~ Nostalgia USA (4) ~

19 of us, 8 girls and 11 guys ( another guy pindah lebih awal ke bandar St Louis ) berpindah dari Boulder ke Pueblo, sebuah bandar kecil di selatan Colorado. The guys mula berjinak dengan tabligh di Pueblo, manakala kami juga secara tak langsungnya terlibat dengan para isteri2 ahli jemaah tablighnya juga. A very nice experiences, and I believed I had shared some stories dalam postings ana terdahulu. Banyak sekali pengalaman2 dalam bergaul dengan jemaah tabligh ini yang mengajar kami erti Islam yang sebenar, yang selama ini kami take for granted dari Malaysia. (Take for granted that whatever yang kita dapat dari nenek moyang kita itulah Islam, tanpa mengkaji lebih baik lagi, walhal Islam itu jauh lebih luas dan jauh lebih indah dari yang difahami sebelum ini…subhanallah).

1_223140975l

Maka hiduplah kami sebagaimana yang ana ceritakan sebelum ini. Dimanjakan oleh pak2 Arab yang menganggap kami anak2 kecil dari Malaysia. Namun kerisauan mereka tetap ada bila mengenangkan betapa anak2 kecil ini dibiar ke luar negara tanpa muhrim yang sebenar, maka sedikit demi sedikit, kami di beri hints dan sindiran untuk mendirikan sahaja masjid sesama kami, pelajar Malaysia. Malah ada juga hints yang kami terima, kalau tak mau dengan sesama Malaysians, ada sahaja pak2 Arab yang sanggup terima kami…!!! Maklumlah, kata mereka, mengahwini anak2 Arab sendiri, belanjanya terlalu besar, so kalau mereka boleh settle dengan anak Malaysia, umpama ‘pucuk dicita, ulam mendatang’ lah layaknya.

But then, wait a minute!! Tak terbayang langsung kami nak settle down dengan orang Arab nih! Yang pasti, mereka tak nak balik Malaysia, kita yang kena ikut mereka, mana boleh jadi kan? Tambahan pulak, tahap tolenransi orang Arab, terutama bab makan sangat rendah. Ana pernah punya teman dari Korea yang akhirnya masuk Islam berkahwin dengan classmate kami juga seorang pelajar Algeria, tapi Amal selalu mengeluh rindukan masakan Korea yang tak pernah dikompromi suaminya. So, that topic never crossed our minds. Cuma, bila masa berlalu seketika, keperluan untuk membina masjid itu kian terasa kerana memang tiada wakil satu pun yang berkeluarga di kalangan kami pelajar Malaysia untuk mengelakkan fitnah2 yang mudah terjadi antara kami ketika itu. Remember, syaitan sentiasa memainkan peranannya kan? Maka bermulalah bab tanya menanya, risik merisik antara kami. Alhamdulillah, akhirnya, walimah pertama pelajar Malaysia di Pueblo, Colorado telah diungguli oleh Tok Penghulu kami sendiri. Mestilah tok penghulu yang mulakan sebelum anak buah lain ikut sama kan?

nikah

Maka berlakulah upacara akad nikah dan walimah yang sangat simple sekali. Alhamdulillah, pernikahan pertama tersebut kalau tak silap ana berlaku ketika berlangsungnya ijtimak tabligh di sana. Satu permulaan yang kemudiannya diikuti dengan tiga pasangan pelajar Malaysia lainnya (dalam kumpulan kami ) selepas itu, termasuk ana sendiri…. Juniors yang datang selepas pada group kami juga akhirnya ramai yang mengikut jejak langkah Tok Penghulu Malaysia yang pertama di Pueblo. Malah, Pueblo saat itu agak terkenal dengan kes walimah sesama pelajar Malaysia…alhamdulillah, kalau rate of marriage nya tinggi, beerti, banyak fitnah2 terelak, meaning di situ, gerakan dakwahnya ‘hebat’…. Itulah kesimpulan suasana di Pueblo, Colorado waktu itu.

Satu perkara yang ana masih ingat lagi sewaktu sibuk dengan risik merisik ni, salah seorang pelajar lelaki M, telah meminta tolong pelajar lelaki lain R, untuk mewakilinya bertanyakan kepada seorang pelajar wanita N. Tanpa neyedari bahwa si R sudahpun bertanyakan N untuk dirinya sendiri, dan jawapan dari N jugak sudah diberi… bayangkan perasaan R ketika itu. Terpaksa berkorban rasa, demi sahabat. Dan bayangkan juga perasaan N …Apa jawapannya sebelum ini tak punya erti? Cuba pulak kita bayangkan perasaan M bila akhirnya mengetahui yang dia tersilap percaturan memilih wakil! Subhanallah! Keadaan semestinya agak rumit sedikit ketika itu, namun, atas dasar ukhuwah, kesefahaman dan redha dengan takdir Allah, maka semuanya selamat diselesaikan bila R dan N selamat disatukan, manakala M bertemu dengan jodoh sebenarnya A, dan masing2 ‘live-happily-ever-after’, sehingga sekarang….(Kisah sahabat Rasulullah saw, menjadi pedoman mereka dalam menangani kes ini)

