Sejarah Yahudi (2)

DSCN0059
(Sambungan dari Sejarah Yahudi (1) oleh Anakanda Adam)
Sebagaimana yang sedia maklum, kaum Yahudi yang digelar Bani Israel adalah berasal dari keturunan Nabi Yaakub a.s yang mempunyai 12 orang anak yang akhirnya berkembang seiring dengan zaman sehinggalah hari ini. Era kehancuran Yahudi yang pertama boleh dikatakan berlaku setelah Nebuchednezzar ke-2 menyerang bumi Palestin dan menghancurkan rumah ibadat mereka iaitu Haikal Sulaiman dan mereka melarikan diri ke bumi Babylon yang kini berada dalam kawasan Iraq. Beberapa tahun kemudiannya, Babylon ditakluk oleh Parsi, begitu juga dengan bumi Palestin. Pemerintah Parsi iaitu Cyrus II atau Cyrus The Great telah bertindak membenarkan Bani Israel pulang ke Palestin dan membina semula Haikal Sulaiman yang dinamakan Haikal Kedua. Menurut pandangan beberapa sejarawan, ini adalah kerana Cyrus II telah mengahwini seorang wanita Yahudi iaitu Astir. Disebabkan itu, Cyrus II dianggap sebagai penyelamat ataupun messiah oleh Bani Israel. Terdapat beberapa orang ulama Islam Sunni mahupun Syiah seperti Abu A’la al-Maududi berpendapat Cyrus II adalah Dzulqarnain yang disebutkan dalam al-Quran. Namun ianya bukanlah pendapat yang masyhur, wallahua’lam.

Gaza_Strip_map


Setelah Haikal Kedua disiapkan, mereka menikmati kehidupan yang aman damai di Palestin sehinggalah penjajahan Rom di bawah pimpinan Titus Flavius, Emperor Empayar Rome pada ketika itu. Bani Israel cuba untuk melakukan revolusi ke atas kerajaan Rom di Palestin namun ianya berjaya dipatahkan dan sekali lagi Haikal mereka dihancurkan dan mereka dibunuh dengan kejam.

Salah satu sifat Bani Israel yang disebutkan dalam al-Quran ialah pembunuh anbiya’. Perkara ini dapat kita lihat dalam kisah Nabi Yahya dan Nabi Zakaria alaihimassalam. Mereka diutuskan Allah pada zaman pemerintahan Herodus. Mereka diutuskan tidak lain adalah untuk memimpin Bani Israel ke jalan yang lurus berpandukan syariat yang diturunkan kepada Nabi Musa suatu ketika dahulu. Herodus, yang mahu mengahwini adiknya sendiri iaitu Herodia ditentang keras oleh Nabi Zakaria dan anaknya Nabi Yahya. Dek kedengkian dan hawa nafsu, Herodus mengarahkan agar kedua-dua utusan Allah S.W.T tersebut dibunuh. Maha suci Allah, benarlah apa yang terkandung dalam al-Quran.

Kemudiannya Allah S.W.T mengutuskan Nabi Isa a.s yang dilahirkan oleh Maryam dengan cara yang luar biasa dengan kekuasaan Allah yang maha agung. Sepanjang hayatnya, pelbagai mukjizat yang dikurniakan kepada baginda sebagai tanda dan peringatan kepada Bani Israel seperti menyembuhkan penyakit buta dan kusta, menghidupkan burung yang mati dan berkata-kata sebaik sahaja dilahirkan. Namun kerana hasad dengki dan sifat jahat mereka, Bani Israel memfitnah Nabi Isa a.s sehingga baginda diburu dan diarahkan agar dibunuh. Pada ketika inilah salah seorang daripada Hawariyyun iaitu 12 orang pembantu Nabi Isa dalam menyebarkan ajaran Allah iaitu Judas Iscariot (يهوذا الإسخريوطي) mengambil peranan menggantikan tempat Nabi Isa setelah diubah rupanya mirip dengan wajah Nabi Isa a.s dengan izin Allah. Akhirnya Nabi Isa terselamat dari hukuman hasil fitnah dan hasad kaumnya sendiri dan pembantunya Judas disalib dan dibunuh.

