Sejarah Yahudi (1)

Beberapa kurun lepas, ucapan salam di mana-mana, alunan bacaan al-Quran dan zikir harian berkumandang di setiap pelusuk jalan kota mahupun desa. Perniagaan berjalan dengan penuh rasa hormat dan ihsan. Nyayian dan puisi berbentuk pujian kepada Allah dan Rasul-Nya didendangkan menghibur hati sekaligus menanam rasa ‘izzah akan Islam dalam setiap pendengar. Islam kuat. Islam gagah. Sukar digoncangkan. Itulah pandangan musuh ketika itu.

free palestin

Kini, ucapan assalamualaikum akan dibalas dengan pandangan aneh, suara alunan bacaan al-Quran akan dijauhi dan dipandang hanya layak untuk budak tahfiz. Penipuan, tamak dan dengki menjadi asam garam perniagaan. Nyanyian berunsur syahwat yang diraikan. Islam kini lemah, boleh disamakan tak jauh bezanya dengan singa yg hilang taring belaan kambing. Demikian pandangan musuh terhadap Islam masa kini.


Musuh tidak lain tidak bukan adalah Yahudi. Termaktub dalam al-Quran, malah sejarah telah membuktikan musuh Islam; tidak, musuh dunia sejagat sebenarnya adalah Yahudi. Henry Ford yang terkenal, seorang jutawan Amerika pengasas Syarikat Permotoran Ford sendiri mengakui permasalahan Yahudi di muka bumi yang banyak membuat kerosakan dan kebencian. Beliau telah mengarang sebuah buku yang bertajuk The International Jew The World’s Foremost Problem yang menyingkap betapa bahayanya kaum Yahudi di muka bumi kini. Buku ini telah pun diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa termasuk bahasa Arab. Lihat sahaja bagaimana seorang non-muslim sendiri menyedari bahawa musuh dunia adalah Yahudi. Malah ramai lagi ahli-ahli cendiakawan bukan Islam dari Eropah dan Amerika Syarikat yang mengarang buku mengenai kerosakan yang dibawa oleh kaum Yahudi.

Jelas bahawa musuh yang telah menjatuhkan ‘izzah Islam satu ketika dulu dan masih menghimpit kita sekarang adalah Yahudi. Maka sewajarnya kita mengenali siapakah mereka ini sebenarnya. Mereka berasal dari keturunan Nabi Yaakub a.s yang mempunyai 12 orang termasuk Nabi Yusuf a.s dan Bunyamin. Perkataan ‘Yahudi’ juga dikatakan berasal dari nama salah seorang anak Nabi Yaakub iaitu Yahuda. Mereka inilah yang digelar Bani Israel yang seringkali diulang-ulang dalam al-Quran sebagai pengajaran kepada orang yang bertakwa. Bani Israel menjadi satu kaum yang bersatu di zaman perutusan Nabi Allah Musa a.s yang mana sebelum ini mereka hidup di Mesir dan bercampur dengan kaum Qibti iaitu penduduk asli Mesir. Setelah ditindas oleh Firaun Ramsis 2 sepertimana yang dikisahkan dalam al-Quran, mereka diperintahkan oleh Allah untuk melarikan diri ke Semenanjung Sinai bertentangan dengan Mesir yang hanya dipisah oleh Laut Merah. Dengan kuasa dan pertolongan Allah, mereka selamat sampai ke Semenanjung Sinai tanpa sebarang masalah di bawah pimpinan Nabi Musa dan saudaranya Nabi Harun ‘alaihimassalam. Setibanya mereka di Sinai, Allah S.W.T telah memerintahkan mereka supaya masuk ke tanah suci Palestin yang ketika itu diduduki oleh bangsa Kan’an (Arab) yang ketika itu menyembah berhala dan syirik kepada Allah. Namun sebahagian besar Bani Israel yang terkenal dengan sifat berdolak dalih, enggan menuruti perintah ketika mana dalam keadaan yang senang menolak perintah tersebut dengan alasan kaum Kan’an adalah kaum yang kuat dan ganas. Malah mereka dengan biadap mengajuk Nabi Musa a.s dengan berkata “Pergilah kau berdua (Musa dan Harun) bersama Tuhanmu sedangkan kami hanya duduk di sini”. Kisah ini diceritakan dalam surah al-Maidah. Disebabkan keengganan dan kebiadapan mereka, Allah S.W.t telah mengharamkan mereka dari masuk ke tanah suci selama 40 tahun dan selama itulah mereka hidup berkeliaran di pelusuk Semenanjung Sinai.

