dah nih.” Mohd Ramzy, anak Kelate… kerana dia lah, ana ‘kenal‘ suami ana sekarang.

permandangan musim luruh di US, sekitar bulan Ogos

permandangan musim luruh di US, sekitar bulan Ogos

Ogos 1981, merupakan detik yang amat bererti buat kami, 20 orang pelajar lepasan SPM tahun 1980. 8 girls and 12 guys, in one group , mula mengorak langkah mencipta sejarah masing2 untuk menyambung pelajaran ke USA, di bawah tajaan JPA. Kesemua pelajar lelaki ditawarkan jurusan Chemical Eng, manakala 8 pelajar wanitanya, Computer Sc. Destinasi university kami ketika itu adalah Univ. of Colorado, Boulder, Colorado. Sebuah bandar ski yang sangat terkenal dengan Pergunungan Aspen nya yang menarik.

Continue reading

Konvensyen Berakhirnya Agenda ZIONIS

Alhamdulillah, Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis telah selamat dilaksanakan oleh dua badan yang bertanggungjawab, iaitu Aman Palestin Berhad dan Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) di PWTC dengan kehadiran yang sangat2 memberansangkan. Tempat duduk penuh dengan peserta konvensyen, malah ana diberitahu, ada yang terpaksa pulang dengan hampa kerana ketiadaan tempat kosong, wallahu’alam.

uz lah etc

Continue reading

Happy Mother’s Day Mak!

Alhamdulillah, setelah seharian berkurung dalam bilik yang dibiarkan gelap, dek sakitnya kepala, hari ini ana diizinkan Allah untuk turun menyediakan sarapan ringan untuk anak2 dan suami. Betapa nikmat sihat itu sepatutnya dimaksimakan sedapat mungkin untuk kebaikan sebelum datangnya sakit yang menuntut ‘kerehatan’ to the expense of ahli keluarga sendiri.

Ana bersyukur dengan ahli keluarga yang sangat2 memahami, seharian ana terpaksa ‘berehat’ tanpa berbuat apa2 kecuali menyahut panggilan ‘mak…., jom makan!’. Pagi2 lagi ana dikejutkan dengan pelukan mesra dari menantu ana sambil mengucapkan ‘Happy Mother’s Day Mak’ oleh Siti Hajar Muzee, satu2nya menantu ana buat masa ni. Kemudian mereka (Hajar dan suami, anak sulung ana, Afif) berdua turun menyediakan sarapan buat semua.

doa ibu

Continue reading

‘Terkena’kah aku?

Pagi semalam, ana bercadang untuk keluar sebentar, nak ajak anak yang di Kuantan ni, dua yang kecil ke sekolah, yang di UIA tu, walau tak ada kelas sekarang, tapi tengah sibuk pulun sakan untuk exam pro dia. Tak sampai hati nak kacau, takut bila diajak, dia yang tak sampai hati menolak. So, berangkatlah ana sorang-sorang ke Mydin je pun…. nak cari sedikit barang keperluan mukhayyam kak Hanan petang tu. Eh, dah elok siap nak keluar, tup tup ada lori rosak pulak betul-betul depan rumah ana, macamana nak keluarkan kereta? Maka terkurunglah ana beberapa jam di rumah… cemas jugak, sebab kak Hanan nak barang-barang tu sebelum petang nanti. Apa pun, sabar itu lebih baik…..

not-alone

Continue reading