‘Terkena’kah aku?

Pagi semalam, ana bercadang untuk keluar sebentar, nak ajak anak yang di Kuantan ni, dua yang kecil ke sekolah, yang di UIA tu, walau tak ada kelas sekarang, tapi tengah sibuk pulun sakan untuk exam pro dia. Tak sampai hati nak kacau, takut bila diajak, dia yang tak sampai hati menolak. So, berangkatlah ana sorang-sorang ke Mydin je pun…. nak cari sedikit barang keperluan mukhayyam kak Hanan petang tu. Eh, dah elok siap nak keluar, tup tup ada lori rosak pulak betul-betul depan rumah ana, macamana nak keluarkan kereta? Maka terkurunglah ana beberapa jam di rumah… cemas jugak, sebab kak Hanan nak barang-barang tu sebelum petang nanti. Apa pun, sabar itu lebih baik…..

not-alone


Akhirnya, dapat jugak ana usahakan keluarkan kereta, walaupun berinci-inci dari rumah, dan ke Mydin lah ana tengahari tu. Tak lama ana di dalam Mydin, habis barang keperluan ana cari, ana pun keluar menuju ke kereta. Alhamdulillah, masuk je dalam kereta, sebelum mulakan enjin, sempat ana locked kan dulu pintu kereta… entahlah, rasanya saat sekarang ni, memang kena lebih berhati-hati, macam-macam kisah dah berlaku dan boleh lagi berlaku, menyebabkan ana cuak-cuak sendiri.

Rupa-rupanya memang benar, ada yang mengikut dari belakang! Dia (lelaki separuh umur, bahasakan dirinya ‘pak cik’) mengisyaratkan ana turunkan cermin kereta, lalu ana turunkan dalam sepertiga sahaja. Hati masih cuak. Dia pun bertanya,

“Di mana Bank Rakyat kat sini ya? Pak cik ni bukan orang Kuantan, duduk Gambang, baru hantar sedara ke terminal, minyak kereta habis, pak cik nak cucuk duit keluarlah ni.”

Ana pun menjawab, ” Dekat dengan Kolej ShahPutra sana ada satu yang baru bukak. Yang lain saya tak tau, tak da akaun di Bank Rakyat.”

Dia pulak membalas, ” Oh, di Indera Mahkota nu? Jauh tu. Macamana pak cik nak ke sana pulak ya?”

Ana hanya diam, tak berani kata apa-apa. Dalam hati tercetus ‘ kalau dia minta ana bawakan dia ke sana, minta maaf…ana tak dapat bantu yang itu, sekadar beri RM barang 10 untuk dia isikan minyak, insyaAllah…’, Eh!! Macam dia dengar bisik hati ana, dia pun bersuara,

“Macam ni lah, kalau boleh pak cik minta tolonglah, kalau tak boleh, tak apa, boleh pinjamkan pak cik RM10? Nanti pakcik bayarlah semula…”,

Ana mula terfikir, macamana pulak nak bayar balik? Sekadar berbasa basi kot pak cik ni, ana pun keluarkan duit baki dari Mydin tadi, yang kebetulan ana letak dalam poket baju je, tak perlu buka beg duit ana, dan ana kata

“Saya ikhlas je lah, tak payah bayar.”  Di saat itu juga hati kecil mula merasa mungkin diri ini mahu ditipu je, tapi cepat pulak ana teringat pada perbualan kami anak beranak hujung minggu lepas,  waktu sedang mengadap makan tengahari, suami mengingatkan semua (most anak2 plus menantu ada waktu tu) agar berhati-hati dengan helah orang ramai yang semakin terdesak  dengan keadaan ekonomi sekarang. Macam-macam cara penipuan mereka buat, (dah baca berita ni? Polis cari wanita bertudung) mencuri merompak, tak payah cakap lah, rumah ana sendiri kali ni nak keluar masuk ambil masa 5 minit lebih kot,  nak buka kunci extra yang dipasang suami… Lalu ana menyampuk kata suami,

“Memang susah nak buat baik sekarang ni, hati mula bercakap, ‘betul ke orang ni, ke menipu je? Silap haribulan, kita keluar dompet nak tarik sekeping dua, time tu lah, diragutnya beg kita terus…'”, lalu anak sulung ana menyambut,

“Ha ah mak, abang selalu terfikir, macamana lah kalau kat tengah-tengah KL tu, abang memang betul2 perlukan duit, tetiba dompet abang kena copet ke, ada ke dak orang nak tolong abang kalau abang minta tolong? Memang kalut dan karut betul keadaan  kat Malaysia sekarang !”

Dengan terbayangkan wajah anak-anak ana tu lah, ana tawakal memberi, walau apa sebenarnya niat dia, Allah jua yang tahu. Ana cuma sempat berkata/berdoa saat itu dalam hati;

‘Semoga Allah beri hidayah pada kamu, kalau kamu menipu . Kalau tak, mudah2an Allah murahkan rezeki kami sekeluarga.’

Dapat je duit tu, ana toleh nak cari bayangnya, langsung tak nampak! Subhanallah, lesap hilang sekelip mata, hairan jugak ana, mana perginya pak cik tadi, laju sungguh dia hilangkan diri…”Alhamdulillah, Allah Maha Tahu, terserahlah.” Ana sendiri tak da hipotesis apa-apa tentang pak cik tu, (kalau dengan ana, bukan pak cik kot… lebih kurang seumur je rasanya.), ana senyum sendiri bawa kereta pulang ke rumah, tak terbayang situasinya kalau waktu tu malam, atau orang keliling tak ramai mana, pasti lagi mencemaskan.

Kes ragut pun dah terlalu kerap kita dengar, dalam berita hari ni, terbaru kisah mangsa ragut, baru2 ni pun, anak ‘didik’ ana dari UIA kena ragut, mujur saja beg galasnya terputus, kalau tak, pasti dia tersembam dan terseret luka dari motornya. AllahuAkbar, takut betul ana dengar. Dua tiga hari lepas, ana dengar di radio, kes mat rempit belasah orang sampai mati tanpa sebarang sebab, saja suka2. MasyaAllah… dan ianya berlaku di Kuantan..!!  Apa nak jadi dengan insan sekarang? Mungkar berleluasa, malah mereka pulak yang berlagak seperti raja, buat sesuka hati, pihak berkuasa sendiri dah buntu cari jalan selesainya. Mana lagi kita nak harap, kalau bukan pada mengajar dan mendidik masyarakat dengan nilai2 Rabbani, agar manusia takut pada Allah yang Maha Melihat, yang Maha Tahu, agar manusia yakin dengan balasan akhirat, walau terlepas di dunia ni.  Sebab tak yakin hakikat akhiratlah, manusia semberono melanggar perintah Allah. Betapa banyaknya kerja kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

berdoa

“Aku mohon Taufiq dan HidayahMu ya Allah, aku mohon sedikit dari kekuatanMu untuk aku beristiqamah di atas Jalan ini. Kuatkan hati dan kehendakku, tiada daya dan upayaku, melainkan dengan bantuan dariMu jua.” Ameen ya Rabbal ‘alamin.

One thought on “‘Terkena’kah aku?

  1. alhamdulillah takda apa2..suspens zaman sekarang..desperate people likes to take advantage on others weaknesses..serba salah nk tolong atau tak..anyway, advices for all, always,always be careful..be alert..selalu minta Allah jauhkan diri & family dari bahaya..amin..nice post btw..wslm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s