palestine - adam

Setelah berakhir 40 tahun, akhirnya mereka memerangi kaum Kan’an yang berada di Palestin di bawah pimpinan Yuusya’ bin Nuun yang digelar ‘pemuda Musa’ kerana ketaatan beliau kepada Nabi Musa a.s. Cuba perhatikan mengapa Allah memerintahkan pengasingan mereka di Sinai selama 40 tahun. Ini adalah bagi menggantikan generasi yang ingkar dengan arahan Nabi Musa dengan generasi baru yang lebih bersemangat dan taat kepada Allah S.W.T. Subhanallah hebatnya perancangan Yang Maha Kuasa. Kaum Kan’an berjaya dikalahkan dan mereka menduduki bumi Palestin sejak dari ketika itu. Setelah beberapa ketika terutuslah Nabi Daud a.s yang menjadi pemerintah Palestin dan diwarisi oleh anaknya Nabi Sulaiman a.s. yang mendirikan kerajaan agung di Palestin yang tidak akan mampu ditandingi kehebatannya sehingga bila-bila. Zaman ini dipanggil Zaman Emas Bani Israel. Bani Israel hidup aman makmur di dalam syariat Allah yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s di dalam bumi Palestin.

Sehinggalah ketika wafatnya Nabi Sulaiman. Kerajaan Bani Israel di Palestin terbahagi kepada dua bahagian disebabkan perebutan kuasa dan kelemahan iman dalam diri mereka. Bahagian utara dikuasai oleh Yarbu’aam dan bahagian selatan dikuasai oleh Rahba’aam bin Sulaiman bin Daud. Lihatlah bagaimana rapuhnya pegangan Bani Israel kepada ajaran Nabi Musa yang diwarisi oleh Yuusya’ bin Nuun kemudian Nabi Daud kemudian Nabi Sulaiman. Selepas wafatnya Sulaiman a.s, kerajaan utara yang diterajui oleh Yarbu’aam kufur dan mula menyembah berhala berbentuk lembu setelah Bani Israel meminta Yarbu’aam membuat Tuhan untuk mereka. Tidak lama kemudian kerajaan selatan pula mengikut jejak langkah mereka dan kufur menyembah berhala. Maka pada ketika itu, kesemua inci tanah suci Palestin dicemari oleh kekufuran Bani Israel dek kebodohan dan hawa nafsu mereka. Namun janji Allah itu pasti. Allah S.W.T menurunkan azab ke atas mereka di tangan Nebuchadnezzar Ke-2 seorang pemerintah kerajaan Babylon yang menakluki bumi Palestin dan menghancurkan Haikal Sulaiman yang mula dibina pada zaman Nabi daud a.s dan disiapkan pada zaman Nabi Sulaiman sebagai rumah ibadat Bani Israel kepada Allah S.W.T. Nebuchednezzar kemudiannya membunuh sebahagian besar Bani Israel dan menindas mereka sehingga mereka terpaksa melarikan diri ke Babylon. Ketika itu mereka dipimpin oleh Nabi Daniel yang berusaha mengembalikan Bani Israel kepada syariat Allah yang lurus. Peristiwa ini boleh kita kaji di dalam Surah al-Israa ayat 5 yang bermaksud:

فَإِذَا جَآءَ وَعۡدُ أُولَٮٰهُمَا بَعَثۡنَا عَلَيۡڪُمۡ عِبَادً۬ا لَّنَآ أُوْلِى بَأۡسٍ۬ شَدِيدٍ۬ فَجَاسُواْ خِلَـٰلَ ٱلدِّيَارِ‌ۚ وَكَانَ وَعۡدً۬ا مَّفۡعُولاً۬ (٥

