Raih CintaNya Dulu…

Alhamdulillah, syukur yang teramat sangat ana panjatkan pada Yang Maha Melindungi, bilamana ana bersama rakan-rakan dari Kuantan, seramai 10 orang, selamat pergi ke INTEKMA Resort and Convension centre di Shah Alam pada awal subuh jam 4.30 pg 1 hb Mei 2009, ber’vios’ dan ber’unser’ convoy bersama untuk turut serta dalam Konvensyen Wanita Islam anjuran Biro Wanita Isma Malaysia, dan selamat pula kembali ke Kuantan pada malam keesokannya, 2 hb Mei 2009 pada jam 8.00 mlm.

Konvensyen yang pertama kalinya dibuka kepada umum itu, telah berjaya mencapai target penyertaannya, syukur alhamdulillah. Tema konvensyen kali ini adalah ‘Jiwa Tenang, Hidup Bahagia’, bersesuaian dengan apa yang berlaku sekarang, di mana masing-masing manusia mengejar dan mencari erti kebahagian yang sebenar, maka Biro Wanita Isma tampil membawa satu jalan penyelesaian kepada para wanita, bahwa pengurusan emosi menurut neraca Islam sahajalah yang dapat menjamin kebahagian dan kesejahteraan hidup, bukan sahaja di dunia, tetapi insyaAllah hingga ke akhirat.

image091

Untuk keterangan lanjut mengenai KONWANIS ’09, sila teruskan pembacaan di lamanweb isma pusat

dan juga dari laman blog Suara Wanita Isma Pahang

Apa yang ingin ana kongsikan disini, adalah sebahagian dari pengisian dalam salah satu slot di konvensyen tersebut, yaani; slot SYURBAH UNTUK WANITA, yang kalau boleh dipanjangkan lagi masanya, sudah tentu para peserta masih leka, tak terasa malam sudah berlalu melepasi jam 11 ketika itu. Masa terlalu singkat dirasakan, walhal banyak lagi yang belum sempat dikupas.

Rata-rata, topik yang disentuh sangat berkait rapat dengan kehidupan wanita dari sebelum berumahtangga, dalam mencari pasangan hidup untuk berkongsi cinta dan cita-cita (dakwah), melayari bahtera yang dibina dengan harapan sama-sama membawa kepada redhaNya hingga ke Jannah Allah swt, sehinggalah kepada terciptanya satu institusi kecil masyarakat yang turut sama mewarnai komuniti dengan warna-warna mengikut syariat Illahi bersama dengan mujahidin dan mujahidat kecil, penyeri hidup suami isteri.

Diantara faktor yang perlu diambil kira dalam pembinaan rumahtangga adalah isu perbezaan antara dua insan yang bakal disatukan dengan lafaz akad dan nikah. Perbezaan latar belakang, cara didikan dan kefahaman masing-masing, sedikit sebanyak akan menyumbang kepada sedikit pergeseran rumahtangga, yang kalau tidak ditangani dengan penuh ilmu dan hikmah, akan membawa kesan negatif pada seluruh ahli keluarga.

Penting sekali bagi setiap yang bergelar suami isteri itu memahami perbezaan tersebut dan belajar hidup bertoleransi. Perlu ada ‘give and take’nya disitu. Fahami cara komunikasi pasangan, isyarat body-language pasangan, hobi dan tindakan pasangan, kerana semestinya Allah mencipta lelaki dan wanita itu berbeza, sesuai dengan peranan yang perlu masing-masing mainkan. Oleh itu, RAIkan perbezaan tersebut, bukannya berusaha menukarkan yang beza itu supaya sama mengikut acuan kita sahaja.

seek-love

Ikhlas dalam mencintai pasangan adalah satu kriteria yang tidak boleh tidak, perlu ada dalam satu rumahtangga. Ikhlas mencintai pasangan kerana Allah beerti, bukan cinta pasangan yang menjadi matlamat, tetapi cinta Allah, redha Allah. Memang kita perlu pada cintanya, tetapi itu bukan matlamat kita, dan antara keperluan dengan matlamat, jauh bezanya. Bila kita cintakan pasangan kita berasaskan kepada rasa cinta kepada Allah swt, itulah maknanya bercinta dengan rasa tanggung jawab, kerana cinta dan tanggungjawab itu berjalan seiringan. Kedua-duanya perlu hadir bersama dalam sesebuah rumahtangga. Cinta tanpa tanggungjawab, lama kelamaan bila cinta terasa mulai kendur dan luntur, maka rasa bertanggungjawab itulah yang akan menjadi pengikatnya,lalu terus berusaha memupuk kembali rasa cinta. Manakala, tanggungjawab sahaja tanpa rasa cinta pada pasangan, lama kelamaan akan jadi hambar, lesu dan keletihan. Umpama robot tanpa perasaan. Maka rasa cinta itulah yang akan menyuburkan kembali, menghiasi alam rumahtangga yang terbina selama ini. Adalah menjadi keperluan menyuburkan kedua-dua elemen cinta bersama tanggungjawab.

