Doa Seorang Ibu

DSCN0440

Semalam mak telefon. Ibu mertua ana yang telefon… lama tak dengar suara mak. Maafkan kami, kerana lalai untuk bertanya khabar mak di kampung. Kalau nak guna alasan sibuk, memang semua orang sibuk, maka jangan lagi sibuk itu yang dipersalahkan…Pokok pangkalnya atas diri sendiri. Bukan tak teringat nak dail nombor mak, tapi selalu beralasan, ‘kejap lagi lah…’, atau, ‘insyaAllah, mak okay tu, adik tak kata apa pun…’. Mentang2 mak duduk dengan adik, beruntunglah adik yang dapat pungut seribu satu pahala saban hari menemani dan menghiburkan hati mak. Kami nih…?

Mak ana sendiri duduk bersama kami dalam seminggu lepas. Ingatan mak bertambah parah, kami adik beradik berusaha keras untuk memastikan mak tak duduk bersaorangan lagi di rumahnya. Macam2 alasan cuba kami beri, tapi mak tetap dengan rumahnya sendiri… mak kemalangan kecil sebulan lepas sebenarnya. Kereta kancilnya kini di workshop. Niat kami adik beradik, nak mak jualkan saja kereta tu, dan tinggal dengan kami, tapi… subhanallah, lagi kami pujuk, lagi mak mengugut. Dia tetap berkeras, nak kan keretanya jugak. Mak! Mak! Seronok peluk mak time mak macam ni. Macam peluk anak kecil yang merajuk.

Pagi ni ana teringat pada dua-dua mak. Seorang di Kluang, bersama adik bongsu suami, seorang di PD, duduk sendirian di rumah sendiri. Ana rasa bertuah masih punya mak, walaupun duduk berjauhan. Teringat pada satu kisah dalam slot cerekarama di TV3 suatu ketika dulu. Kisah seorang ibu, lakonan Sheila Rosli yang terlalu sayang dan memanjakan anak lelakinya, walaupun dia diperlakukan sembarangan oleh si anak. Sehingga ketahap, anak malu mengaku dia sebagai mak (macam dalam kisah si Tanggang). Namun hati mak, tetap hati seorang ’emak’. Biar bagaimanapun perlakuan anak terhadap mak, emak tetap terus mendoakan anak semoga bahagia. Begitulah murninya cinta kasih seorang mak, cinta tanpa syarat.

Yang paling ana terkesan dengan kisah di TV3 tu tadi, bila satu hari si anak sedar atas dosanya, lalu pulang ke kampung mencari mak yang ternyata baru meninggal dunia. Dalam sesalannya tak sempat berjumpa dengan mak, sahabat karib sekampungnya menempelak dia dengan kata-kata :

“Kau beruntung punya seorang mak yang sentiasa mendoakan kau, anaknya, walaupun kau berlaku derhaka pada dia, sejak kau kecil sampai kau berkeluarga kaya raya sekarang. Ingat, kau bahagia kerana ada mak kau yang mendoakan kau semoga bahagia, tapi sekarang, mak kau dah tak ada, doa dia untuk kau dah tak ada! Kau sendirian sekarang!”

AllahuAkbar! (Ana dah lupa dialog sebenar secara exact nya) Walaupun bukan itu dialog sebenarnya dalam drama tu, tapi intipatinya adalah itu. Iktibarnya tetap yang itu. Selagi kita punya mak, selagi kita didoakan mak, insyaAllah, kita akan dilindungi Allah. Bukankah doa ibu itu terlalu mustajab untuk anak2nya? Bukankah doa ibu itu terlalu tulus untuk kesejahteraan anak2nya? Kalau dah tak punya ibu??? Biar pelupa macamana sekali pun ibu kita, dia tak pernah lupa menadah tangan mendoakan anak2nya. Mak ana sendiri, setiap kali bersalam mencium tangannya, mak tetap dengan doanya,

“syukurlah ada korang anak2 mak, semoga Allah balas yang terbaik untuk korang semua yang ambil berat pasal mak.”