brothers_jpg_w480

Akad nikah di sana dijalankan oleh wakil yang dilantik dari kalangan pelajar2 muslims, sijil nikah yang sah dikeluarkan, namun tetap perlu kepada pendaftaran semula bila pulang ke Malaysia. Keriuhan menyusun acara walimah juga adalah sesuatu yang indah sebenarnya. Mana tidaknya, semuanya atas kami-kami belaka, dibuat dengan budget yang sangat terhad, namun dengan ukhuwah yang terbina, kemanisannya tetap terasa. Masing2 dengan contributions masing2 untuk mambantu menjayakan walimah rakan sendiri. Memang terasa persaudaraan itu melebihi persaudaraan adik beradik.

Istikharah adalah salah satu budaya yang ditekankan pada kami oleh pak2 Arab di sana. Maklumlah, kami semua kan mentah2 belaka. Baru berumur 18 tahun, dah dihantar ke oversea, mana sempat nak tahu bab2 istikharah sebelum memilih bakal suami atau isteri. Makanya selepas beristikharah dengan pilihan yang diberi, pakat sibuk bertelefon ke kampung mohon keizinan dari kedua ibubapa. Rata2, keluarga pelajar perempuan agak mudah mengizinkan berbanding keluarga pelajar lelaki. Kenapa agaknya ya? Ana rasa kita sedia maklum sebabnya…. Kes ana sendiri pun macam tu lah. Bila telefon ke kampung, mak abah kata tak ada masalah, cuma kalau boleh, baliklah buat kat Malaysia betul2… bincang betul2, katanya. Dan itulah yang kami (ana dan suami) lakukan.

sisters_jpg_w480

Mendirikan masjid diperantauan, terutama di negara seperti USA, bagi ana amat perlu sekali. Cubaan dan dugaan hidup di negara seperti itu, terlalu mencabar. Ramai sekali anak2 Malaysia yang akhirnya dapat hidup bebas dari kongkongan keluarga dan sekolah, akhirnya terikut2 dengan budaya barat yang terlalu sosial. Apa yang dialami di Malaysia sekarang dengan ujian bahan2 lucah, pergaulan bebas, kebebasan anak2 muda, telah lama berlaku di USA ketika itu. Bersekedudukan sesama pelajar Malaysia, akhirnya, bukan lagi perkara ‘jijik’ bagi sesetengah mereka, apatah lagi keluar ber’dating’ dan sebagainya… Apa lagi jalan keluarnya kalau bukan NIKAH? Malah kedapatan juga trend ‘nikah kontrak’/ ‘nikah mut’ah’ antara pelajar wanita Malaysia dengan pelajar lelaki asing dari negara Islam lain, terutama Iran… Yang mana, jelas kebaikannya tidak memihak kepada kaum wanita. (Setidak2nya bagi pelajar wanita Malaysia).

Maka bagi sebahgian kami, menerangkan dan menyakinkan ibubapa akan keperluan untuk menikah itu adalah merupakan satu jihad kecil kami dalam usaha menjaga iman sendiri dan imej Islam di sana. Bukan senang bagi ibu ayah mengizinkan anak2 yang yang dikira baru setahun jagung itu untuk berkahwin dan memikul tanggungjawab yang cukup berat ini. Kupasan lanjut mengenai isu ini pernah ana muatkan dalam postings ana yang terdahulu, seperti ‘klik di sini‘, ‘dan juga di sini’ .

2 thoughts on “~ Nostalgia USA (4) ~

  1. agak-agaknya, hari ini, tiba giliran ramai diantara kita pula sebagai ibubapa yang mempunyai anak-anak yang dah memasukki umur 20 ‘an, kena memikirkan perkahwinan mereka … mungkin di Malaysia suasana berbeza dengan USA, tapi keperluan, pergaulan dll rasanya sama …. pening juga bibah dibuatnya bila fikirkan hal anak-anak di ipta …..

    • Betul sekali kata Bibah tu. Apa yg berlaku di USA 29 tahun dulu, kini berleluasa pulak di Malaysia. Bagi yg punya anak di ipta, memang sesuatu yg menggusarkan. Dah puas dipesan ke anak2 sendiri, kata mereka, bukan mrk yg goda orang, orang pulak yg goda mrk…. ye ke? akhirnya, kita kena akur, jalan paling selamat adalah nikah yg menghalalkan…semoga ramai lagi ibu bapa yg berfikiran positif terhadap nikah waktu belajar demi niat yg benar, insyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s