Hepi Father’s Day…pulak

So, like I used to say in my older post, every 2nd sunday of May, and every 3rd sunday of June, me and my husband will definately get some surprise dish or dishes from our kids sempena mom’s or dad’s day… hehe. today, being the 3rd sunday of June, my husband dapat special treat from anak dan menantu sulong dia…. what a surprise!!

father's day

Sebenarnya, pagi semalam kami balik kampung, mak buat kenduri sikit. On the way, kami tinggalkan menantu pada suaminya yang ada debate training di salah sebuah sekolah di Ampang, then picki up Aiman dari UIA Gombak, then kami cicirkan pulak anak kedua kami di Kajang, on the way dia nak ke Kuching dengan rakan2nya yang lain, dan kami terus ke Johor. Biasalah, dah nama pun kenduri, sibuk dan kalut jugak lah membantu mana yang patut (Ada cerita nak kongsi, tapi insyaAllah, later). Again, kepala ana buat hal, satu perkara biasa bagi ana kalau berjalan jauh. Cuma, malas nak manjakan, buat tak tau je lepas telan cafergot sebiji tengahari tu.

Selesai kenduri, ana tak sabar2 nak tidor, nak merehatkan kepala yang ‘pounding’ macam apa nih, langsung lupa bab 3rd sunday esoknya… hehe, sorry ya, abahnya! Bukan sengaja. Tapi, esok pagi, awal2 lagi, anak yg di Kuching tengah bercuti tu, hantar sms ke abahnya, wishing ‘Hepi father’s day’, terharu lah si abah… huhu, memang anaknya yang sorang ni, paling kuat complain pasal abah dia, straight and direct je, tapi dia jugaklah yang pertama ingat nak wish… tu yang terharu tu!

Anyway, dipendekkan cerita, this morning, around 11am, kami bertolak dari Johor nak balik ke Kuantan. Tengah jalan, anak yang di Pedas called, wishing his dad. Sampai di Muadzam, my eldest son called,

“Mak, macamana nak masak puding jagung (memang abah dia punya fav)?” then,

“Nak rebus ubi keladi dan buat sambal tumis ikan bilis”.

Rupa2nya, kami sampai rumah je, dia dan isteri tengah bersungguh2 masak untuk minum petang abahnya, sempena father’s day… Keladi rebus dengan sambal tumis ikan bilis, puding jagung dan kopi-O panas…. Sedap, sedap! Memang sedap! Thumbs up for both of them.

Image017

Tak cukup dengan itu, lepas minum petang, dua beradik kecik tu pun turun membawa dua biji bantal… hehe, satu bantal lembu, untuk abah, satu bantal kucing untuk mak, (belated mom’s day present rupanya!) Depa pakat chip-in sorang sikit, kesahnya…si kakngah jadi tukang beli minggu lepas, siap sorok bawah katil, tak nak bagi mak jumpa, punyalah mereka berusaha!! so, malam ni, kami tidor berpeluk kan ‘lembu’ dan ‘kucing’ lah jawabnya!

Thank you all dear, for all the surprises, memang tak sangka pun. Sebab pakat sibuk. Tapi, mak and abah really appreciate your efforts, we really do. Through out the year had been ‘our day’, but still, on these two occasions, you manage to make them special anyway. Thanks again. We love you all.

2 thoughts on “Hepi Father’s Day…pulak

  1. semoga menjadi anak yang soleh dan solehah berbakti kepada ibubapa .. bibah hanya dapat ‘berbicara dalam hati’ dengan abah bibah di pusaranya pagi tadi (coincident dengan Father’s Day)… teringat jasa dan pengorbanan abah dulu …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s