“Apabila datang janji (siksaan) untuk yang pertama daripada keduanya, Kami bangkitkan kepada kamu beberapa orang hamba Kami yang gagah perkasa lalu mereka itu mundar-mandir (mencarimu) dalam negeri. Itulah janji yang mesti dilakukan”

one stone

Para ulama berkhilaf pendapat pada erti kalimah ‘hamba Kami yang gagah perkasa’. Ada yang menafsirkan ianya adalah umat akhir zaman ketika kemenangan Islam yang dijanjikan kelak. Namun pendapat yang lebih tepat ialah ianya bermaksud Nebuchadnezzar berdasarkan ayat-ayat selepasnya walaupun digunakan kalimah ‘hamba kami’. Perkataan ‘hamba’ di sini tidaklah bermaksud hamba khusus iaitu hamba yang mengikut ajaran Islam tetapi ianya ialah lafaz am yang merujuk kesemua makhluk ciptaan Allah. Perhatikan pula ayat ke-6 dan 7:

ثُمَّ رَدَدۡنَا لَكُمُ ٱلۡڪَرَّةَ عَلَيۡہِمۡ وَأَمۡدَدۡنَـٰكُم بِأَمۡوَٲلٍ۬ وَبَنِينَ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ أَڪۡثَرَ نَفِيرًا (٦) إِنۡ أَحۡسَنتُمۡ أَحۡسَنتُمۡ لِأَنفُسِكُمۡ‌ۖ وَإِنۡ أَسَأۡتُمۡ فَلَهَا‌ۚ فَإِذَا جَآءَ وَعۡدُ ٱلۡأَخِرَةِ لِيَسُـۥۤـُٔواْ وُجُوهَڪُمۡ وَلِيَدۡخُلُواْ ٱلۡمَسۡجِدَ ڪَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ۬ وَلِيُتَبِّرُواْ مَا عَلَوۡاْ تَتۡبِيرًا (٧)

“Kemudian kami kembalikan kekuasaan kepadamu dan Kami anugerahkan harta benda dan anak-anak dan kami jadikan kamu mempunyai kaum yang banyak. Jika kamu berbuat baik, nescaya kamu berbuat baik untuk dirimu. Jika kamu berbuat jahat (balasannya) untuk dirimu pula. (Kami bangkitkan musuh-musuhmu) sehingga mereka menghinakan mukamu, dan memasuki masjid (Baitul Maqdis) sebagaimana mereka itu telah memasukinya pertama kali, lalu mereka membinasakan apa yang mereka kuasai dengan kebinasaan (yang hebat)”

Ayat 6 dan 7 menceritakan kekuasaan yang dikecapi kembali oleh kaum Yahudi setelah dibinasakan pada kali pertama (oleh Nebuchadnezzar) dan ianya boleh diertikan dengan apa yang berlaku sekarang. Dan ayat 7 pula menceritakan bagaimana nanti mereka akan dihancurkan sekali lagi oleh tentera-tentera Allah akhir zaman kelak iaitu ummat Muhammad S.A.W. Detik itu pasti akan tiba tak lama lagi insyaAllah.

DSCN0129

Sejarah membuktikan sikap kaum Yahudi iaitu Bani Israel tidak pernah berubah. Ketika mereka dalam kesusahan ketika itulah mereka akan meminta pertolongan dari Allah S.W.T dan mereka akan kufur sesudahnya. Itulah hakikat mereka sepertimana yang termaktub dalam al-Quran. Ketika ditindas oleh Nebuchadnezzar mereka mengikut Nabi Daniel dan selepas itu mereka kembali kepada perangai sebenar mereka. Kita sepatutnya mengambil iktibar dari kisah sejarah mereka. Sesungguhnya Yahudi ialah kaum yang licik, cepat melupakan nikmat Allah dan mempunyai agenda jahat yang tersendiri.

Bersambung….

(Nukilan dan kiriman anakanda Adam –
sesuatu yg dipelajari dari pensyarahnya di Univ Yarmouk, Irbid, Jordan.)

2 thoughts on “Sejarah Yahudi (1)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s