~ Nostalgia USA (1) ~

“Ingat tak masa kita mula sampai kat US dulu?” tanya suami ketika kami berkereta nak ke Seremban baru2 ni.

“Which part?” tanya ana tak pasti incident mana yang mencuit hati suami ketika itu.

Sambil tersenyum dia menjawab ” Teringat Ramzy, dengan rambut ala Rod Stewart dia, tapi kecek Klate…’May I borrow your pear? Maka tercengang2 lah kita budak Johor, pasal apa nak cari pear kat bank?” cerita suami. Tak cukup dengan itu kisah si Ramzy ni, sesampai je di College Inn, budak lain lum risau pasal solat lagi, tapi dia dah terlompat2 atas katil “Hih! Jahak dah ni, tok solak..jahak dah nih.” Mohd Ramzy, anak Kelate… kerana dia lah, ana ‘kenal‘ suami ana sekarang.

permandangan musim luruh di US, sekitar bulan Ogos

permandangan musim luruh di US, sekitar bulan Ogos

Ogos 1981, merupakan detik yang amat bererti buat kami, 20 orang pelajar lepasan SPM tahun 1980. 8 girls and 12 guys, in one group , mula mengorak langkah mencipta sejarah masing2 untuk menyambung pelajaran ke USA, di bawah tajaan JPA. Kesemua pelajar lelaki ditawarkan jurusan Chemical Eng, manakala 8 pelajar wanitanya, Computer Sc. Destinasi university kami ketika itu adalah Univ. of Colorado, Boulder, Colorado. Sebuah bandar ski yang sangat terkenal dengan Pergunungan Aspen nya yang menarik.

Setibanya kami di airport Denver, Colorado, kami disambut mesra oleh petugas university dengan sebuah School Bus warna oren nya untuk membawa kami ke Boulder, di utara Denver. Kami kemudiannya ditempatkan di Colledge Inn (dalam kawasan univ.), beberapa hari, sebelum dipindahkan ke dormitary masing-masing. Pengalaman susahnya mencari makanan halal bermula saat itu bagi kami pelajar2 wanita, namun bagi pelajar lelaki, nasi goreng cina dari sebuah restoran cina berdekatan sudah memadai, asal perut kenyang?? Kami pelajar perempuan, end-up dengan potato salad dan egg sandwich….

Sebahagian pelajar lelaki bersama semua pelajar wanita di masukkan ke Williams Village, satu kawasan dormitary baru ketika itu dengan kelengkapan modern termasuk pantry untuk memasak yang dikongsi dengan bilik2 lain satu floor.  Memang teruja sebab boleh masak, bekalan yang kami bawa dari Malaysia juga agak banyak, maka mulalah kami mencuba memasak sendiri. Yang kelakarnya, bila belacan digunakan dalam masakan, kami pelajar Malaysia, pakat rindu lauk pauk Malaysia, tapi pelajar2 US yg ada bersama, semua mengeluh dan kelam kabut mencari sumber datangnya bau ‘harum’ belacan tadi…!! Memang funny nak menjawab mereka yang bertanya sambil menutup hidung.

Pengalaman bertembung dengan sekumpulan pelajar2 asing lain yang mabuk di malam2 minggu juga sangat menghiburkan, walaupun agak menakutkan juga. Baru kami tahu bahwa orang mabuk ni can be so strong…! Ada ke bangku batu di taman tu boleh di angkatnya..! Kelam kabut kami lari menyelamatkan diri. Makan di cafetaria dorm juga sangat menyiksakan. Bagi kami pelajar wanita, the only time yg kami makan di cafe adalah untuk breakfast. Sebab boleh makan cornflakes, kadang2 ada pancakes atau waffle with maple syrup, toast dengan telur goreng, hash brown atau potato salad yang kami yakin ‘halal’nya ketika itu. Tapi, kalau brothers nya? Semua boleh belaka, tak kira chicken or beef. Yang ditolaknya, daging ‘bak’ dan seumpamanya je…. tak cukup dengan itu, mereka tertawakan kami dan mengejek kami ‘kambing’ sebab makan salad selalu.

Itu zaman jahiliyah….. memang jahil pun.

Dua bulan kami di dorm, kami rasa dah cukup lama. Kami apply untuk menyewa di luar saja. Maka bermulalah hidup kami sebagai student yang boleh masak sesuka hati, makan apa yang kami nak. Sisters sewa 2 apartments, ana sendiri bersama tiga rakan lain menyewa di Varsity Manor, apartment satu bilik, tapi fully furnished. Di apartment inilah, banyak pengalaman menarik sewaktu mula2 belajar hidup bebas tanpa kongkongan sesiapa, baik ibu bapa, maupun guru atau warden. Menariknya, walaupun bebas terlepas, tapi mungkin kerana adanya nilai2 timur yang masih menebal dalam jiwa dek didikan sekolah dan ibu bapa ketika di Malaysia dulu, alhamdulillah, bebas kami belum jauh tersasar. Masih segar diingatan, bagaimana kami akan cuba mengelak dari bertembung dengan pelajar lelaki, walaupun terserempak di pasaraya bershopping beramai2. Kalau dibanding dengan senario sekarang, di mana anak muda bertepuk tampar bergesel bahu sesama mereka, kami jauh lebih beradab, 28 tahun yang lalu….betapa masa telah merubah segalanya.

Satu kenangan yang cukup bererti bagi kami yang bersekolah asrama di Malaysia ialah ketika sambutan hari raya haji. Memandangkan tiada seniors dari Malaysia pun ketika itu yang boleh tolong masakkan untuk kami, maka kami mengambil initiative sendiri untuk kumpul duit bersama dan sisters masak. Menunya, nasi putih, kari ayam bersama sambal goreng jawa! (bangga org jawa, boleh lagi masak sambal gorengnya sampai ke US!!). Hanya dengan lauk sebegitu saja pun, kami dah teruja sangat…maklumlah, baru belajar masak, dah boleh masak untuk 20 orang makan…dan rasanya, seingat ana, sedapppp! (Maklum je  lah) Maka makanlah kami beramai2 dengan berselera serta penuh kesyukuran. Itu dah kira special habis dah tu.

(bersambung…)

Next episod would be how we met pak Arab, and how we tried to run away from them. InsyaAllah.

5 thoughts on “~ Nostalgia USA (1) ~

  1. Salam kak meen…kak meen belajar kat Us tahun berapa ya?saja tanya sebab my hubbypun belajar kat sana awal tahun 90an…sernk baca cerita kak meen.

  2. Dia study kat Duluth…saya tak reti pulak nak eja nama universiti dia tu kak meen hihihi sorilah kak meen sabar aje…dia pulang ke Malaysia tahun 1992…

    • lama sangat dah kak meen tinggalkan US sebelum suami awwa pulak… hehe, mesti you all muda lagi nih, kak meen dah bakal jadi nenek dah ni….apa pun, pengalaman berada di negeri orang, amat berguna. Tanya suami awwa, mesti dia setuju.

  3. Tak sangka Sis Meen is a good writer. Jalan cerita cukup menarik. Your introduction made me smile to myself. Yes that was me in early days due to my extreme crazy to Stewart, may Allah guide him. Amongst 11 of the naughty boys excluded your husband Dr Bard, my name is up makes me feel big anyways. I’ll certainly drop by your blog off and on. Lots of interesting inputs and memories in place.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s