Konvensyen Berakhirnya Agenda ZIONIS

Alhamdulillah, Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis telah selamat dilaksanakan oleh dua badan yang bertanggungjawab, iaitu Aman Palestin Berhad dan Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) di PWTC dengan kehadiran yang sangat2 memberansangkan. Tempat duduk penuh dengan peserta konvensyen, malah ana diberitahu, ada yang terpaksa pulang dengan hampa kerana ketiadaan tempat kosong, wallahu’alam.

uz lah etc


Sesi pertama yang dimulakan dgn pembentanagn oleh Dr Roslan Mohd Nor,bertajuk “Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyah dan Kewujudan Negara Haram Israel” sedikit sebanyak menyentuh beberapa faktor yang menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Islam. Antaranya:
1. Ekonomi (banayak berhutang dengan bank Eropah-perlu ambil iktibar)
2. Termakan dengan hasutan dan tipu daya musuh (khususnya British ketika itu) tentang semangat ‘nasionalis’ Arab, menentang Uthmaniyah yang bukan Arab.
3. Perjanjian Sykes-Picot 1916 yang mengakibatkan polisi ‘Divide and Conquer’ terlaksana antara Britain, Perancis dan Rusia dengan beberapa kawasan dari kerajaan Islam.
4. Keterlibatan kerajaan Islam dalam Perang Dunia Pertama melemahkan lagi kerajaan yang memang sudah sengaja dilemahkan oleh pihak musuh.

Manakala dari sudut kewujudan Israel, Dr Roslan menegaskan bagaimana mereka (zionis) telah bersungguh2 merancang dan merealisasikan hajat mereka ini, tanpa mengambil kira jalan kerja yang murni atau tidak, asal saja hajat mereka tercapai. Walaupun dengan membohongi dan menghasut banyak pihak dan negara supaya menyokong mereka. (Sifat sebenar orang2 Yahudi seperti yang termaktub dlm Al Quran).

Sesi kemudian diteruskan dengan pembentangan oleh Dr Azzam Tamimi dengan tajuk “Zionism vs Judaism”.
Antara yang menarik yang dapat ana simpulkan di sini ialah, Zionis adalah satu pertubuhan yang bermotifkan politik, untuk menguasai dunia dengan menggunakan istilah ‘Yahudi’ sebagai satu cara mereka mencapai hasrat jahat mereka. Rata2, puak ‘alim Yahudi’ tidak bersetuju dengan Zionis, dengan lain perkataan, Zionis bukanlah semata2 Yahudi, malah menurut Dr Azzam, bukan sahaja terdapatnya Yahudi Zionis, Kristian Zionis malah Muslim Zionis, seperti Hosni Mubarak dan Mahmood Abbas!! Satu kelantangan yang sangat bernas dan berani, ana kira.

Dr Azzam seterusnya menjelaskan pendiriannya terhadap Imam Mahdi, atau ‘Messiah’ bagi kaum Yahudi dan Kristian. Imam Mahdi bagi orang2 Islam, menurutnya, bukanlah untuk ditunggu dan dinantikan, tetapi untuk dihidupkan dalam diri setiap muslim. Kita semua patut menjadi Imam Mahdi itu sendiri dan beramal serta berjihad untuk Islam. Satu pencerahan yang sangat menarik. Ana kira, kalau istilah ‘Dajjal’ dalam hadis yang sama itu telah ditafsirkan dengan berbagai tafsiran, sehingga ada yang mengatakan ‘Dajjal’ itu telah muncul sekarang dengan characteristics yang telah digariskan, maka tidak keterlaluan juga bagi ana kalau kita mengambil dan meneliti hujah Dr Azzam mengenai Imam Mahdi. Dari kita duduk diam dan menunggu kedatangan Imam Mahdi untuk membela umat Islam, adalah lebih baik, dan lebih logik kalau kita sendiri yang berusaha menjadi ‘Imam Mahdi’ sekurang2nya untuk diri kita sendiri. Wallahu’alam.

