Happy Mother’s Day Mak!

Alhamdulillah, setelah seharian berkurung dalam bilik yang dibiarkan gelap, dek sakitnya kepala, hari ini ana diizinkan Allah untuk turun menyediakan sarapan ringan untuk anak2 dan suami. Betapa nikmat sihat itu sepatutnya dimaksimakan sedapat mungkin untuk kebaikan sebelum datangnya sakit yang menuntut ‘kerehatan’ to the expense of ahli keluarga sendiri.

Ana bersyukur dengan ahli keluarga yang sangat2 memahami, seharian ana terpaksa ‘berehat’ tanpa berbuat apa2 kecuali menyahut panggilan ‘mak…., jom makan!’. Pagi2 lagi ana dikejutkan dengan pelukan mesra dari menantu ana sambil mengucapkan ‘Happy Mother’s Day Mak’ oleh Siti Hajar Muzee, satu2nya menantu ana buat masa ni. Kemudian mereka (Hajar dan suami, anak sulung ana, Afif) berdua turun menyediakan sarapan buat semua.

doa ibu


Selesai bersarapan, ana ambil cafergot lalu naik semula ke atas untuk sambung berehat dengan harapan kepala akan reda by the time suami pulang dari perkhemahannya dengan staff UMP. Puas berehat, akhirnya suami menelefon minta diambil di kampus, sekitar jam 11.40am ana ke Gambang. Sepulang dari sana, anak2 dan menantu dah siap masak dengan menu simple untuk tidak membebankan ibu tua yang sedang sakit kepala ni. Masing2 berperanan, dengan lasagnanya, sup cendawan dengan garlic bread dan salad beserta kek coklat dan aiskrim sebagai hidangan segera ‘Hari Ibu’. Alhamdulillah, mereka sangat2 memahami…. sakit kepala yang bukan semakin reda tapi makin kuat itu memaksa ana mengambil sebiji lagi ubat selepas lunch, lalu ana naik semula ke bilik.

Anak ana yang di Pedas,NS called just to wish me ‘Happy Mother’s Day’… “Mak Asyraf tak cukup duit ni, nak cepat, mak sihat ke? Happy Mother’s Day Mak, I love you”. Itulah ucapannya pada ana petang semalam.Tengah malam dapat lagi sms dari anak yang di Gombak, wishing the same wish. Siang tadi buka email, anak ketiga yg di Jordan juga tak ketinggalan mengucapkan wish yang sama, siap hantar lagu ‘MP3 Selamat Hari Ibu’ lagi… disamping dapat kad buatan sendiri dari anak2 kecil ana di rumah.! Sangat terharu, Thank you all so much. Really appreciate it.

Ana tau, bagi sesetengah insan, celebrating a Mom’s  or a Dad’s Day, bukanlah dari budaya orang Islam, sebab everyday should be  a mom’s day, and everyday should be  a dad’s day. Pendek kata, everyday should be a parents’ day. Betul, ana setuju sangat2. Why should we wait for one particular day in a year to celebrate, to call our mom or dad to say that we love them? Anyday should be the day, bila2 teringat, call je, say it, say that you miss them, you love them… be expressive any day you want, bukan on mom’s day saja, or dad’s day only.

I am so lucky, Alhamdulillah, for having such wonderful kids and in-law yang memang tak lokek bertelefon bertanya khabar sebenarnya. Mereka tak pernah tunggu special day to call, ada je cerita yg nak dikongsi, they will phone me. Baik lelaki, mau pun perempuan. Cuma ana rasa, setiap tahun, bila sampai second sunday of May, and every third sunday of June. me and my husband mesti dapat extra treats from anak2, selalunya akan dimasakkan sesuatu untuk kami…atau ada je ‘buah tangan’ yang cute2 buat kami, just as a thought, a token on the special day. Dan ana kira itu tidak bersalahan langsung dalam Islam.

Bukak aje radio, ada je wishes seumpama itu yg ditujukan ke ibu/ayah. Bukak surat khabar pun serupa… so ana kira, apa salah kalau hari ini juga kita call mak/ayah mcm selalu, cuma kali ni kita ada peluang nak ucap

“Mak, Happy Mother’s Day. I love you! Mak sihat kan? Jaga diri ya…” atau

“Abah, Happy Father’s Day. Abah sihat kan? I love you abah.”