petir_jpg_w480

Nabi Isa a.s ialah nabi terakhir yang diutuskan kepada Bani Israel yang mana kebanyakan para anbiya diutuskan kepada mereka. Manakala utusan terakhir iaitu Nabi Muhammad S.A.W pula adalah keturunan saudara Nabi Yaakub iaitu Nabi Ismail a.s. Allah S.W.T telah mengurniakan Nabi Ibrahim a.s iaitu ayah Ismail dan Yaakub kemuliaan atas ketabahan baginda dalam melaksanakan perintah-Nya. Kemuliaan yang dimaksudkan adalah seperti mana yang tertulis dalam Surah al-Baqarah ayat 124:

وَإِذِ ٱبۡتَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِـۧمَ رَبُّهُ ۥ بِكَلِمَـٰتٍ۬ فَأَتَمَّهُنَّ‌ۖ قَالَ إِنِّى جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامً۬ا‌ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِى‌ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهۡدِى ٱلظَّـٰلِمِينَ

“Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia. Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: (Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan). Allah berfirman: (Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim.”

muhammad

Berdasarkan ayat di atas, Allah telah memuliakan Nabi Ibrahim a.s dengan menjadikan kesemua anbiya sesudahnya dari zuriat baginda, dan kesemua anbiya sesudahnya berasal dari keturunan Nabi Yaakub kecuali penghulu segala nabi-nabi dan rasul iaitu Saidina Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang berasal dari keturunan Nabi Ismail. Inilah sebab mengapa kaum Yahudi begitu dengki dan benci akan kaum Arab seterusnya ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W kerana mereka menyangka nabi terakhir akan muncul di kalangan mereka kerana sebelumnya tiada nabi yang muncul selain dari Bani Israel. Namun mereka tak mengerti bahawa Allah tak akan membangkitkan nabi di kalangan mereka sedang mereka berada dalam keadaan yang sesat dan terpesong;

قَالَ لَا يَنَالُ عَهۡدِى ٱلظَّـٰلِمِينَ

“Allah berfirman: (Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim”

Jelas menunjukkan bahawa kaum Yahudi tak berhak untuk mempersoalkan perihal ketiadaan nabi terakhir di kalangan mereka kerana mereka dengan jelas bertindak zalim terhadap nabi-nabi sebelumnya. Ini sejajar dengan janji Allah yang pasti. Tidakkah mereka mengambil iktibar dengan sejarah nenek moyang mereka sendiri? Sesungguhnya mereka adalah kaum yang menzalimi diri sendiri. Ingatlah bahawa mereka adalah kaum yang zalim, kejam, pemungkir janji dan pembunuh nabi. Ingatlah merekalah yang membunuh Nabi Yahya dan Nabi Zakaria. Mereka jugalah yang memfitnah Nabi Isa. Merekalah yang membuat perancangan untuk membunuh nabi kita Muhammad, merekalah yang melanggar perjanjian Hudaibiyah dan melakukan pertumpahan darah, dan ingatlah mereka yang mewarisi perangai keji nenek moyang inilah yang sedang membunuh saudara kita di Palestin hari ini.

“Meminta belas kasihan dalam apa jua bentuk sama ada pelan damai atau apa sahaja dengan Israel adalah seperti meminta ihsan dari binatang buas yang sedang kelaparan”
– Dr. Ahmad Muhammad Ahmad Malkawi

4 thoughts on “Sejarah Yahudi (2)

  1. Yahudi dengan sifat yahudinya akan kekal ke akhir zaman. Kita perlu ambil iktibar dalam berurusan dgn mereka. Kenali mereka, maka kita tahu selok belok belit dan tipu helah mereka. tq for the info.

    • benar kata mawar putih. Kenal bukan untuk dicinta saja, tapi kita perlu kenal untuk membenci juga. Benci pada musuh yang nyata.

  2. salam..syuran about de information.. ana student mutah dan mempelajari perbandingan agama. klu boleh ustaz dapat terangkan konsep ketuhanan yahudi(yahu) dan mengenai kitab perjanjian lama,syukran,

  3. konsep ketuhanan yahudi (yahweh) dan perjanjian lame? i.Allah akn diterangkan dalam post berikutnya pasal nak terangkan memang panjang, post baru akan menyusul xlame lagi, insya Allah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s