Seterusnya, kita didedahkan juga oleh Dr Azzam bahwa, Holocoust yang mengenai orang2 Yahudi Eropah satu ketika dulu, adalah sebenarnya perancangan rapi Hitler bersama puak Zionis dalam memastikan wujudnya Israel. Maknanya di sini, Holocoust adalah sesuatu yang dirancang dan disepakati oleh Zionis dan Hitler, membantai dan menakutkan bangsa Yahudi sehingga Yahudi seluruh dunia berpindah dan masuk ke Palestine untuk penubuhan Israel. Malah, dokumen penting seperti ‘Protocols of The Elders of Zion’ itu, menurut Dr Azzam adalah sebenarnya ciptaan dan rekaan pihak Zionis tetapi memutar belitkannya mengatakan ia adalah ‘blue print’ orang Yahudi untuk mendapatkan Israel… Konklusi pembentangan beliau : Zionism dan Judaism adalah dua entiti yang berbeza. Judaism adalah agama Yahudi, tetapi Zionism adalah sekumpulan Yahudi, Kristian malah Muslim yang beragenda politik untuk menguasai dunia, demi kepentingan mereka sendiri.

Ucapan perasmian konvensyen oleh Dr Juanda b Jaya, Mufti Besar Perlis juga sangat memberansangkan dan berjaya meniup semangat peserta yang hadir. Berkali-kali beliau menjelaskan kepentingan jihad dalam hidup seorang muslim. Menurutnya, KBAZ yang berjaya dilaksanakan ditempat se gah PWTC, seharusnya menjadi titik tolak jihad kita semua. “Jihad sedang menuju kemuncak yang lebih mencabar bila dapat dibuat (dilaungkan) di PWTC!”. Menurut Sohibus Samahah lagi, Aqsa jatuh kerana kelemahan umat Islam yang leka, dan kunci kebebasan untuk Palestine hanyalah melalui kebangkitan kembali semangat JIHAD. Beliau memetik kata2 Imam Hassan Al Banna, bahwa ‘Kita adalah umat yang bekerja’ dan adalah menjadi tugas kita mengembalikan hak umat yang telah diambil dari kita secara rakus dan zalimnya oleh Zionis…

Kata-kata dari Dr Mohsen Salleh dalam sesi seterusnya membangkitkan keinsafan dan semangat peserta konvensyen. “”Muslims didn’t manage our affairs accordingly’, makanya, terjadilah apa yang sudah terjadi.
“Palestinians are enjoying the great honor of living in the land of Barokah, of being the mujahidin and defending the holy land” menarik perhatian ana, bahwa kita akan tertinggal di belakang sekiranya terus lena dan tidak sama2 menyumbang kepada perjuangan saudara kita di Palestin. Betapa ruginya kita yang Allah takdirkan tinggal jauh dari bumi barokah tersebut, dan kita terus ‘sepi’ menidurkan diri.

Menurut Dr Mohsen, dua tanah suci orang Islam,
1. Mekah dan Madinah serta
2. Palestin.
Yang pertama adalah ” A Land of Ibadah” – kedamaian yang Allah janjikan pada Tanah suci Mekah dan Madinah adalah sebagai tempat umat Islam menunaikan ibadah, pengabdian kepadaNya. Manakala tanah suci yang kedua, Palestin adalah ” A Land of Jihad” – tanah tempat terpisahnya antara yang haq dan yang batil, tanah tempat belakunya mujahadah dalam menegakkan yang haq dan menghancurkan yang batil. Dr Mohsen menambah, ” At the end of the day, the haq will defeat the wrong! “, bersesuaian dengan janji Allah, menyebabkan ana sekali lagi merasa ‘jangan sampai kita semua tertinggal keretapi juang yang pasti menuju kejayaan yang dijanji Allah. Kita adalah golongan yang bekerja, maka kita perlu bekerja dengan apa cara sekali pun, mengikut kapasiti masing2. InsyaAllah, kalau kita ikhlas untuk Allah, kerana Allah, kita yakin, Allah akan buka jalanNya untuk kita.

Konvensyen seterusnya diambil alih sekali lagi oleh Dr Azzam, dengan ” The role of the Muslims”. Beliau dengan begitu bersemangat mengajak dan menyedarkan para peserta akan kewajipan kita membebaskan tanah Palestine, supaya menghidupkan kembali semangat ‘Sallahuddin Al Ayubbi’ dalam setiap diri kita. Ana nukilkan petikan kata-katanya hari itu, untuk kita jadikan renungan dan iktibar, insyaAllah.

“Confronting the Zionist is the priority of the entire ummah of Islam!”

“The decline of the ummah makes it possible for the Zionist to get what they want, and the REVIVAL of the ummah, will be able to stop it!”

“Learn and understand the issue on Zionism and Palestinians, and play the role of ‘the enlightened’ to enlighten others.

