~ Nostalgia USA (2) ~

So, “May I borrow your pear” secara bakunya adalah, “May I borrow your pen”! Bertanya pada budak Johor yg tak pernah keluar dari Johor sebelum ni, mana nak reti…..

Begitulah ceritanya.

main snow kat US dulu adalah salah satu nikmat buat kami, 'anak2 kecil' ni.

main snow kat US dulu adalah salah satu nikmat buat kami, 'anak2 kecil' ni.

Kami 20 orang di Boulder sebenarnya belum lagi ditempatkan ke jurusan masing2. Kami semua dimasukkan ke kelas intensive English, walaupun dah ambil peperiksaan TOEFL di UM sebelum berangkat. Result TOEFL lum keluar lagi, tapi JPA nak masukkan jugak kami ke english class tu. So kami pun menduduki placement test bersama foreign students lain dari seluruh pelosok dunia. Memang satu pengalaman yg sgt seronok. Ada pelajar India, Italy, Venezuela, Mexico, Jepun, Arab dan banyak lagi. Keputusan placement test? 18 org dari 20 kami masuk advance class, punyalah seronok main….bukan belajar sangat. Memang merupakan honeymoon period kami. Bila keputusan TOEFL dari Malaysia keluar, seperti yg dijangka, rata2 semua kami sepatutnya di ‘exempted’ dari english class…

Empat bulan kami di IEC (Intensive Eng College) Boulder, Berbagai pengalaman kami timba. Rata2, pelajar Malaysia jauh ke depan dalam english. So, memang kami conquer class. Semasa empat bulan itulah juga, berbagai jenis manusia cuba mendekati kami. Baik Pak Arabnya, mau pun para mubaligh Kristian. Teringat ana, bagaimana seorang brother dari Saudi berusaha untuk memujuk pelajar lelaki kami untuk membeli ayam halal sepertimana dia. Pernah diajak kami ber’picnic’ bersama, lalu dijamu kami dengan lauk ayam halal, katanya. Maka bermulalah era baru pelajar lelaki mencari ayam, lembu atau kambing halal yang boleh di order dan dihantar terus ke rumah. Walaupun frozen, tapi itu ternyata lebih baik dari daging yg disembelih oleh warga Amerika yg belum tentu Muslimnya.

Mubaligh Kristian pernah menganjurkan picnic untuk kami, dan kami hanya makan buah2annya sahaja, tapi pengalaman macamana mereka cuba menarik orang kepada Kristian, memang menakjubkan. ‘IKRAM’ mereka memang super, di sinilah kami mengambil keputusan mengguna mereka untuk tolong bawa barang2 kami dari Boulder ke Pueblo, di selatan Colorado.Dan mereka dengan rela hati membantu. I guess, they must have thought that they got lots of ‘rewards’ from the deeds…poor thing!

Pak-pak Arab juga tak kurang memberi ikram kepada kami, yang menurut mereka adalah ‘budak2 kecik’ yg tak sepatutnya dicampakkan ke US tanpa pengawasan org dewasa, esp yg sisters nya.Maka berusahalah mereka untuk membentuk kami. These brothers and sisters are from all over the world jugak sebenarnya. One Pakistan family, the father, Dr Moin Siddique married a local American, named Sister Zeba, sangatlah banyak berjasa pada kami. Beliau suami isteri bersama anak menantunya, cuba sebaik mungkin berikram kepada kami, esp bab makan. Selalu jugak berpeluang berpicnic bersama.

Suatu hari, sekumpulan jemaah tabligh from another town came to Boulder, and of course, 12 brothers from Malaysia ni jadi target mereka kali ni. As expected, invitation mereka disambut dingin oleh brothers Malaysia. Mana tak nya, dari Malaysia kami dah di’brainwash’ed untuk menjauhkan diri dari pak Arab, dengan momokan, mereka sesat. Kami yg muda belia waktu tu, kalau ajak makan, tak sesat, tapi kalau mula bicara soal Islam, ya INI sesat!!! Astagfirullah…Lucunya, bila brothers tau je jemaah tabligh sampai, yang sempat lari, akan berterabur lari, untuk elak dari bertembung dgn mereka, lalu terperangkap. Maka satu hari, ‘tok penghulu’ kami tiba2 muncul depan pintu apartment sister, merayu minta disembunyikan dirinya. Masuklah tok penghulu, bersembang dgn kami beberapa jam, sehingga jelas jemaah tabligh tu dah beredar dari kawasan apartment.

Subhanallah, dikira bersubahat kah kami?? Dalam usia 18 tahun, bayangkan pola pemikiran kami waktu itu, di zaman awal 80an, ketika mana dakwah baru mula bercambah di Malaysia. Sedang kami disogokkan idea yang tidak2 sebelum berangkat meninggalkan bumi Malaysia. semuanya bertujuan untuk menutup ‘cahaya Allah’ dari ‘merosakkan’ anak bangsa…namun Allah juga ada perancanganNya buat kami.