Lalu, bagaimanakah caranya?

cintai-allah

Kembali kita kepada Allah swt yang Maha Tahu, Maha Kaya Maha segalanya. Laksanakan tanggungjawab kita sebaik mungkin pada mereka yang berhak atas kita. Kalau kita seorang isteri, suami punya hak, anak-anak punya hak begitu juga dengan insan2 lain sekeliling kita punya hak atas kita, maka mohon kekuatan dari Allah untuk kita tunaikan sebaik mungkin hak2 mereka atas kita. Namun, jangan kita tagih hak kita atas mereka.

Kenapa pulak? Tak adil lah macam tu?

Semuanya bagi memastikan kita tidak kecewa mengharap pada yang tidak punya apa-apa. Seharusnya kita tagih hak kita dari Allah yang Maha Kaya, Maha perkasa lagi Maha Segalanya. Banyak bergantung dan meminta hanya kepada Allah, kerana Dia sahajalah yang berhak memberinya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Menagih pada Allah, kita tak akan kecewa, tak akan merana, insyaAllah. Tapi kalau mengharap pada sesama insan yang sama-sama lemah tak berdaya, kita pasti kecewa, pasti merana. Letakkan harapan kita pada Dia yang menciptakan kita, insyaAllah, hati kita tenang dan redha.

Benar, bukan mudah menjadi insan kuat yang hanya bergantung pada Allah semata, yang hanya nampak Allah bila senang, bila duka., kerana insan biasa rata-rata nampak Allah bila dirundung gelisah, resah dan susah. Bila senang, kebanyakan manusia alpa. Sayugialah kita terus memohon agar hati kita terus berpaut padaNya, supaya kita bergantung harap hanya kepadaNya.

Teringat ana pada kisah benar sahabat ana, sepasang suami isteri :

Si isteri merayu pada suaminya,  “Bang, jaga hati ana ye, jangan sia-siakan ana, ana tak punya sesiapa selain abang.”

maka jawab si suami penuh tawadhu, “Mohon dan berdoalah pada Allah sayang, sebab Dia yang pegang hati abang.”

Pada ana, cantik dialog nya, rayuan dan harapan isteri dijawab dengan penuh rendah hati suami, menginsafi diri bahwa segalanya dalam ‘tangan’ Allah jua. Anak ana sendiri pernah ‘mengajar’ ana suatu ketika dulu sewaktu ana cuba2 korek kalau2 dia sudah punya pilihan hati, jawapannya yang berbentuk coretan rasa untuk ana, “siapalah ana nak sibuk dengan cinta manusia bila cinta Allah pun ana tak pasti di mana dalam diri ini!” menyebabkan ana mengalirkan airmata sendiri… InsyaAllah, bila iman sudah di hati, masing-masing kita akan bertanggung jawab dengan tugas dan peranan masing-masing. Raihlah CintaNya dulu, insyaAllah, kita akan peroleh cinta makhlukNya juga. Sesungguhnya, dunia adalah ladang untuk kita bercucuk tanam, menabur benih, menyiram serta membajainya dengan penuh rasa takut tak berhasilnya tanaman kita nanti, namun tetap mengharap dan berusaha agar dapat dituai jua hasilnya diakhirat kelak.

Buat suami ana yang telah mengizinkan ana berkongsi apa yang patut, jazakallahukhairan kathira ana ucapkan, semoga sedikit sebanyak usaha ini dikira di sisi Allah sebagai amal jariah kita bersama untuk kehidupan kita di akhirat kelak insyaAllah. Punyai seorang suami yang sangat bertanggungjawab seperti dia (suami), adalah salah satu anugerah Allah yang paling besar buat diri ana, dan ana mohon maaf secara terbuka di sini atas apa jua salah dan silap ana selama ni. Ana tahu, isteri-isterinya dari kalangan bidadari syurga sedang mengintai-intai suami mereka di sini, dan harapan ana, ana tetap akan menjadi ketua bidadarinya di syurga nanti, insyaAllah. Tak salahkan, ana mengharapkan yang seperti itu dari suami sendiri…?

One thought on “Raih CintaNya Dulu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s