Maka sewajarnyalah, kita ajar dan didik bangsa dan ummah seluruhnya mengenai isu Palestine, semoga kita semua faham dan dapatkan ‘roh’ Salahuddin Al Ayubbi  dalam setiap diri kita. Kitalah yang perlu  work for it and  pave the way untuk orang lain beramai2 bersama kita atas jalan ini.

Sesi terakhir sebelum penutupan oleh Presiden Pembina, Dr Kamil Azmi b Tohiran, Dr Mohsen Salleh kembali semula menyeru para peserta konvensyen supaya peka dengan tiga isu yang cukup kuat menggugat Zionis;

1. Hamas dan Ikhwanul Muslimin adalah ‘strategic threat’ untuk Israel (Zionis).
2. Kebangkitan Islam dan kebangkitan gerakan2 pembebasan Palestine yang berlandaskan kefahaman Islam yang sebenar adalah ‘strategic threat’ buat Israel.
3. Kewujudan saudara2 Palestinians kita di tanah Palestin itu sendiri adalah satu ‘strategic threat’ yang tak kurang hebatnya buat Israel.

Dr Mohsen menyeru seluruh umat Islam untuk merenung tiga faktor yang menjayakan usaha Zionis terhadap umat Islam, yaini;

a) Weaknesses (Kelemahan umat Islam)
b) Backwardness (Kemunduran umat Islam)
c) Dis-unity (Perpecahan umat Islam)

Maka bergeraklah kita dari sana, insyaAllah.

Wallahu’alam

4 thoughts on “Konvensyen Berakhirnya Agenda ZIONIS

  1. Meen, terima kasih di atas ulasan terperinci perjalanan dan intipati kbaz yg sudah tentunya menambah pemahaman tentang agenda dan usaha zionis ini. insyaallah akan di sampaikan pada anak2 di rumah dan di IPTA ni supaya mereka peka dgn apa yg berlaku.

    Nak tambah sikit, dalam novel sejarah Islam ‘Salahudin Pembela Jerusalem’ karya Pak Latip Talib terbitan 2007 (harga RM26) diceritakan dengan gaya bahasa santai tetapi penyampaian secara novel membolehkan pembaca menghayati perjuangan pahlawan Islam Salahudin Al-Ayubi dlm Perang salib yg berlaku lbh kurang 500H. Perjuangan Salahuddin menunjukkan bagaimana ummah mampu mengalahkan musuh yang kelihatan gagah perkasa tetapi sebenarnya kontang dan tandus jiwa mereka.

    Novel ini menceritakan secara terperinci peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas Salahudin dari zaman kanak-kanak hinggalah saat kematiannya. Pembaca juga dapat menilai strategi yang diguna oleh Salahudin untuk berperang dan menawan kembali Palestin daripada tentera salib. Beliau menggabungkan elemen kepimpinan, komunikasi, pengurusan organisasi dan sentiasa mempastikan hubungan dengan Allah terus menerus.

    Contohnya semasa keadaan tidak menentu akibat kepungan tentera salib, Salahudin mengajak tenteranya melakukan ibadat dan berdoa. Katanya “Malam ini malam Jumaat, mari kita lakukan amal ibadat sepanjang malam dan berdoa semoga Allah memberi kemenangan kepada kita.”

    Selepas solat Jumaat keesokan hari, Salahudin mengajak semua umat Islam mengerjakan solat sunat hajat bagi memohon kemenangan.

    Sebagai pemimpin, Salahudin juga memperlihatkan betapa pentingnya setia kawan dan sokongan daripada masyarakat Islam seluruh dunia bagi mempertahankan Palestin.

    wallahualam.

    • Semoga bermanafaat buat semua. Bought the books in the series already, thanks to you for recommending them. Hanan paling suka baca, sebab dlm bentuk novel, interesting for kids like her. Thank you so much ke auntie Faez nya…

  2. askm.pernah google dr azzam tamimi? dia famous pasal debate dia dgn seorang yahudi x ingat nama. tapi quote dia yang popular dlm debate tu bila org yahudi 2 sebut psl justice for all. reply dia: “Justice? you go back to Germany, that’s justice. why does it have to be palestine? why?”. mmg setuju la dgn dia. tp memandangkn internet pun dlm tgn org kafir jugak, so byk la komen2 dan kritik2 yang menghentam statement 2…. cuba la check tgk.
    saja bgtau, x tau nk citer ape…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s