Archive | June 2009

‘Have empathy’ then Fahamilah dia…

I came across an entry in one of the blogs that I visited recently, which to me is quite interesting. From my first reading, I understood it as an entry that talked about a woman’s love. The author was comparing between the love of a mom and a wife.  Those two are women, and to the author, these two kinds of love are not the same, because they play different roles. I tend to agree with that, of course, there’s no comparison between mom’s love with anything else. Cinta seorang ibu, tanpa syarat. Be how good or bad, how rich or poor, how handsome/beautifull or not the children are, a mom’s love will remain the same. She’ll love the children no matter what. That’s how special a mom’s love is, compared to anything else…. Subhanallah, Alhamdulillah. Allah is full of Passions and Mercies, that He bestows a little portion of it to us, moms, to love our children unconditionally. If it is not because of Him……….

indah

Continue reading

Hepi Father’s Day…pulak

So, like I used to say in my older post, every 2nd sunday of May, and every 3rd sunday of June, me and my husband will definately get some surprise dish or dishes from our kids sempena mom’s or dad’s day… hehe. today, being the 3rd sunday of June, my husband dapat special treat from anak dan menantu sulong dia…. what a surprise!!

father's day

Continue reading

Tanda KasihNya

ujian

Ujian, satu kemestian dalam hidup. Satu sunnatullah yang menjadi ketetapan Allah buat semua hambaNya. Ujian boleh datang dalam berbagai bentuk dan rupa. Musibah yang menimpa, jelas dan terang dapat diterima oleh hambaNya yang beriman sebagai satu ujian Allah untuk menghapus dosa, mengangkat darjat hambaNya atau buat jalan memberi pahala. Manakala nikmat juga adalah ujian yang sering terleka oleh manusia untuk diterimanya sebagai ujian yang datang menguji keimanan, tetapi sering dianggap hanya sebagai limpah kurnia Allah dek kerana sayangnya Allah pada kita. Maka kita selalu lalai dengan nikmat.

Continue reading

~ Nostalgia USA (4) ~

19 of us, 8 girls and 11 guys ( another guy pindah lebih awal ke bandar St Louis ) berpindah dari Boulder ke Pueblo, sebuah bandar kecil di selatan Colorado. The guys mula berjinak dengan tabligh di Pueblo, manakala kami juga secara tak langsungnya terlibat dengan para isteri2 ahli jemaah tablighnya juga. A very nice experiences, and I believed I had shared some stories dalam postings ana terdahulu. Banyak sekali pengalaman2 dalam bergaul dengan jemaah tabligh ini yang mengajar kami erti Islam yang sebenar, yang selama ini kami take for granted dari Malaysia. (Take for granted that whatever yang kita dapat dari nenek moyang kita itulah Islam, tanpa mengkaji lebih baik lagi, walhal Islam itu jauh lebih luas dan jauh lebih indah dari yang difahami sebelum ini…subhanallah).

1_223140975l

Continue reading

Doa Seorang Ibu

DSCN0440

Semalam mak telefon. Ibu mertua ana yang telefon… lama tak dengar suara mak. Maafkan kami, kerana lalai untuk bertanya khabar mak di kampung. Kalau nak guna alasan sibuk, memang semua orang sibuk, maka jangan lagi sibuk itu yang dipersalahkan…Pokok pangkalnya atas diri sendiri. Bukan tak teringat nak dail nombor mak, tapi selalu beralasan, ‘kejap lagi lah…’, atau, ‘insyaAllah, mak okay tu, adik tak kata apa pun…’. Mentang2 mak duduk dengan adik, beruntunglah adik yang dapat pungut seribu satu pahala saban hari menemani dan menghiburkan hati mak. Kami nih…?

Continue reading

Sejarah Yahudi (2)

DSCN0059
(Sambungan dari Sejarah Yahudi (1) oleh Anakanda Adam)
Sebagaimana yang sedia maklum, kaum Yahudi yang digelar Bani Israel adalah berasal dari keturunan Nabi Yaakub a.s yang mempunyai 12 orang anak yang akhirnya berkembang seiring dengan zaman sehinggalah hari ini. Era kehancuran Yahudi yang pertama boleh dikatakan berlaku setelah Nebuchednezzar ke-2 menyerang bumi Palestin dan menghancurkan rumah ibadat mereka iaitu Haikal Sulaiman dan mereka melarikan diri ke bumi Babylon yang kini berada dalam kawasan Iraq. Beberapa tahun kemudiannya, Babylon ditakluk oleh Parsi, begitu juga dengan bumi Palestin. Pemerintah Parsi iaitu Cyrus II atau Cyrus The Great telah bertindak membenarkan Bani Israel pulang ke Palestin dan membina semula Haikal Sulaiman yang dinamakan Haikal Kedua. Menurut pandangan beberapa sejarawan, ini adalah kerana Cyrus II telah mengahwini seorang wanita Yahudi iaitu Astir. Disebabkan itu, Cyrus II dianggap sebagai penyelamat ataupun messiah oleh Bani Israel. Terdapat beberapa orang ulama Islam Sunni mahupun Syiah seperti Abu A’la al-Maududi berpendapat Cyrus II adalah Dzulqarnain yang disebutkan dalam al-Quran. Namun ianya bukanlah pendapat yang masyhur, wallahua’lam.

Gaza_Strip_map

Continue reading

~ Nostalgia USA (3) ~

Alhamdulillah… akhirnya, Islam yang ana faham dari bumi Malaysia, telah diperteguh dan diperkayakan dengan pengalaman ana bersama-sama dengan umat Islam lain dari pelbagai pelusuk dunia, termasuk Palestin, Arab Saudi, Libya, Algeria, Sudan, Kuwait, UAE, Iraq, Iran, Bangladesh, Pakistan, malah India. Bermuamalah dan bemu’ayasyah bersama mereka telah benar2 membuka minda ana pada pendekatan Islam yang sebenar. Hidup bertoleransi dengan mazhab yang berbeza dari Syafie misalnya, telah mangajar ana untuk memahami bahwa Islam itu benar2 luas, mudah dan indah. The thought that we all can sit together, discuss and argue dalam harmoni ukhwah Islamiyah, sangat2 ana hargai.

musim panas di US, panas tapi kering, so kita tak mudah berpeluh.

musim panas di US, panas tapi kering, so kita tak mudah berpeluh.

Continue reading