Salah ke? Jangan kita pukul rata semua yang datang dari barat tu, salah belaka. Hampas belaka!. Mana yang baik, tak salah untuk kita ambil pakai, yang benar2 hampas tu, yang kita buang…. Kalau sepanjang tahun kita tak ambil pusing ke mak ayah kita, tapi setidak2nya satu hari tu kita concern, ana rasa terhibur jugak mak ayah kan? Namun, pengajarannya, sebagai anak Islam, saban hari kena ingat mak ayah, kena doakan mereka, cuma bila sehari special ni, extra lah sikit untuk mereka… moga2 mereka berasa bahagia, merasa sangat dihargai.

bonda

Berlainan dengan Valentine’s Day. Itu memang dah sah menyalahi agama. Pertama kerana asasnya sangat bercanggah dengan Islam. Keduanya, kekasih dalam Islam mestilah yang ‘halal’. Tapi Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru adalah berbeza. Kalau orang yang ‘jahil’ tu pun remember and wish their mom and dad on that day, kita pulak nak buat2 lupa, tak ada apa2? Macamana tu?

Wallahu ‘alam.

Cuba fikir-fikirkan….

4 thoughts on “Happy Mother’s Day Mak!

  1. Orang kata aku lahir dari perut mak..
    (bukan org kata…memang betul)

    Bila dahaga, yang susukan aku…. mak
    Bila lapar, yang suapkan aku…. mak
    Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
    Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut…. Mak
    Bila bangun tidur, aku cari…. mak
    Bila nangis, orang pertama yang datang …. mak
    Bila nak bermanja, aku dekati…. mak
    Bila nak bergesel, aku duduk sebelah…. mak
    Bila sedih, yang boleh memujukku hanya…. mak
    Bila nakal, yang memarahi aku…. mak
    Bila merajuk, yang memujukku cuma…. mak
    Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah…. mak
    Bila takut, yang tenangkan aku…. mak
    Bila nak peluk, yang aku suka peluk…. mak
    Aku selalu teringatkan …. mak
    Bila sedih, aku mesti talipon…. mak
    Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….. mak
    Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
    Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! ”
    Bila sakit, orang paling risau adalah…. mak
    Bila nak exam, orang paling sibuk juga…. mak
    Bila buat hal, yang marah aku dulu…. mak
    Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
    Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
    Yang selalu masak makanan kegemaranku…. mak
    kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk….. mak
    Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku…. mak
    Yang selalu berleter kat aku… mak
    Yang selalu puji aku…. mak
    Yang selalu nasihat aku…. mak
    Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk….. mak

    Aku ada pasangan hidup sendiri….

    Bila seronok, aku cari….pasanganku
    Bila sedih, aku cari…. mak
    Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
    Bila gagal, aku ceritakan pada…. mak

    Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
    Bila berduka, aku peluk erat…. emakku

    Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
    Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…. mak

    Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
    Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

    Selalu.. aku ingat pasanganku
    Selalu.. mak ingat kat aku

    Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
    Entah bila… aku nak talipon mak

    Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
    Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak

    Renungkan:
    “Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang untuk mak?
    mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
    Berderai air mata jika kita mendengarnya……..

    Tapi kalau mak sudah tiada….. …..
    MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….

    Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
    berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
    berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
    berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…….
    berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
    berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..

    dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya……

    • Terima kasih Wa, semoga kita semua dapat ambil pelajaran darinya insyaAllah. Mudah2an mak tak berkecil hati apa2 dengan kak min dan abang Bad ye?!…. “Ya Allah, sayangilah ibu kami sepertimana ia menyayangi kami sejak kami kecil. Rahmatilah ibu kami, dan berkatilah hidupnya dunia dan akhirat”, ameen.

  2. Mana mungkin mak berkecil hati dengan anak dan menantu sebaik a bad dan k min…..

    p/s: k meen dah ok?moga cepat sembuh…..

  3. Pingback: Hepi Father’s Day…pulak « Mega Mentari di Ufuk Timur

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s