Walaupun tok penghulu kami sempat melarikan diri, namun ada juga anak2 buahnya yang tercekup dek jemaah tersebut. Beberapa orang dari kalangan brothers ada yang mengikut mereka keluar ‘khuruj’. Selesai tempoh kami berintensive english, kami pun seramai 19 orang berpindah ke Univ of Southern Colorado, di Pueblo. Bandar cowboy yg agak terpencil sebenarnya. Namun telah ada pak2 Arab tabligh yang menanti akmi di sana, maka bermula satu lagi era baru buat kami, mula mengenal ‘the real teachings of Islam’. Kami dilayan bak anak raja, dijamu makan sekurang2nya sekali seminggu, tiap kali adanya ‘bayan’ sbg pengisian buat kami. Kalau sisters, bayannya di rumah mereka bersama2 para isteri mereka sekali, dan untuk brothers, ikram terus-terusan dibuat supaya brothers Malaysia lekat di ‘masjid’ (islamic center) at least lima kali sehari semalam.

Ke kampus mau pun nak shopping groceries, kami dihantar dan diambil. Memang tak ubah seperti puteri raja Arab yang ber chaufer kan pak Arab, cumanya puteri2 raja ni, so ‘oriental looking’. menyebabkan ramai mat2 dan minah2 saleh terpinga2 tengok kami keluar masuk van pak Arab di Univ. Memang satu senario yg lucu ketika itu. Kami pun dengan bangganya merasai aura ‘bak puteri dalam Hikayat 1001 malam’…

Ikram dan kesungguhan, beserta ‘fikir’ (good niat and husnuzhon) para jemaah ini untuk membawa kami mengenal Islam yang sebenar, tidak disia-siakan Allah. Sheikh Mohd Basheer dari Libya, seorang tokoh muda disitu pernah confessed pada suami ana, katanya;

“The first time I saw you Malaysians, 19 of you, I told myself that one day, all these brothers will come to solat jamaah five times a day, and all the sisters will wear hijab (maklumlah, dalam 8 sisters tu, cuma 2 je yg bertudung ketika itu).”

Simple je ‘fikir’ pertamanya pada kami, dan ‘fikir’ nya itu disusuli dengan ikram yang tak mengenal penat dan jemu, akhirnya impian mereka terlaksana bila Allah membuka hati dan memberi hidayahNya pada kami, all 8 sisters akhirnya sempurna berhijab and all 11 brothers bukan setakat solat jamaah 5 times a day, malah ikut serta berkhuruj, berjaulah dan berijtimak bersama mereka. Sebagai ‘hadiah’ buat kami, kesemua kami dibawa berpicnic ke Royal Gorge dengan makanan yang disediakan oleh para isteri mereka disamping BBQ oleh pak2 Arab sendiri.

Memang satu pengalaman yang sangat manis dan penuh makna buat kami.

(insyaAllah akan bersambung lagi….)

Next episod, on bait muslim among us….? Well let’s see….ok.🙂

10 thoughts on “~ Nostalgia USA (2) ~

  1. kalau Allah nak bagi hidayah, tak boleh lari atau sembunyi di mana-mana! tapi ‘tok penghulu’ dan anak buahnya patut banyak bersyukur – Allah bagi hidayah menerusi usaha brothers tu … semoga Allah memberi ganjaran kepada mereka di akhirat kelak …

  2. Best baca pengalaman orang lama. Dapat belajar dan dijadikan pedoman sedikit sebanyak.

    Orang muda skarang lain. Ajaran Islam dh ada depan mata pon xnak ambil lagi. Kalau boleh nk lari jauh2. Na’uzubillah. Semoga dpt mendidik anak yg soleh solehah, pemuda pemudi harapan Islam.

    • Ameen, ya Rabb. Jzkk atas doanya,
      Syabas pada anak muda seperti anta. Dalam zaman Islam mula naik semula seperti sekarang, masih ramai anak2 muda yang terus lena. Semoga anta terus tsabat atas jalan ini.

  3. A very nice nostalgic story. I do really impressed with your capability of recalling those precious moments before and after the hidayah came to all of us . Its just reminding me back past stories and it does touches me alot. Its just unbelievable to travel to United States to find the hidayah at a non muslim country something that we never think of. . …SubhanaAlllah

  4. Meen, salam 2u and Bad. Satu catatan yg amat menyentuh hati saya. Di kalangan 12 brothers tu, saya termasuk dalam group pertama yg berjaya dibawa oleh brother Arab utk khuruj kali pertama di Laramie, Wyoming. Dua orang lagi yg berjaya dipujuk adalah Latifi & Amir. Alhamdullillah, pendedahan tersebut akhirnya menjadikan saya sebagai diri saya yg dapat membezakan i apa itu buruk dan baik. Teruskan catatan Meen dan saya akan mengikutinya.

  5. Well Br Jie (thats what we all used to call you right…), those precious moments will always stay fresh in our hearts. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat tumpahnya hidayah Allah pada kita.
    Syukur sgt2 ke hadrat Allah yg memilih kita untuk diberikan petunjukNya

    Br Ishak, thanks so much. Will try my best, insyaAllah.

  6. What a small world indeed, huh!
    Dr Badhrul kata, macam pernah dengar nama tu, tapi memory dah getting poor, tak berapa nak ingat sangat dah…apa pun, nice to know you.

  7. oh, there was a brother doing wood, cant recall the name though….
    dr badhrul buat chemical eng, and he isnt from klntn or tgganu, he’s from johor.
    what year was that, when ur dad came to colorado? we did have friends who moved from colorado to athens, kamarul asri b ibrahim adn ishak b nordin. Ur dad kenal depa kot..?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s