Belum lagi doanya selepas tiap kali solat. Mak ana memang pelupa sekarang, sangat pelupa, duduk sendirian, tanpa berbicara dengan orang lain, hanya radio IKIM dan keset2 quran dan nasyid yg jadi temannya, TV, hanya untuk cucu2 yg datang menjengok sekali-sekala. Terlalu banyak benda yang mak dah lupa. Dan ternyata, kami terhibur dengan kelaku mak yang lupa tu… Suka usik mak, sama2 gelak dengan mak dek lupanya dia, tetap disulami dengan rasa sedih melihat keadaan mak macam tu. Tapi, lupa macamana pun mak, soal solat dan mengaji qurannya, dia tak pernah lupa.

mak dgn adam masa kat Jepun dulu.... lama dah...1990.

mak dgn adam masa kat Jepun dulu.... lama dah...1990.

Ana seru diri ana, dan sesiapa yang sudi, semoga Allah mudahkan kita berbakti pada mak ayah, terutama mak. Kenang dan renung hidup kita sekarang tenang dan bahagia atas doa mak untuk kita. Doa tulus seorang ibu buat anaknya. Jauhi dari menyakiti hatinya, jauhi dari melukai hatinya yang dah kian reput dimamah usia. Hati2 bila berbicara dengan mak, takut2 dia menyimpan rasa. Mungkin dalam sesetengah keadaan, diam itu lebih baik dari kita bersuara yang hanya akan mengguris hati tuanya. Semoga kita dilindungi Allah dari berbuat yang begitu pada mak.

Wallahu’alam.

‘Ya Allah, bantui hambaMu yang hina ini untuk menjadi isteri yang solehah untuk suamiku, untuk menjadi ibu yang solehah untuk anak2ku, untuk menjadi anak yang solehah untuk ibu2ku dan untuk menjadi muslimat dan mukmimat yang solehah untuk seluruh masyarakatku, ameen.’

5 thoughts on “Doa Seorang Ibu

  1. Salam.

    Sebak bila baca post ni. Teringat Allahyarhamhu datuk ana di akhir2 hayatnya. Sekarang Datuk dan nenek sebelah abah & Umi dah meninggal. Rasa tak cukup lagi berbakti dgn mereka. Insya Allah, ana akan cuba berbakti pada Umi dan Abah ana. Thanks again for the knowledge and reminder.

    • Alhamdulillah, dalam zaman sebegini, masih ada anak muda yg mudah tersentuh hatinya bila berbicara soal ibu dan ayah. Sesungguhnya tarbiyah itulah yg membantu melembutkan hati untuk cepat menerima tazkirah demi tazkirah. Beruntung umi dan abah anta punya anak sebaik ini. Segala pujian, kembali kepada Allah. Moga menjadi ‘penyejuk mata’ mereka, ameen.

  2. Teringat senikata dalam lagu Rabbani, Anak Soleh ….. “bahagiakan mereka hingga ke hujung usia, bila sampai waktu ajalnya ” membawa ingatan kepada saat-saat akhir ayahanda saya yang menyuarakan kesakitannya “… sakit …. B!” Semoga Allah mengampunkan ayahanda dan meletakkan ayahanda dikalangan orang yang soleh! Ameen!

  3. Macam tulah seorang ibu.Selalu doakan anaknya.Tapi ana sebagai seorang anak pun selalu lupa nak doakn mak ana.ana mintak maaf ye mak..lain kali ana doakan mak.Ana akan selau doakn mak..

  4. salam .
    terima kasih kerana sudi singgah ke blog ana.
    insyaAllah, moga doa itu termakbul.
    blog KRIM Kuantan????
    besar tanggungjawab tuh! ana ni pun abang muaz yang ajar.
    insyaAllah suatu hari nanti akan terbentuknya blog impian kita tu.
    sama2 kita doakan…
    wassalam

Leave a reply to aunty meen Cancel reply